Assalamualaikum...
Cerita NADWAH ini sebenarnya dah lama tapi internet saya ada problem sket. Bila internet dah elok saya dahulukan benda lain selain cerita ini. NADWAH Kepimpinan Pelajar ini dianjurkan oleh MUSLEH. Di adakan di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani. Ini kali pertama sekolah hantar wakil.
21 NOVEMBER
Pagi dan petang saya siapkan untuk ke NADWAH. Tiba waktu malam, saya pakai baju sekolah. Sungguh memalukan. Orang lain pakai baju biasa, saya seorang sahaja pakai baju sekolah. Oh, tidak. Tepat jam 9.35 malam, saya tiba di Jalan Duta. Tiba-tiba,
Rijal call saya.
Rijal: "Weyh, ko dah sampai ke blom?"
Saya: "Dah"
Rijal: "Ko ada kat mane skarang?"
Saya: "Depan Stadium Hoki"
Rijal: "Hah?! Ooo... Okok"
Tepat jam 9.50, saya keluar dari kereta. Menuju ke warung. Tiba-tiba, saya ternampak Rijal. Saya tegur dia. Dia sedang menonton perlawanan badminton. Dato' Lee Chong Wei vs Lin Dan. Perlawanan itu amat memalukan. Mak dan ayah saya suruh ajak Rijal minum sekali. Dia malu-malu kucing pula. (Haha) Saya minum teh ais. Sementara menunggu yang lain, saya ambil iPhone mak saya dan menonton YouTube. Kemudian,
Amru dan keluarganya datang sekali. Salam. Kemudian, aku beli air mineral. Tepat jam 10.15, saya sudah masuk di tempat menunggu bas. Ayah dan mak sudah balik kerana sudah malam. Mereka mahu tidur. Sesudah salam mak dan ayah, saya pergi duduk. Saya nampak
Isyraf. Salam. Makin lama, makin ramai yang datang. Sementara menunggu bas, saya buka pakaian sekolah. Saya pakai sweater Adidas saya. Yang lain pakai sweater hitam. Saya seorang sahaja pakai sweater putih. (Haha) Tunggu punya tunggu, bas tak sampai lagi. Saya, Amru dan
Fauzi pergi main mesin mengurut. Yang tengah bincang mengenai manifesto MPP. (Haha) Dapatlah dengar sikit-sikit. Rasa nak 'buang air'. Saya dan Amru pergi tandas. Kami bayar 30 sen/seorang. Sedang menunggu giliran masuk, kami ternampak seorang 'mak nyah' keluar dari tandas dengan berjalan terkedek-kedek macam anak itik. Kami gelak berdekah-dekah. Tak henti-henti. Langsung kami cerita pada semua orang.
22 NOVEMBER
Tepat jam 12.01 pagi. Bas masih belum tiba. Saya sedang mendengar lagu melalui headset. Masih lagi bincang mengenai manifesto. Tepat jam 1.35 pagi, bas telah tiba. Kami menaiki bas MARA Liner. Saya duduk di kerusi satu. Maksudnya satu sahaja kerusinya. Tiada kerusi di sebelah saya. Ada ngerti? Baca doa naik kenderaan. Dalam perjalanan ke Sungai Petani, saya langsung tidak tidur. Kalau tidupun pejam celik pejam celik sahaja. Sambil itu layanlah lagu sekejap. Tepat jam 3.40 pagi. Berhenti rehat di hentian Simpang Pulai Utara. Saya pergi tandas, buang air, basuh muka, betulakn rambut dan beli chewing gum. Sangat ngantuk ketika itu tetapi mata tidak dapat pejam. Berhenti rehat mengambil masa dalam 20 minit. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 4 jam. Kami tiba di sana ketika azan Subuh dikumandangakan. Ada sebuah van al-Islah mengambil kami dan membawa kami ke surau. Apabila sampai sahaja di surau, saya mencari tandas. Memang tak tahan untuk buang air. Ke hulur ke hilir saya mencari tandas tapi tak jumpa. Terpaksalah saya solat Subuh sambil menahan. Selepas solat, saya charge h/p saya. Nasib baik Isyraf tolong tanyakan tandas. Akhirnya! Jumpa juga tandas. Dalam beberapa minit kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Al-Islah. Tiba sahaja di sana, saya rasa sangat gembira dengan pemandangannya yang indah sekali. Luas. Cantik. Kami disambut oleh pelajar tingkatan 5. Kemudian, kami bawa turun beg dan letak di depan dewan. Kami berkumpul dan mendengar
Muaz membaca wasiat dari abang Arodhi. Selepas mendengar wasiat, kami lepak di bawah pokok. Sebelum waktu pendaftaran, kami makan nasi lemak dan minum teh tarik. Saya tak minum teh tarik sebab teh tarik itu sangat tawar macam air mineral. (Haha) Lebih baik saya minum air mineral yang ada dalam beg saya. Lagi syok. (Haha) Sementara menunggu waktunya, saya charge h/p dan tidur. Tidurpun dalam 2-3 minit sahaja.
