Tuesday, August 16, 2011

Balik-balik Iluminati

Assalamualaikum.

Iluminati. Semua nak kutuk pasal Iluminati. Yang paling saya tak suka asal tiga segi je Iluminati. Asal ada piramid je Iluminati. Habis tu yang nasi lemak tu takkan tak Iluminati kot?! Korang makan hari-hari. Seluar dalam korang yang korang pakai tu bukan Iluminati? Kalau pemimpin kita buat lambang rock, jangan labelkan dia sebagai golongan Iluminati. Nasihat dia elok-elok. Susah apa? Ini nak kutuk memanjang. Kalau ada reka bentuk macam keranda firaun, pon deme cakap itu Iluminati. Semua ni kebetulan je. Korang yang perasan melebih.

Dah la tu. Cakap banyak2 nanti keluar semua benda.

WASSALAM!
HAPPY SELALU!

Thursday, August 11, 2011

Jangan Jadi Hamba Ramadhan!


Assalamualaikum. Salam Ramadhan al-Mubarak. Dah hari ke-11 kita berpuasa hari ini. Seperti yang semua tahu, bulan Ramadhan adalah bulan di mana Allah hendak menguji kesabaran kita dengan tidak minum dan makan pada siang hari dari terbitnya fajar dan terbenamnya matahari dan itulah yang dinamakan sebagai puasa.

Apa yang dimaksudkan dengan hamba Ramadhan dan apa pula dimaksudkan dengan hamba Allah? Benda ni yang selalu orang buat tetapi tak sedar. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadah kepada Allah dengan ikhlas sehingga akhir usia kita. Hamba Ramadhan pula mambawa maksud melakukan ibadah kepada Allah dengan ikhlas hanya tibanya bulan Ramadhan.

Menjadi hamba Ramadhan ini bagi saya boleh dikatakan hipokrit kepada manusia, alam sekitar, dan Allah. Sebab apa? Ini seperti kita berpura-pura menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan. Allah menjadikan bulan Ramadhan untuk kita berpuasa. 30 hari berpuasa. Allah menyeru kita agar berpuasa pada hari itu kerana nak menunjukkan supaya kita patuh pada arahan Allah atau sebaliknya. Para ulama' sedih apabila Ramadhan meninggalkannya kerana bagi mereka Ramadhan adalah bulan berpesta. Bukannya berpesta menyanyi tetapi pesta ibadah. Pahala berlipat ganda.



Di masjid, mereka meraikan Ramadhan dengan penuh meriah. Mereka meraikan Ramadhan dengan bertadarus, bergotong royong masjid dan lain-lain tapi sikit sahaja orang yang datang. Mana yang lain pergi? Mereka sibuk pergi ke pesta lain. Pesta membeli-belah. Bulan Ramadhan ni Allah dah bagi offer kat kita.

So. sama-samalah kita merebut peluang yang telah Allah beri kepada kita. Imam Ghazali kata, celakalah bagi mereka yang apabila bulan Ramadhan tiba maka mereka tidak mengambil peluang untuk beribadah.

WASSALAM dan SELAMAT BERPUASA!

Monday, August 8, 2011

10 Perkara yang Patut Anda Lakukan Selepas Putus Cinta

Assalamualaikum.


Apa khabar? Tajuk post saya hari ni agak panjang sikit. Saya pun tak tahu macam mana tajuk macam ni boleh terlintas di fikiran saya. 10 Perkara yang Patut Anda Lakukan Selepas Putus Cinta/ Tunang. Ini khas untuk anda-anda di luar sana yang baru sahaja putus cinta atau putus tunang. Mari kita mulakan!

1) KONGSI

Ya. Seperti mana yang semua biasa buat. Kalau korang rasa gembira, share kat Facebook. Kalau nak kutuk orang, Tweet kat Tweeter. Inilah cara untuk korang yang baru je berputus cinta. Share kat Facebook. Cakap je "Baru je break ngan babi I tu... dia dah ade awek lain... ape I ni x cantek ke???? T,T". Mesti ramai gila la yang komen. "Aku dah cakap ngan ko! Jangan ngorat laki orang!", "Sejak bila ko bercinta dengan babi plak nih??? Ko ingat ko tu Angry Bird ke?". 

2. KUNCI PINTU BILIK


Benda ni biasa la. Mak korang suruh keluar pun, korang tetap tak nak. 

