Friday, March 4, 2011

Dosa Mulut

Assalamualaikum.

Mulut ni adalah tempat di mana semua perkataan keluar. Kalau nak bersembang, pakai mulut. Kalau nak bertanya, pakai mulut. Kalau nak menyanyi, mesti pakai mulut. Kalau nak mengumpat? Wow! Mengumpat? Mencela? Membohong? Hmm...

Pepatah Melayu ada menyebut 'kerana mulut badan binasa'. Kenapa badan binasa kerana mulut? Apakah kalau kita lebar, badan kita lebar? Hmm... Mari kita renung sama-sama.

Mengumpat. Biasa orang yang selalu mengumpat ni orang Melayu. Untuk lagi tepat, orang perempuan. Ada seorang sahabat nabi bertanya kepada Rasulullah. Siapakah yang paling ramai masuk neraka? Lelaki atau wanita? Rasulullah pun menjawab, perempuan yang paling ramai di dalam neraka. Sahabat bertanya lagi, kerana apa? Rasulullah menjawab, kerana tidak menjaga mulut mereka dan derhaka kepada suami.

Orang Melayu kita ni memang tak sah kalau tak bergossip. Bagi mereka mengata orang ni benda yang paling gembira pada mereka. Kalau kita halang mereka, mereka akan cakap, "ini cerita betullah!", "alah, aku bagitau cerita ni pon nak korang ambik pengajaran je". KEPALA OTAK KO PENGAJARAN! Nabi pernah bersabda. Jika kamu membuka aib orang, maka Allah akan membuka aibmu pada Akhirat nanti. Jadi, takkan la kita nak Allah membuka aib kita pada Akhirat nanti? Mestilah tak nak, kan? Malulah sikit.

Conclusion is, janganlah kita nak mengumpat orang. Kalau kita nak cerita pasal orang tu, tengok la diri kita tu dulu. Lagipun, semua benda kat dunia ni sentiasa berzikir pada Allah tanpa henti. Sel-sel dalam badan kita juga berzikir. Takkan la sel dalam mulut kita ni berzikir sambil tu kita mengkutuk orang. Tak rasa macam bersalah ke membuat perkara yang Allah tak suka? Jadi, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal.

WASSALAM!

:D

2 comments:

Anonymous said...

Panas gak entry awak ni.. tapi berisi.. i like it..

Anonymous said...

Love This!Lebih baik berdiam daripada mengata benda yang tidak berguna. Selain mengumpat, ada juga istilah terbaru iaitu mulut 'laser'. Dan orang2 macam ni tidak fikir apakah kesan kepada diri sendiri dan kepada anak2 mereka. Mungkin mereka tidak percaya atau tidak takut dengan hukum neraka!

Wajib Korang Baca