Kemudian, kami pergi ke tempat penginapan. Kami kongsi dorm bersama Sekolah Menengah Islam Al-Hidayah Johor. Dapatlah berkenalan. Tepat pada jam 12.30 tengahari. Pergi lunch. Makanan memang sedap. Lagi sedap dari Al-Amin. Selepas makan, pergi solat. 2.30 petang, taklimat program. Sepanjang program kena pakai baju sekolah. Hadui! Dah la bawa baju sekolah sepasang sahaja. Nak kena pakai baju yang sama. Kemudian, pelantikan AJK. Mu'az jadi MC. Bagus. (Haha) 5 petang, riadah. Saya dapat kumpulan pertama. Nasib baik ada Mu'az dalam kumpulan saya. Kalau tidak, saya bagai 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemu.' Taaruf sebentar. Kemudian, main anak ayam. Agak best. Selepas itu, mandi. Saya, Amru dan Rijal dapat masuk tandas awal! (Haha)
6.30 petang, makan malam. Kemudian, solat Maghrib. Selepas solat, sekolah saya kena buat tazkirah. Tazkirah disampaikan oleh Nadim dan Azhari. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Selepas itu, kami bergerak ke dorm. Lepak-lepak. Tengok video. Memang kelakar habis video itu. Pukul 9, kami berkumpul di dewan untuk dengar ceramah dari Ustaz Rosli Yusof (IKRAM Kedah). Saya hanya dengar sekejap sahaja. Kemudian, saya tertidur. Hadui! Nasib baik tak kantoi. Selepas ceramah, supper. Selepas supper, ada muhasabah diri. Setiap sekolah kena buat sendiri. Bukan bercampur dengan sekolah lain. Kami tidur pukul 1 pagi rasanya.
23 NOVEMBER
Bangun pukul 4.50 pagi. Pergi surau. Solat tahajud. Selepas solat subuh, baca Al-Mathurat. Saya baca sampai surah Al-Baqarah. Yang selebihnya saya tertidur. (Haha) Kemudian, dengar tazkirah dari sekolah Al-Amin Kemaman. 7 pagi. Senaman. lari satu padang 4 punsingan. Biasanya kalau bab-bab lari saya mengah tapi kali ini saya rasa cergas pula. (Haha) Padang dia besar. Lagi besar dari padang Al-Amin yang lama. Kemudian, mandi. 8 pagi, perhimpunan. Sarapan. Sedap betul sarapan. Lagi sedap dari Al-Amin. Pukul 9 pagi, dengar ceramah. Tajuk ceramah itu 'Kepimpinan Masa'. Disampaikan oleh Haji Aminuddin Shuib (Pemuda IKRAM Kedah). Okay. Ceramah ini saya memang tidur nyenyak. Mungkin disebabkan oleh tidak tidur dalam bas dan senaman. Saya sempat dengar muqadimah sahaja. Kemudian, pergi makan-makan. 11 pagi ada Forum MPP. Luqman jadi panel. Memang best. Kemudian, makan tengahari. Selepas itu, solat Zuhur.
Selepas itu, pembentangan manifesto. Alhamdulillah. Sekolah kami menang. Mu'az yang bentang. Minum petang. 5 petang. Senaman lagi. Main bola. Best. 6 petang. Makan malam. Kemudian, solat Maghrib. Pukul 9.15 ada forum. Yang ini best sikit. Kali ini saya telah diberi amaran Mu'az supaya jangan tidur lagi. Saya dah cuak. Terpaksalah mengunyah chewing gum sebanyak yang boleh supaya ngantuk saya ini hilang. Selepas forum, ada supper. Selepas supper, muhasabah diri. Sama seperti malam sebelum itu. Tidur agak lambat sedikit sebab malam itu sembang-sembang dengan abang
Rashid.
24 NOVEMBER
Bangun tahajud agak awal sedikit dari semalam. Solat Subuh. Baca Al-Mathurat sambil tidur. (Haha). 7 pagi senaman. Mandi. 8 pagi perhimpunan. Sesi fotografi. Sarapan. Resolusi. Tulis surat untuk PM, IKRAM dan Lembaga Sekolah. Kemudian, acara yang paling dinanti-nantikan sepanjang program ini iaitu Majlis Penutup! (Hahaha) Masing-masing rindukan rumah masing-masing.
Itu sahaja cerita NADWAH saya. Banyak lagi cerita NADWAH yang lain.
Wassalam