Saturday, July 31, 2010

~Long Time Ago in SRIAAG~

Assalamualaikum.

Tengah dok lepak kat depan komputer ni, ader plak terlintas kat hati nak tengok gamba time sekolah rendah dulu. Pastu aku masukkan dalam komputer. Aku ingat lagi time sekolah dulu. Ader yang manis. Ader juga yang pahit.

Aku dulu pernah mendapat jawatan juga di sekolah.

2004=Ketua Kelas
2005=Pengawas
2006=Ketua kelas
2007=Pembimbing Rakan Sebaya

Darjah satu. Memang la. Bdak baru nak belajo. Masa aku arjah satu, aku belajar di kelas 1 Yassir. Pertama kali aku masuk, aku dah dapat kawan. Azwan Solihin. Budak yang dahulunya sangat skema dan sekarang makin kacak. Selang beberapa hari, makin banyak kawan yang telah aku kenal. Orang kedua aku kenal adalah Ahmad Al-Walid. Kemudian, Qushairy. Kecik-kecik dulu memang la... main sama-sama. Pastu, makan sama-sama. Pastu, aku berkawan pula dengan sahabat sejati ku, Afifuddin. Jiran ku juga. Kitorang kawan sampai form 1 jer. Lepas tu, dia sekolah kat MRSM Kuala Kubu. Jarang btol jumpa dengan dia. Perangai dia memang pelik. Kadang-kadang buat orang suka kadang-kadang buat orang sakit hati. Kah3!!!
Biasa la tu. Kitorang time darjah 4 ngan darjah 5 selalu sangat keluar naik basikal pergi kedai... taman... Memang syok. Sempat jugak la jumpa dia. Open House Raya tahun lepas. Main WWE: Smackdown VS Raw 2009. Kah3!!!
Tahun ni jarang jumpa dia. Huh~

Time aku darjah 2, aku kelas 2 Hamzah. Menjadi ketua kelas. Aku dulu selalu sangat dikejar oleh Aisyah Rashid. Ntah aper masalah aku kat dia. Aku pernah dapat idea kat mner nak menyorok. Kat tandas banin. Memang berhasil. Walau aku tak minum Fernleaf, aku tetap bijak. Kah3!!!
Pastu, masa tu Mualimah Nor Hadiah cerita pasal cerita hantu. Biasa la. Aku ni dulu pengecut. Habis jer cerita tu, aku keluar, nangis kat luar kelas. KAH3!!!
Bdak-bdak laen gelak kat aku. KEJAM!!!

Time darjah 3. Aku kelas 3 Abu Dzar. Jawatan ku pada masa itu ialah pengawas. Aku kira kaki menyakat member. Aku ngan Afifuddin dulu sama jer. Suka sangat lempang Hafzan. Hafzan suka jer. Aku pon tak tau aper masalah dia. Aku ngan Afifuddin angkat dia pastu letak kat belakang kelas. Dah la belakang tu kotor. Kitorang siap baringkan dia lagi. Dah la dia pengawas jugak. Tak baik~
Kah3!!!
Kotor baju Hafzan.

Time darjah 4. Aku kelas 4 Salman. Tak betul~  Dulu aku kelas 2 Khalid la...  Aku jadi ketua kelas. Asal mualim/ mualimah tak masuk kelas jer, aku yang kena panggil. Malas btol la. Masa tu musim Piala Dunia 2006 kat Germany. Yang Itali menang tu. Memang kecoh gler kelas bab Zidane kena buang padang tu.

Time darjah 5. Aku kelas 5 Ubaidah. Inilah bermulanya aku membuka laman web sosial yang sangat popular pada zaman itu, Friendster. Tanggal bulan Julai. Aku tak ingat hari aper, tp, itulah hari yang paling sedih. Kami semua dapat berita yang sahabat sekelas kami, Zainal Ihsan Zainal Fitri, meninggal dunia pd jam 5 pagi di Hospital Ampang Puteri akibat koma. Kelas kami sungguh sunyi pagi itu. Semua sedih dengan berita itu. Yang samseng tahi kucing pon turur menangis.

Al-Fatihah buat Zainal Ihsan Zainal Fitri.

