Monday, May 30, 2011

Junior & Senior

Assalamualaikum.

Senior merupakan golong menengah atas yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga budak-budak menengah rendah. Tambahan lagi, mereka lebih tegas, ganas, hormat guru, dan lain-lain. Manakala, junior merupakan golongan bawahan yang sangat 'ulat buku', agak penakut, terlebih hormat pada senior, kurang ajar dengan guru dan lain-lain.

Mesti korang tertanya, kenapa tiba-iba saya jaga tengahmalam begini? Sebab apa? Sebab.... saya ada teringat kata-kata senior kepada saya dan junior-junior yang lain. Ntah kenapa baru sekarang saya rasa macam boleh terima kata-kata mereka. Biasanya, apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut mereka saya akan membidas tapi tiba-tiba je sekarang saya boleh terima seadanya. Saya ada benda nak share tentang Senior dan Junior Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Khas buat mereka.

Senior

Kepada semua senior SMIAAG dan Alumni di luar sana, korang dulu secara ikhlasnya memang kejam. Sesangatlah kejam. Itu bagi ana. Memang nak ikutkan, korang ni dulu macam Jepun. Salah sikit, terus nak denda kami. Rasa macam nak balas dendam je. Ana tahu, korang buat semua tu ada baiknya. Dan sekarang baru ana faham, korang buat kami menjadi manusia. Manusia yang berpegang teguh pada janji seorang Islam. Korang memang hebat. Mampu mendidik kami. Sanggup tinggalkan segala kerja. Sanggup tinggalkan SPM. Senang ceritalah. Ana tak pernah dapat senior macam korang.

Junior


Untuk adik-adikku, pelapis Al-Amin. Korang adalah pemimpin Islam yang akan datang. Ana tak nak korang rosak macam budak-budak yang terbabas dari jalan Syurga. Ana tak nak generasi Al-Amin seterusnya rosak seperti yang lain. Nanti bila kami dah jadi senior korang, kamilah yang akan handle korang. Jaga segala aspek korang. Itu amanah dari senior. Kami kenalah laksanakan.

Itu sahaja yang saya nak luahkan. Sikit tapi padat. Hope korang enjoy dengan post ni. See yah next post.

WASSALAM!

Sunday, May 29, 2011

Three Days In Genting Highland

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Saya baru sahaja pulling dare Genting Highlang, Pahang selama 3 hari. Kenapa saya pergi ke sana? I just had a camp. Very tired but still enjoy. Kem itu dinamakan Uji Cekap. Bukannya kem sana-saja tau. Kem itu menilai semua aspek yang ada dalam MASYAB dan Kadet. Memang banyak benda yang dinilai. Sebelum saya pergi ke sana, kenalah buat ulangkaji semua benda. Saya ni dahlah Sarjan. Kalau salah satu benda, memang malu sangat tapi nasib baik saya lepas semua penilaian. Alhamdulillah. Rakan Sarjan saya, Black, tak dapat datang sebab dia ada Hari Keluarganya.

Selepas tiga hari berkhemah di sana, kami adakan lawatan di ladang strawberi yang berdekatan dengan Hotel Awana Kijal. Saya tak beli apa-apa jenis buapun termasuklah strawberi. Saya cuma beli badge Angry Bird. Lepas itu, lekatkan pada baju kemeja merah jambu saya. Di sana ada juga patung Plants vs. Zombies pun ada. Memang teringin nak beli tapi duit yang tak cukup.

Apa-apapun, Genting Highlang memang seronok Dan sejuk 'gila'. Rasa macam nak pergi kali kedua. Insyallah.!

Wassalam.

Monday, May 23, 2011

Let's Speak Nogoe Sombilan!

Assalamualaikum.

Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebuah negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Nak tau kenapa nama dia Negeri Sembilan? Sebab dalam negeri tu ada 9 buah daerah (time dulu-dulu la). Antaranya, Jelebu, Inas, Rembau, Johol, Sungai Ujong, Tampin, Jempul, Ulu Muar, dan Gunung Pasir. Itu yang dulu. Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Seri Menanti, Gemas, Kuala Klawang, Lukut, Gemencheh dan Port Dickson.


