Friday, September 3, 2010

Raya is Coming!

Assalamualaikum...

Hari ini, hari ke-25 puasa. Maksudnya, 25 Ramadhan 1431 Hijrah. Itu adalah tarikh hari ini mengikut kalender Islam. Kalau Masihi, 4 September 2010. Aku di sini bukanlah nak menceritakan tentang tarikh ni. Tapi, aku di sini ingin menceritakan tentang Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma lagi beberapa hari lagi.

Hari Raya Aidil Fitri adalah hari di mana semua umat Islam di dunia ini akan meraikan sempena 30 hari berpuasa dalam satu bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Kebiasaan pada malam Lebaran, umat Islam di seluruh negara akan bertakbir bersama keluarga, saudara mara juga bersama muslimin dan muslimat di masjid yang berdekatan. Tetapi, ada juga yang tidak bertakbir. Aku ambil contoh di Malaysia. Di malam Raya, kanak-kanak kecil akan bermain bunga api dan ketika itulah mereka akan menyanyikan lagu 'Selamat Hari Raya...'

Bagi kanak-kanak 'besar', mereka anggap bunga api ini hanya untuk baby semata-mata. Mereka lebih menggemarkan mercun. Kebiasaan mercun yang mereka main adalah mercun bola, mercun telur, mercun thunderclap, mercun ketupat, dan meriam buluh. Dan pada malam itulah akan menjelma sebuah ambulan yang akan membawa kanak-kanak yang bermain mercun itu. Kenapa? Ye la. Mau taknya. Ada yang salah baling mercun kena member sebelah. Ada yang mercun tak sempat baling, meletup atas tangan. Habis, putus jari, mata pecah, telinga berkecai, macam-macam lagi. Itu sebab aku jarang main mercun ketika malam Raya. Pasal aku selalu pergi bertakbir Raya. Kalau tak dekat masjid, aku takbir kat rumah. Takbir dengan keluarga, atok, nenek, saudara.Kalau nak main mercun, main malam Raya pertama tuh. Baru syok sket. Aku masih ingat lagi ketika aku darjah 6. Adik sedara aku baling mercun mancis yang kuat sket tuh. Dah dekat seminit. Tak meletup-letup lagi. Lepas tu, aku pijak la mercun tuh. Aku ingat mercun tu dah lemau. Inilah dialog antara aku dengan adik sedara aku.

Mukriz (Adik sedara): Abang Imi, sana sket. Nak meletup dah tu.
Aku: mner der. dah lama ko baling tak meletup pon. Ni lemau ni.
Amir (Adik sedara): Sana!
Aku: Hah?
Pow!!!

Bapak bingit gler telinga aku. Mula-mula, rasa macam nak pekak dah. Lepas tu, kabur sket mata aku. Last2, dah okay dah. Alhamudulillah. Ingat nak buta dah aku time tu.

Lepas tu, aku ada satu idea. Dekat kampung aku tu ada satu batang paip. Kat situ ada banyak gler semut. Boleh dikatakan itu sarang semut la. Aku amek 2 mercun mancis, letak kat dalam batang paip tu. Pow! Pow!
Bapak syok! Lepas tu, tak puas lagi. Baling mercun naga dalam batang paip. Best gila! Rasa macam nak buat lagi tahun ni tapi tahun ni tak beli mercun pasal bazaar Ramadan kat taman aku ni tak jual. Yang jual pon Pop Pop jer... itu budak2 punya. Hahaha!!!

Tahun ni, aku nak Raya sakan. Bukan nak boros sangat duit mak bapak aku beli macam-macam. Aku nak Raya lama sket kampung tahun ni. Baru syok Raya tahun ni! Tapi, yang menjadi penghalang Raya aku tahun ni adalah kerja sekolah. Bapak banyak. Dah macam longgok durian dah aku dapat kerja rumah. Hish!
Nak Raya pon susah.

Tahun ni, keluarga aku buat boria. Semua baju hitam. Hahaha.... Pada mulanya, aku beli baju melayu hitam, pastu, abang2 aku pon baju hitam, pastu, mak aku suroh semua pakai baju hitam. Haaha. Kakak aku yang sulung tu merungut. Mak aku paksa jgak. Padan muka! Hahaha!!!

Aku dah ada seluar jeans Crocodile. Tali pinggang. Tu jer kot setakat ni.

Okay. Itu jer yang aku nak share.

Dah penat menaip.

Wassalam.

Wajib Korang Baca