Mak: Kadir! Kadir! Keluar la! Ape gile ko nih kurung diri sendiri nih?
Ko : Orang tengah tidur la! ZzZzZz (sedih)

Benda ni biasanya orang gedik je biasa yang buat. Kalau korang rasa diri korang tu gedik tahap musuh Angry Bird (benda hijau tu), buat la. Jangan kurung sampai mati kelaparan plak dalam tu. Bawak masukklah makanan sikit ke. Nasi lemak 4 bungkus, Coca-Cola, 100 Plus, dan lain-lain.



3. Minum Teh 'O atau Teh Ais di Kedai Mamak




Ini lagi satu benda yang patut korang buat. Benda ni selalu sangat saya buat tapi bukan la sebab saya putus cinta. Korang minumlah teh sebab mengikut kajian, teh dapat menenangkan diri dan fikiran. Nak yang lagi best? Mintak yang gelas besar. Sure layan korang.

4. Kusutkan Rambut




Ini untuk mengelakkan bekas boipren/gelpren atau bekas tunang korang jumpa korang semula. Buat dalam sebulan je. Takut nanti tak kahwin korang sampai mati. Hahaha!!!

5. Pasang Lagu Metal, Rock



Ini insyallah boleh menghilangkan stress anda. Jiran sebelah tak habis-habis mengumpat yang kita ni dah putus tunang, kita pasang plak lagu Metal. Memang best. Pasanglah lagu macam Search, Wings, Gun n' Roses, My Chemical Romance, dan bermacam-macam lagi. Lebih afdhal, pasanglah lagu Raihan. :-D


6. Jangan Pergi ke Majlis Kenduri


Ini benda yang sangat penting korang kena ambil  tahu. Kalau korang pergi juga, mesti korang jadi sasau kat sana. Nak plak yang kahwin tu bekas tunang korang. Dapat sawan musuh Angry Bird ko!

7.  Telefon Kekasih Sebelum Ini





Benda ni bukannya buat kita bersama semula dengan kekasih lama tapi ini kita nak bagi tau kat dia yang kita dah putus cinta lagi. Benda ni memang nampak gila tapi ini betul-betul sewel.

8. Tengok Cermin


Apabila anda pandang wajah anda pada permukaan cermin, baru anda tahu betapa hodohnya anda yang menyebabkan dia minta putus hubungan dengan anda. Barulah sedar sikit diri tu.

9. Pergi Menonton Bola di Stadium 



Di stadium la tempat yang sesuai untuk anda menjerit sekuat hati anda. Di stadium jugalah tempat untuk orang melepaskan stress seperti anda. 


10.Berdoa Pada Allah S.W.T.



Ini cara yang sangat senang. Berdoalah kepada Allah. Mintak padaNya. Pasrahlah dengan keadaan yang telah korang hadapi. Jangan korang salahkan takdir. Dan berdoalah agar Allah memberi kita jodoh yang terbaik sebelum ini




Itu sahaja dari saya pada hari in. Ini semuanya hanyalah cadangan. Pilihlah yang paling baik. Jangan main buat je. Fikir dahulu sebelum buat.

WASSALAM!

Friday, August 5, 2011

10 Perkara yang Membosankan

Assalamualikum. Dah lama tak post artikel kat blog ni. Dah dekat 2 bulan tak post. Agaknya mesti korang dah tunggu lama gila kan? Haha... Sekarang ni, saya ada Program Ulangkaji Intensif kat sekolah. Ulangkaji banyak-banyak pun memang la bosan tapi seronok juga pasal ada kawan-kawan tapi memang membosankan.

Hari ini, saya akan senaraikan 10 PERKARA YANG MEMBOSAKAN DALAM DUNIA INI!

1) Ucapan oleh Guru Besar. ZzZzZzZzZz....

2) Menonton Akademi Fantasia Musim ke-9 (2011)

3) Makan makanan yang sama setiap hari

4) Baca buku setiap hari 24 jam tanpa henti (tanpa meninggalkan solat)

5) Kena rotan dengan guru besar setiap kali salah cara menulis (guru besar yang over gila)

6) Asyik main game yang sama dalam iPhone

7) Pergi ke pejabat dengan LRT yang sama dengan kapasiti pengguna yang sama

8) Dapat tiket LRT yang sama warna. (asyik oren je)

9) Asyik dapat 'A' dalam setiap subjek (tiada gambar)

10) Adik beradik (perempuan) asyik menonton saluran Korea setiap hari....




haha.... itu sahaja dari saya... Doakan saya dapat yang terbaik untuk Trial PMR dan PMR nanti.

WASSALAM!

Wajib Korang Baca