Antara bahasa Nogoe Sombilan yang biasa kita dengar adalah ekau (kau), eden (aku), dan lain-lain. Hari ni saya akan tuliskan  cerita dalam bahasa atau loghat Nogoe Sombilan. 


Ehem ehem....


Pado suatu haghi, ado seko kobau tongah bojalan kek sawah. Kobau tu memang bosa. Nak dijadikan cito, kobau tu tosondol soghang pesawah ni ah. Posawah tu mano bia lopeh macam tu yo. Dio koja kobau tu macam pote! Dia dapek yo kobau tu, langsung kono somboleh. Dapek buek masak lomak cili api.


Hahaha. Itulah ceritanya. Kalau agak tak paham, suruhlah Google terjemahkan. Hehehe. Apa-apa pun, selamat memabaca.


WASSALAM!

Saturday, May 21, 2011

Kesian Dia

Assalamualaikum

Semalam, lepas saya solat Maghrib di Masjid Salahuddin al-Ayuubi, Taman Melati, saya terserempak kawan saya kat dalam dewan solat, Fattah, baru sahaja terima satu peristiwa yang dia tak dapat lupakan iaitu kematian bapanya yang koma selepas terlibat dalam kemalangan antara kereta dan lori. Sangat sedih bagi keluarga mereka. Dia keseorangan pergi ke masjid dan pulang ke rumah.

Susah nak bayang kalau ibu atau bapa kita yang meninggal. Tahun ini sahaja, 2 atuk kesayangan saya telah dijemput oleh Allah untuk pulang ke rahmat-Nya.

Apa-apa pun, kita yang masih lagi bernafas di bumi Allah ini teruskan amalan. Sebagai pelajar, cari ilmu. Sebagai bapa, cari nafkah untuk keluarga tecinta. Dan sebagai hamba yang lemah, banyak-banyaklah beribadah. Kita ni cuma tunggu ajal sampai. Jodoh, maut, terletak di tangan Allah.

SEE YAH!
WASSALAM!

Thursday, May 19, 2011

EXAM!!!

Assalamualaikum.

Hari ni bermulanya Peperiksaan Penggal 1 bagi tahun 2011. Agak susah untuk menjawab ketiga-tiga soalan tapi saya cuba untuk mengeluarkan teknik-teknik yang telah diberi oleh penceramah bengkel yang saya pergi selama ini. Esok ada lagi. Wish me luck.

WASSALAM.

Thursday, May 12, 2011

K.A.W.A.N.

Assalamualaikum.



Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:
Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.

Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:
  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.

Dalam urutan perkembangan emosi seseorang individu, persahabatan berlaku selepas perikatan ibu bapa dan sebelum perikatan pasangan yang berlaku pada masa kematangan. Dalam tempoh antara keakhiran masa kanak-kanak sehingga permulaan masa kedewasaan penuh, persahabatan seringnya merupakan hubungan yang paling penting dalam kehidupan emosi seseorang remaja dan seringnya adalah lebih mendalam, berbanding dengan hubungan yang berlaku kemudian.
Kajian persahabatan terangkum dalam bidang sosiologiantropologifalsafah, dan zoologi. Berbagai-bagai teori persahabatan telah dicadangkan, antaranya psikologi sosialteori pertukaran sosialteori ekuitidialektik hubungan, dan gaya perapatan. Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2006, bilangan dan mutu persahabatan orang Amerika telah merosot sejak selewat-lewatnya tahun 1985. Kajian itu menyatakan bahawa 25% daripada orang Amerika tidak mempunyai setiawan yang rapat, dengan bilangan setiawan seseorang pada puratanya kini merosot sehingga dua orang sahaja. Dua teori telah dikemukakan untuk menerangkan perkembangan ini:
  • homofobia, iaitu kerisauan dilihatkan sebagai homoseksual; dan
  • akibat dibesarkan dalam keluarga yang lebih kecil, keperluan untuk mengimbangi kehilangan hubungan adik-beradik secara tiba-tiba apabila meninggalkan keluarga untuk bekerja, belajar, dan sebagainya telah dikurangkan.
Persahabatan sebagai sejenis hubungan antara satu sama lain juga dapat ditemui antara binatang yang memiliki kecerdasan tinggi, misalnya mamalia pada peringkat yang lebih tinggi dan sebilangan burung. Persahabatan yang menjangkaui spesies sering juga ditemui antara manusia dengan binatang bela jinak. Yang lebih jarang ditemui tetapi patut diberikan perhatian ialah persahabatan antara binatang dengan binatang daripada spesies yang lain, misalnya anjing dengan kucing.