Pada tahun 2008. Aku berumur 12 tahun a.k.a. darjah 6. Aku kelas 6 Jaafar. Memang best gler kelas tu. Ramai kawan. Banat 6 orang jer. Kah3!!!
Ammar selalu sangat kacau Putri Aisyah. Banat yang paling ramai sker kat dia kecuali aku. Ader satu hari tu, aku nampak Saiful, Ammar ngan Syamil masukkan lipas mati dalam sampul surat pastu letak atas meja PA (Putri Aisyah). Bila PA masuk jer kelas, nampak sampul tu. Kitorang dah tergelak dah. Bila dia bukak jer, menjerit macam nampak babi hutan depan mata. Aku dah terbahak-bahak dah.

Itulah darjah 6. Bila sebut jer darjah 6 ni, mesti terlintas di pikiran korang pasal UPSR. Ya. Orang selalu tanya aku, 'Nanti UPSR nak berapa A?' Aku jawab senang jer '4A 1B'. Memang betul terjadi. Dan aku sentiasa target Bahasa Inggeris B. Memang mimpi menjadi kenyataan. Aku betul-betul dapat 4A 1B. Itula. Setiap kata-kata itu adalah doa.

Itulah kenangan time kat SRIAAG dulu. Banyak btol benda jahat aku buat. Kah3!!!
Itu sahaja dari saya.

Ehem!

Anak itik pakai baju melayu,
Anak ayam pakai kemaja;
Itulah kenangan dari ku,
Jahat betul aku ni rupanya.

Kah3!!!

Assalamualaikum.

Thursday, July 29, 2010

~Puasa~

Assalamualaikum.

Hari ni aku puasa.
Dah lama tak puasa sunat.
Lepak kat umah.
Blogging sat...
Facebook sat...
Chatting sat...
Jiwang sat...
Tgk WWE sat...
Segala benda la sat....

Doa kan aku supaya dapat puasa sampai azan Maghrib berkumandang.
Amin...

Assalamualaikum.

Wednesday, July 28, 2010

~Aku Jiwa Pahlawan~

Assalamualaikum.

Sebagai seorang anak, aku mestilah mendengar kata-kata ibu bapa ku. Sebagai seorang pelajar, aku mestilah pergi ke sekolah. Sebagai seorang pengawas, aku mestilah melakukan segala kerja dan amanah yang telah diberi oleh ketua dan cikgu.

Jumaat yang lepas, aku telah menyertai satu program yang sangat popular di sekolah ku iaitu Tamrin. Kali ini peserta yang wajib terlibat dalam program tu adalah semua pelajar Form 2 a.k.a. Batch 19. Program ini dikendalikan oleh semua alumni batch ke-12 (Dejourney).

Program bermula pada pukul 3.30 petang. Selepas aku pergi solat Jumaat, aku terus pulang ke sokolah untuk mengambil beg baju di kelas ku. Selepas aku ambil beg baju, aku ambil beg buku pula. Kemudian, aku letak beg  baju ku di pondok surau. After that, aku, AD n' Umar pergi beli ais krim MingoMingo kat luar. Nasib baik ada hati yang baik nak belanja aku. Kah3!!!

Jam 2.30 petang. Jam tangan ku tepat pada jam 2.30 petang. Aku menuju ke surau untuk baca novel kesukaan ku. Nak ker aku menyatakannya? Aku rasa tak perlu kot... keh3...
Sambil ku baca, aku tengok ada satu sudut kat dalam surau tu buat pertandingan azan. Sambil baca, sambil tu aku dengo azan mner yang sedap. Tapi, susah sket la nak hayati novel aku baca tu.

HUH~

Tepat jam 3.30 petang. Tibalah masanya untuk daftar. Selepas tandatangan, aku diberi tag nama dan badge 'Aku Jiwa Pahlawan'. Aku terus ambil marker pen dan terus tulis nama ku di tag nama itu. 'Muhamad Hilmi bin Mohd. Ali Hanafiah'. Terpampangnya nama itu di tengah-tengah tag nama itu. Kemudian, aku tulis 'Hilmi Imi Jimmy' secara terbalek. Itu adalah perkataan wajib. Kah3!!!

