Thursday, March 31, 2011

Kini Tinggal Kenangan

Assalamualaikum.

Semalam adalah hari yang paling mendukacitakan buat saya. Tepat jam 4.30, saya dapat call dari ayah saya. Katanya atok saya sedang nazak. Saya memang tak teragak yang perkara sebegitu akan berlaku. Tanpa berlengah, saya terus siap nak ke hospital. Lepas Asar terus gerak.

Bila sampai je kat hospital, memang saya sesuatu yang lain. Entah kenapa. Jiwa saya tidak dapat mentafsirkan benda tu. Bila naik je kat atas, semua masih lagi kat luar ICU. Ada segelintir kat dalam. Bila doktor panggil Abah (My Pak Long) suruh ajarkan syahadah kat atok, memang saya rasa ada something yang akan berlaku. Terus semua masuk dalam kecuali saya. Saya kena jaga barang.

Tepat jam 7.45 petang, Abang Syakir keluar dari wad dengan muka yang tak dapat saya gambarkan sambil mengatakan, "atok dah takde."

...............................................................................................................................................................................................................................................................

saya langsung tak terkata-kata ketika itu. Saya bayangkan macam dunia ni tak ada benda. Saya masuk dalam tengok atok. Memang saya susah nak menangis. Tak tahu kenapa. My eyes stop the tears.

Alhamdulillah. Hari ni jenazah telah selamat dikebumikan. Kini tinggal kenangan.

Al-Fatihah buat Haji Yahya bin Hassan.

Wassalam.

Saturday, March 26, 2011

Remaja LRT dan Wangsa Walk

Assalamualaikum.

Semalam. Saya balik rumah naik LRT. Mula-mula naik Rapid dari UIA terus ke Putra. Pastu terus naik tren ke Taman Melati. Balik rumah kejap. Tukar baju. Lepas tu, terus ke KLCC. Memang penat. Kaki pun melecet.

Sedang duduk dalam tren, tren berhenti di transit Sri Rampai. Biasalah kat Sri Rampai. Budak-budak dari Wangsa Walk. Wangsa Walk pula memang ramai budak-budak yang agak mengambil perhatian ramai. Yang berudung ber-couple dengan orang ni. Saya tengok pun memang malulah. Budak Melayu pula tu. 2 perempuan 1 lelaki. Gedik je mata memandang. Rasa macam nak jadi Usop je. "Kita bako! Kita bako!" Tapi saya sabar. Kenapalah boleh jadi macam ni.

Kalau saya jadi mak bapak dorang, malu sungguh. Wangsa Walk tu memang khas untuk budak-budak melepak.Patutnya tukar nama. Wangsa Lepak. Hahaha. Tapi memang patutlah tempat tu jadi target Usop. "Kita bako je Wangsa Walk tu!".

Ada lagi satu. Saya nampa dalam LRT tu ada 3 budak perempuan. Masyallah! Entah apa yang dah attack kat kepala dorang tu. Pakai skirt gila ba** pendek. Kita tak boleh salahkan diri dia. Salahkan mak bapak mereka! Patutnya mak bapak mendidik anak dari kecil lagi. Pepatah ada menyebut, 'melentur buluh biar dari rebungnya.' Kalau nak didik anak dengan betul, didiklah dari kecil lagi. Sekarang 'bubur sudah jadi nasi' tapi tak bermakna kita akan biarkan begitu sahaja. Sekarang ni macam-macam program yang dianjurkan oleh IKRAM untuk remaja. Remaja sekarang banyak didedahkan dengan hedonisme.

Lagu-lagu yang dimaikan di radio kebanyakannya lagu-lagu tak ada masa depan. Sepatutnya mainkanlah lagu membantu remaja ke jalan yang lurus. Bukannya ke Jalan Mati Hati. Malaysia sangat kurang lagu-lagu membagkit semangat remaja tentang Palestin. Indonesia sampai melimpah kotak tu nak isi album tentang lagu Palstin ni.

Jadi, sama-samalah kita, wahai remaja sekalian untuk bangkit dan menentang Yahudi Laknatullah! Mereka sedang merosakkan kita. Sama-sama kita renung-renungkan dan selama beramal.

WASSALAM

Friday, March 11, 2011

Koperal Hilmi???? :D

Assalamualaikum...