Dalam Islam, sahabat adalah seseorang yang membimbing rakan lain ke arah Islam yang sebenarnya. Kita ambil contoh seorang sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakr As-Siddiq.

Abu Bakar as-Siddiq (Arabأبو بكر الصديق‎ AbÅ« Bakr al-SiddÄ«q) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

Kalau kita nak jadi kawan yang sejati, jadilah seperti Saidina Abu Bakr As-Siddiq yang sanggup berkorban demi Nabi dan Islam. 


Semoga kita menjadi seorang insan yang berguna di dunia ini dan janganlah kita khianati kawan kita. 


WASSALAM.

Monday, May 9, 2011

Late Mother's Day Wish





Assalamualaikum.


"Janganlah kamu meninggikan suara kepada mereka (kedua ibu bapa) walau perkataan 'uff' sekali pun"
Al-Quran


Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.



Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu diYunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Malaysia menyambut Hari Ibu pada hari Ahad ke-2 bulan Mei. Bermaksud untuk tahun ini, jatuh pada 8 Mei iaitu semalam. 

Apabila saya bangun sahaja dari tidur, ibarat macam hari itu adalah hari yang lain dari lain. Saya buka semua saluran televisyen, semua cerita mengenai pengorbanan ibu mereka. Makin saya pelik. Baru saya tahu yang hari itu adalah Hari Ibu. Saya sambut dengan menyidai pakaian dengan sendiri tanpa pertolongan mak saya. Baru saya tahu bagaimana terseksanya menyidai pakaian di hari yang panas lagi terik. Begitulah pengorbanan ibu kita tapi sekarang ni orang pakai bibik. Tak perlu banyak tenaga ibu nak keluar. (Kah kah kah) 

Lepas pukul 11.30 pagi, mak dan ayah saya terus gerak ke kampung untuk berkhidmat pada nenek-nenek saya. Nak kata atuk, dua-dua atuk saya baru sahaja meninggalkan saya untuk tahun ini. Tinggallah saya di rumah bersama adik-beradik saya. 

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu kangdung saya, Puan Maznah bt Yahya, yang sanggup menjaga saya sejak azali lagi dan tidak terhingga kepada ibu susuan saya, Mak Tam, yang sanggup menyusukan saya. Walau dia bukan mak kandung saya, tapi saya tetap hargai susu yang diberi darinya.

My mom. Maznah

My ibu susuan. MAK TAM!


SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI SELURUH PELUSUK DUNIA!
SAYANGI IBU ANDA. SETITIS AIR MATA MENITIK DI MUKA BUMI INI, SATU PERCIKAN API NERAKA UNTUK KITA DI AKHIRAT SANA. 

Wassalam.




Saturday, May 7, 2011

Mamak Contoh Terbaik?

Assalamualaikum.

India Muslim atau dikenali sebagai Mamak yang cukup masyhur dengan kemahiran mereka membuat menebar roti canai dan bijak mengira dan menghafal harga makanan dan minuman. Perniagaan mereka sering maju. Ada banyak faktor yang mebuatkan perniagaan mereka maju. Antaranya;


1. Tidak Lupa Solat


Seperti yang semua orang tahu solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat nanti dan solat juga dapat menjegah kita daripada melakukan perkara munkar. Kalaulah kita menjaga solat kita yang lima waktu itu, pasti Allah redo dengan segala amalan kita seharian. Bukannya saya kata yang lain tu tak jaga solat cuma apa yang saya nampak ini saya jadikan sebagai teladan.

