Wednesday, December 28, 2011

Buku Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu!!!

Assalamualaikum.

Pertama sekali, BENCINYA! BENCINYA! BENCINYA!
Logo Kementerian Pelajaran Malaysia

#SERIOUSLY
Saya tengah panas hati dengan kementerian pendidikan sekarang ni! Tadi, saya pergi ke sekolah. Nak beli buku untuk tahun depan. Bila tengok je buku teks dan buka latihan subjek Matematik dan Sains, memang tergamam. Terkejut. Tersentap. Terbengang. dan segala 'ter' lagi ada dalam hati ni. Semua dalam bahasa Melayu! Ya Allah! Kenapa mereka buat begini?! Walaupun nak menaikkan lagi bahasa Melayu ni di mata dunia (KONONNYA!), tak payah la nak tukar semua benda dalam bahasa Melayu. Nampak macam over sangat! Saya dah belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sejak dari darjah satu sampailah tingkatan tiga (2003-2011), maksudnya dah 9 tahun saya belajar dalam bahasa Inggeris. Kemudian, baki 2 tahun lagi (tingkatan 4&5) saya akan belajar dalam bahasa Melayu.
#SERIOUSLY Kementerian Pendidikan MALAYSIA sangat OVER!
Nasib baik saya ambil Bussines Perakaunan. Kalau saya ambil Sains Tulen, dah lama saya lagi maki hamun kerajaan.

Walau apapun, hidup mesti diteruskan. Biasalah, Allah sentiasa menguji hambaNya dengan benda-benda macam ni. Hidup ni perlu dipandang dengan #SERIOUS kalau tidak, macam-macam benda boleh berlaku dengan hanya sekelip mata sahaja.

Aku tengah #SERIOUS. Bila pula giliran korang :)

WASSALAM

1 comment:

Dina said...

Hahahah, aku ambik sains, nasib ah.... kamus bawak setiap masa.

Wajib Korang Baca