Hari ini saya dah dapat sijil naik pangkat jadi Koperal. So, saya sudah jadi Koperal Hilmi. Haha...
Hari Ahad pergi Perak. Ada Kursus Kenaikan Pangkat. Harap-haraplah dapat. Amin.
Tadi bincang barang apa yang nak kena bawak pergi sana. Masyallah...
Banyak betul. Dah la 5 hari kat sana.
btw...  saya akan mengharumkan nama baik Al-Amin. Insyallah

"Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berilah peluang kepada kami untuk ditauliahkan sebagai Sarjan. Hanya Kau kami memohon. Amin"

Wassalam

Wednesday, March 9, 2011

Hari Yang Gembira :)

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari yang paling gembira sekali. Memang x pernah happy macam ni...
Saya dapat pingat!!! Sejak saya form 1 lagi... langsung tak pernah dapat pingat. tapi tahun ni saya dapat 2 lagi...
Naib Johan Bola Tampar bawah 15
Naib Johan Bola Keranjang bawah 15
perhh... mmg inilah yang saya idamkan selama ini. akhirnya dapat juga. tapi kesian kat orang tu. tak dapat langsung. tumpang sedih sama.

Wassalam

Friday, March 4, 2011

Dosa Mulut

Assalamualaikum.

Mulut ni adalah tempat di mana semua perkataan keluar. Kalau nak bersembang, pakai mulut. Kalau nak bertanya, pakai mulut. Kalau nak menyanyi, mesti pakai mulut. Kalau nak mengumpat? Wow! Mengumpat? Mencela? Membohong? Hmm...

Pepatah Melayu ada menyebut 'kerana mulut badan binasa'. Kenapa badan binasa kerana mulut? Apakah kalau kita lebar, badan kita lebar? Hmm... Mari kita renung sama-sama.

Mengumpat. Biasa orang yang selalu mengumpat ni orang Melayu. Untuk lagi tepat, orang perempuan. Ada seorang sahabat nabi bertanya kepada Rasulullah. Siapakah yang paling ramai masuk neraka? Lelaki atau wanita? Rasulullah pun menjawab, perempuan yang paling ramai di dalam neraka. Sahabat bertanya lagi, kerana apa? Rasulullah menjawab, kerana tidak menjaga mulut mereka dan derhaka kepada suami.

Orang Melayu kita ni memang tak sah kalau tak bergossip. Bagi mereka mengata orang ni benda yang paling gembira pada mereka. Kalau kita halang mereka, mereka akan cakap, "ini cerita betullah!", "alah, aku bagitau cerita ni pon nak korang ambik pengajaran je". KEPALA OTAK KO PENGAJARAN! Nabi pernah bersabda. Jika kamu membuka aib orang, maka Allah akan membuka aibmu pada Akhirat nanti. Jadi, takkan la kita nak Allah membuka aib kita pada Akhirat nanti? Mestilah tak nak, kan? Malulah sikit.

Conclusion is, janganlah kita nak mengumpat orang. Kalau kita nak cerita pasal orang tu, tengok la diri kita tu dulu. Lagipun, semua benda kat dunia ni sentiasa berzikir pada Allah tanpa henti. Sel-sel dalam badan kita juga berzikir. Takkan la sel dalam mulut kita ni berzikir sambil tu kita mengkutuk orang. Tak rasa macam bersalah ke membuat perkara yang Allah tak suka? Jadi, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal.

WASSALAM!

:D

Kekalahan Yang Memalukan

Assalamualaikum...

hari memang penat dan memalukan. Fatah kalah atas tangan Falah basketball tadi. Fatah adalah naib johan basketball u-15. sabo je la. saya tengah stress gile ni. nak plak dengan refri tu. walaupun dia tu guru Fatah tapi cara dia sebagai seorang refri tu salah. foul depan mata buat tak tau je. kekalahan ni memang memalukan bg kami. Fatah dikalahkan dengan budak-budak yang tak tahu tentang baskteball. itu yang buat malu tu.

esok temasya sukan. kena nyanyi dengan semangat. kata nya sultan Selangor nak datang.
gimmick dah training. insyallah akan berjalan dengan lancar.

WASSALAM

Wednesday, March 2, 2011

Badan Makin Legam

Assalamualaikum...

Perh~ Memang dah tak boleh tahan lagi. Cuaca kat Malaysia ni makin panas. Lagi panas apabila sekolah buat raptai sukan setiap hari dengan keadaan cuaca yang panas ya amat. Sabo je la. Raptai berjam-jam. Panas gila. Semua dah macam BBQ saya tengok. Ada yang macam kambing golek.

Nak lagi panas? Ini cerita dia. Benda yang membuatkan saya bertambah panas ialah apabila budak-budak form 1 dan 2 Al-Fatah tak nyanyi kuat-kuat lagu rumah sukan. Itu rasa macam nak terajang je budak-budak ni. Sabo je la. Yang kena kuatnya form 3. Kami la yang nyanyi kuat-kuat. Kami yang bagi semangat. Tapi dorang macam tak nak support kami je. Panas btol.

