Assalamualaikum.
Hari ini, saya dan Acik pergi gym. Naik LRT. Best jugalah. Dah lama tak naik treN pergi KLCC. Biasa kalau pergi KLCC naik kereta. Sesudah tiba sahaja di sana, kami menuju ke Twin Tower Fitness Center. Ayah saya belum sampai lagi. Menunggu. Tunggu punya tunggu... baru sampai. Selepas ambil tuala dan kunci locker, saya masukkan barang-barang yang tidak diingini sahaja di dalam locker. Saya dapat locker nombor 49. Saya buka sahaja locker itu, ada hanger yang sedang elok tergantung. (Haha) Saya ambil hanger itu dan letak di atas locker.
Kemudian, pasang lagu. Sumbat earphone. Baca surat khabar sementara menunggu ayah saya salin baju. Selepas itu, pergi berkayuh dalam 15 minit sambil layan lagu yang sedang disumbat. (Haha) Memang mengah ketika kayuh tetapi saya tidak fikir semua itu. Saya hanya ingat ****. (Hehehe. Orang tertentu sahaja tahu)
Selepas kayuh, saya pergi angkat berat. Saya ingat nak angkat 50 pound tetapi dah ada orang ambil. Terpaksalah ambil yang lagi berat dari itu. Saya angkat 70 pound.(Wow!) Pada mula saya rasa sangat sakit. Kemudian, saya letak semula ke tempat asal. Takut benda yang tidak diingini berlaku pada saya. (Haha) Saya angkat 60 pound pula. Ini saya boleh angkat dalam 4 kali sahaja. Sebab 40 saya sudah lepas. 50 belum lagi. Apatah lagi 60. (Hahaha)
Selepas 15 minit angkat berat, saya pergi mandi. Nasib baik saya bawa shampoo dan conditioner saya. Selepas mandi, saya betul-betulkan rambut saya. (Hahaha) Bergayalah sikit. Selepas itu, pergi surau. Solat Maghrib.
Selepas solat Maghrib, dinner di food court KLCC tingkat 2. Saya mula-mula rasa macam nak makan pasta tapi rasa macam nak makan sizzling. Pergilah dekat kedai sizzling. Tiba-tiba pula terlintas di fikiran nam makan McDonald. (Alamak!) Saya ni dah macam pengkhianat bangsa pula. Jadi, saya telah mengambil keputusan dengan tepat sekali bahawasanya saya, Muhamad Hilmi bin Mohd. Ali Hanafiah, akan membeli McDonald's. Saya beli McChicken Supreme. Burgernya bukanlah besar manapun tapi sedap. Tomato besar. Kakak saya tengok McDonald's atas meja. Terus tergamam. Saya hanya ketawa dan berkata "aku terdesak"
Okay. Itu sahaja cerita jalan-jalan saya untuk hari ini. Esok hari jadi mak saya yang ke-48. Wow! Makin muda mak saya. (Kononnya. Hahaha)
Jadi, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal!
Wassalam.
:-D
Blog ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, atok-atok, semua boleh baca! Tiada unsur negatif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wajib Korang Baca
-
Assalamualaikum... Hari ni... hari yang boleh dikatakan best jgak la... datang semata-mata nak pergi merentas desa... siapa yang tak pergi...
-
Assalamualaikum. Hari ini memang saya tak ada buat apa-apa di rumah melainkan masak, makan, basuh pinggan, dan internet. Macam sekarang. T...
-
Assalamualaikum. Mulut ni adalah tempat di mana semua perkataan keluar. Kalau nak bersembang, pakai mulut. Kalau nak bertanya, pakai mulut...
-
Assalamualaikum. Lama sangat tak post kat blog ni. Nak kata berhabuk, takde la juga. Tapi, alhamdulillah. Ada juga orang yang masih lagi b...
-
Assalamualaikum. Apa khabar? Tajuk post saya hari ni agak panjang sikit. Saya pun tak tahu macam mana tajuk macam ni boleh terlintas di f...
-
Assalamualaikum. Pada suatu malam yang hening, Pocong meloncat-loncat di kawasan kubur. Datang seekor lagi hantu yang berlari-lari sambil...
-
Assalamualaikum. Ini baru sahaja saya buat. Seloka 2 Hassan al-Basri. Pada mulanya, saya tak tahu seloka tu aper... Sejak saya baca Semaia...
-
Assalamualaikum. Pagi tadi, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah menghantar wakil sekolah untuk permainan ragbi. Ini buat pertama k...
-
Assalamualaikum. Tahukah anda apa itu GPS? Bukan GBS! Itu Geng Bas Sekolah! Cerita yang tak membina akal budak-budak. Panduan bagi mer...
-
Assalamualaikum. Pertama sekali, BENCINYA! BENCINYA! BENCINYA! Logo Kementerian Pelajaran Malaysia #SERIOUSLY Saya tengah panas hati de...
No comments:
Post a Comment