2. Cara Melayan Pelanggan


Kalau kita nak jaga hati pelanggan tu mestilah ikut pesan pelanggan tu. Kalau benda yang tak pernah jumpa dalam dunia pun, ikut aje la. Mamak ni kalau kita pesan makanan yang tak ada dalam menu pun dia buat tapi sekarang dah senaraikan macam burger, french fries, dll. Janganlah marah-marah pelanggan kalau pesan benda merepek. Mamak ni mesra alam.

3. Nama yang Menarik


Nama kedai merupakan antara faktor yang paling penting dalam perniagaan. Kalau kita tengok nama kedai mamak. Mesti ada  letak perkataan 'Maju' di hujung nama kedai. Ini menunjukkan mereka yakin yang perniagaan mereka mesti maju. Terbukti memang maju.

4. Sikit-sikit, Lama-lama Jadi Maju


Kedai mamak pada permulaannya menggunakan modal yang kecil. Selepas meraih untung yang tinggi, mereka menaik taraf premis mereka. Kita ambil contoh satu kedai yang berhampiran di rumah saya, D'Mamak Corner, pada mulanya mereka mempunyai tv yang standard. Selepas mendapat untuk yang banyak, mereka tukar tv mereka menjadi tv LCD HD. Memang maju sekarang. Itulah yang menyebabkan ramai orang berkunjung ke kedai mamak.

Itu adalah ulasan dari saya. Bukan saya kata kedai/restoran Melayu yang tidak mempunyai ciri-ciri ini tidak bagus. Cuma ini adalah apa yang saya perhatikan selama ini.

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam.

Thursday, May 5, 2011

Virus K-Pop


Assalamualaikum.

Malaysia merupakan tempat lahir saya. Tanah tumpahnya darahku. Dari kecil saya sering dengar lagu Melayu. Sehingga kini saya tidak jemu mendengarnya. Akan tetapi, zaman dah berubah. Kini, ramai remaja Melayu yang menggemari lagu Korea atau lebih dikenali sebagai K-Pop. K-Pop ini adalah muzik Korea. Ini merupakan satu perancangan untuk mempromosikan ekonomi Korea. Apabila muzik sesebuah  negara itu membangun, haruslah ekonomi mereka juga membangun. Bukan macam Malaysia! Harap nak meniru sahaja artis luar negara. Leka di persada muzik tempatan. Lupa akan negara. Sibuk sangan nak tiru fesyen mereka. Malaysia ini banyak fesyen tradisional yang mampu mendapat pasaran yang tinggi.

Macam manalah muzik sendiri nak maju sedangkan diri sendiri meniru gaya orang lain. Memanglah orang suka benda baru. Kenapa kita tidak mencipta benda yang lagi baru dari benda sekarang? Itulah masalahnya. Benda yang orang sukakan sekarang pasti dilupai. Macam filem-filam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee makin dilupai semenjak filem terhebat arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah pecah panggung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah juga mungkin akan dilupai juga.

Jadi, kalau kita hendakkan sesuatu, maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Usaha dengan cara tersendiri. Kalau nak tiru seseorang itu tidak salah cuma cara kita meniru itu haruslah bertepatan dengan apa yang kita lakukan. Janganlah segala aktiviti yang dia suka lakukan kita ikut 100%.

Usaha tangga Kejayaan!

WASSALAM

Wednesday, May 4, 2011

Batch Ku

Assalamualaikum.

Semalam telah diadakan mesyuarat 'tergempo' Majlis Tertinggi & AJK Nineteen96 dan bertempat di kelas 3 As-Suyuti. Meeting yang berlangsung dari jam 3.45 petang hingga 4.45 petang ini memang penuh dengan kemarahan dan pertelingkahan antara banin dan banat. Sebenarnya, sayalah orang yang marah-marah tu. Walau saya hanya seorang Timbalan Ketua Batch, tapi saya juga ada kuasa di dalam batch untuk memantau kerja-kerja setiap AJK. Saya marah tentang seorang banat yang mencarut di dalam Facebook. Memang ketika itu saya marah tahap gaban habis. Saya tak pernah marah banat sampai macam tu. Tapi, saya dapat redakan marah saya tu akhir mesyuarat tu.

Apa-apa yang kita lakukan di dunia ni ada maknanya. Cuma cara kita itu sahaja yang dapat menentukannya.

Wassalam.

Wajib Korang Baca