Tuesday, March 1, 2011

TAMRIN? WoW!

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk bulan Mac. Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Mac. Rasa macam semalam je Januari. Tapi takpe. Saya nak cerita sikit pasal TAMRIN yang baru je langsung Jumaat lepas. Mula-mula ingat tak nak pergi tapi pergi je la. Mana la tau tahun ni ada kelainan sikit dari tahun lepas. Malam sebelum tu pack barang. Memang macam tak semangat nak pergi tapi ubah kan niat. Pergi sana nak ditarbiyyahkan. Bukan untuk bersuka ria.

Sebelum TAMRIN start, saya tengok game futsal B-15. Al-Fatah VS As-Solah. Memang sorak gila-gila la time tu. Akhirnya Al-Fatah kalah. Memang sedih gila. Sabo je la. Saya dah janji dengan dorang yang saya akan mendapatkan johan untuk basketball B-15. Insyallah.

Lepas Asar. Bermula la TAMRIN yang ditunggu-tunggu selamat ni. Kumpul di dewan seminar. Nyanyi lagu tema TAMRIN. Semangat betul nyanyi. Dah lama tak nyanyi lagu-lagu yang semangat ni. Rindu betul. Lagu tema kali ni Untuk Sebuah Perubahan. Sedap jugak lagu tu. Lepas dengar segala taklimat, main game sikit. Banin main kat tanah merah. Main ape ntah game tu. Best jugak la. Lepas main game takde nama tu, main game Goreng Pisang. Memang lama btol tak main game ni. Perlukan A dalam subjek Bahasa Melayu. Kalo tak, hancur game tu.

Lepas Maghrib, ade tazkirah dari Form 4. Biasa la. Tazkirah. Dengar je la. Lepas tu, ade majlis perasmian TAMRIN oleh Ustaz Abdul Aziz. Lepas perasmian, solat Isyak. Lepas tu, macam biasa la. Tidur.

Pagi tu tahajjud. Dapat buat lapan rakaat. Lepas tu, baca Al-Quran. Sambung yang Ustaz Sukri suroh baca hari Jumaat hari tu. Pastu, masuk la Subuh. Lepas solat Subuh, kena kumpol kat atas. Bagi tazkirah. Setiap usrah kena hantar sorang wakil. Saya dengan Don bergaduh siapa yang nak ke depan. Saya yang nak cakap, dia plak yang nak. Bertengkar la. Hahaha. Comel je Don bergaduh. Paham-paham je la dia macam mana. Gaduh punya gaduh. Tengok-tengok, takde sorang pon ke dapan pasal tak cukup masa. Hahaha. Buat abis air liur je gaduh.

Hari Sabtu dipenuhi dengan slot yang sangat best tapi susah nak cerita. Dan saya telah belajar satu ayat baru untuk kawan sejati iaitu "Aku Sayangkan Kau Kerana Allah" atau dalam perkataan Arab nya "Uhibbuka Fillah". Petang tu kitorang main War Game. Memang syok. Berebut bendera dengan fasi. Hahaha. Saiful kena kejar dengan Izzat. Agak kelakar. Penat. Memang penat. Basah kuyup pulak tu.

Maghrib saya azan. Dah lama tak azan. Kali ni azan sedap-sedap sikit. Memang terketar time azan tu. Lepas solat Maghrib ade kena bagi tazkirah. Kali ni saya bagi Don sampaikan. Biar la kat dia. Kesian pulak kat dia.

Pagi Ahad. Macam biasa la. Tahajjud. Subuh. Lepas tu ade tazkirah lagi. Saya dah cakap dekat Amir Luqman saya nak sampai kan tazkirah tapi ade la sorang senior tu cakap punya la lama sampai dah nak abis masa. Bikin panas je. Tak sempat saya nak bagi. Tapi saya fikir-fikir balik bagus juga saya tak bagi takut nanti timbul fitnah. No need to know. Sebelum saya pergi mandi, memang saya tengah panas. Pastu, Amir Luqman peluk saya. Hahaha... Dia cakap sorry-sorry.  Saya cakap takpe la. Biasa la tuh.

Pastu balik. Memang penat. Tak dapat dilupakan. Sorry la kepada pembaca. Isi post saya ni tak banyak. Patut nya ade slot. Tapi nanti saya tulis segala tazkirah yang saya tahu. Insyallah

WASSALAM

No comments:

Wajib Korang Baca