Ok.. itu sahaja post hari ni.
WASSALAM

Tuesday, March 1, 2011

TAMRIN? WoW!

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk bulan Mac. Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Mac. Rasa macam semalam je Januari. Tapi takpe. Saya nak cerita sikit pasal TAMRIN yang baru je langsung Jumaat lepas. Mula-mula ingat tak nak pergi tapi pergi je la. Mana la tau tahun ni ada kelainan sikit dari tahun lepas. Malam sebelum tu pack barang. Memang macam tak semangat nak pergi tapi ubah kan niat. Pergi sana nak ditarbiyyahkan. Bukan untuk bersuka ria.

Sebelum TAMRIN start, saya tengok game futsal B-15. Al-Fatah VS As-Solah. Memang sorak gila-gila la time tu. Akhirnya Al-Fatah kalah. Memang sedih gila. Sabo je la. Saya dah janji dengan dorang yang saya akan mendapatkan johan untuk basketball B-15. Insyallah.

Lepas Asar. Bermula la TAMRIN yang ditunggu-tunggu selamat ni. Kumpul di dewan seminar. Nyanyi lagu tema TAMRIN. Semangat betul nyanyi. Dah lama tak nyanyi lagu-lagu yang semangat ni. Rindu betul. Lagu tema kali ni Untuk Sebuah Perubahan. Sedap jugak lagu tu. Lepas dengar segala taklimat, main game sikit. Banin main kat tanah merah. Main ape ntah game tu. Best jugak la. Lepas main game takde nama tu, main game Goreng Pisang. Memang lama btol tak main game ni. Perlukan A dalam subjek Bahasa Melayu. Kalo tak, hancur game tu.

Lepas Maghrib, ade tazkirah dari Form 4. Biasa la. Tazkirah. Dengar je la. Lepas tu, ade majlis perasmian TAMRIN oleh Ustaz Abdul Aziz. Lepas perasmian, solat Isyak. Lepas tu, macam biasa la. Tidur.

Pagi tu tahajjud. Dapat buat lapan rakaat. Lepas tu, baca Al-Quran. Sambung yang Ustaz Sukri suroh baca hari Jumaat hari tu. Pastu, masuk la Subuh. Lepas solat Subuh, kena kumpol kat atas. Bagi tazkirah. Setiap usrah kena hantar sorang wakil. Saya dengan Don bergaduh siapa yang nak ke depan. Saya yang nak cakap, dia plak yang nak. Bertengkar la. Hahaha. Comel je Don bergaduh. Paham-paham je la dia macam mana. Gaduh punya gaduh. Tengok-tengok, takde sorang pon ke dapan pasal tak cukup masa. Hahaha. Buat abis air liur je gaduh.

Hari Sabtu dipenuhi dengan slot yang sangat best tapi susah nak cerita. Dan saya telah belajar satu ayat baru untuk kawan sejati iaitu "Aku Sayangkan Kau Kerana Allah" atau dalam perkataan Arab nya "Uhibbuka Fillah". Petang tu kitorang main War Game. Memang syok. Berebut bendera dengan fasi. Hahaha. Saiful kena kejar dengan Izzat. Agak kelakar. Penat. Memang penat. Basah kuyup pulak tu.

Maghrib saya azan. Dah lama tak azan. Kali ni azan sedap-sedap sikit. Memang terketar time azan tu. Lepas solat Maghrib ade kena bagi tazkirah. Kali ni saya bagi Don sampaikan. Biar la kat dia. Kesian pulak kat dia.

Pagi Ahad. Macam biasa la. Tahajjud. Subuh. Lepas tu ade tazkirah lagi. Saya dah cakap dekat Amir Luqman saya nak sampai kan tazkirah tapi ade la sorang senior tu cakap punya la lama sampai dah nak abis masa. Bikin panas je. Tak sempat saya nak bagi. Tapi saya fikir-fikir balik bagus juga saya tak bagi takut nanti timbul fitnah. No need to know. Sebelum saya pergi mandi, memang saya tengah panas. Pastu, Amir Luqman peluk saya. Hahaha... Dia cakap sorry-sorry.  Saya cakap takpe la. Biasa la tuh.

Pastu balik. Memang penat. Tak dapat dilupakan. Sorry la kepada pembaca. Isi post saya ni tak banyak. Patut nya ade slot. Tapi nanti saya tulis segala tazkirah yang saya tahu. Insyallah

WASSALAM

Wajib Korang Baca