Kemudian, aku disuruh oleh Abang Hujja untuk memanggil lagi member yang tak daftar lagi kat ICT yang dok sibuk main DOTA. Aku lari naik terus pergi ICT. Ini yang aku tak suka nak cerita ni. Memang penat seh~

Tepat jam 4.00. It's time for taklimat. Selepas habis taklimat, kami terus bawa beg baju ke kelas. Ibarat aku masuk asrama pula. Aku pilih kelas... eh... dorm yang sesuai untuk ku tidur pada malam itu. Aku pilih dorm kedua dari tangga banin. Lepas letak beg, aku terus ke surau untuk solat Asar. Aku dah terlambat. Aku terpaksa masbu'. Selepas solat, kami dikumpulkan semula. Banin di bawah bahagian surau manakala banat di atas bahagian surau. Kami diberi satu belon yang belum diisi angin setiap seorang. Dalam belon tu ader satu kertas yang tertulisnya perkataan yang kita tak tahu. Tiup sehingga belon tu pecah. Member sebelah aku dapat pecahkan dulu. Zahid.Budak yang paling senyap dan banyak kacau orang. Aku tak berani nak tiup belon sehingga pecah pasal aku tak suka tiup belon. Aku suruh Zahid tiupkan. Aku dapat perkataan 'Jeng'. Kemudian, kitorang disuruh cari member yang sama perkataan. Aku dapat cari akhirnya. 6 orang dapat perkataan 'Jeng'. Aku, Umar Mukhtar, Zulhakimi, Dzulhusne, Ridhwan and Adenan.

Lepas tu, kitorang mandi. Aku pergi semula kat dorm. Aku amek baju Syabab ngan kain pelekat. Sebelum aku keluar dari dorm tu untuk mandi, aku gantikan seluarku dengan kain pelekat biru, kain pelekat kesayangan ku. Selepas memakai kain pelekat, aku terus ke tandas. Aku rasa aku di kampung pada masa itu.  Aku mandi di tandas sekolah rendah. Dah lama tak masuk tandas sekolah rendah. teringat time sekolah rendah. Selalu skip class ngan member. Itu time jahiliah dulu tu. Jahat btol aku. Huih~
Keluar jer dari bilik air, aku rasa lain pada diri aku. Padan la... Aku pakai baju syabab. Baju syabab tu dah la warna biru. Combine ngan kain pelekat aku yang warna biru tu... lagi la... serasi. Kah3!!!
Aku terus ke dorm ku semula. Aku letak baju kotor ku di atas meja. Aku amik Rexona deodorant roll ku dan mcm biasa la. Nak cakap lagi ker?! Lepas tu aku amik Brylcream hair cream. Aku colek banyak2. Pastu apa lagi... tepek kat rambaut pastu ratakan jer la....
Malas la nak buat gaya rambut. Aku tak suka sgt buat gaya rambut ni. Aku sentiasa awasi side burn aku. Kah3!!! Control sentiasa.

Selepas khidmat diri, aku menuju ke kantin untuk makan malam. Aku makan malam dengan Hafzan, Muiz dan Aniq. Ini yang dikatakan ukhuwah. Makan sama-sama. Kongsi dulang. Sedap jer makan. Huh~

Lepas makan, aku terus ke surau. Aku ambil wuduk pastu masuk dalam surau. Aku menunggu azan Maghrib. Tepat kam 7.30 malam. Masuk nya waktu Maghrib. Aku ingat aku nak azan tp Azim dah menuju ke depan. Aku biar kan jer. Aku suruh dia azan pakai microphone, dia degil. Time dia tgh azan, aku suruh Syahmi bg Azim microphone. Syahmi bg jer. Azim amek. Dia ingat berfungsi.Pastu dia azan jer melalui mic tu. Tak respond pon benda tu. Aku tergelak-gelak. Selepas azan, aku tunaikan solat sunat qabliah. Kemudian, qamat berkumandang. Kami solat berjemaah.

Selepas solat Maghrib, aku tunaikan solat sunat Ba'adiah. Selapas solat sunat, aku masuk kumpulan yang telah dibahagikan pd petang malam itu. Kami membaca al-Quran. Kami dijaga oleh Abang Alumni Syed Mohammad. Lepas baca, kitorang dengar pengalaman abang Alumni kat Al-Amin ni. Best gak.

Telah berkumandang nyer azan Isyak. Lepas azan, aku baca doa selepas azan dan pergi ambil wuduk. Kemudian, aku solat sunat ba'adiah. Pastu, solat Isyak berjemaah.
Selepas solat Isyak, aku menunaikan pula solat sunat Qabliah.

Kitorang dikumpulkan untuk slot yang pertama. Tajuknya Remaja Berwawasan disampaikan oleh Ustaz Shahrom, SMIAAGs' former headmaster. Best gak la... Tapi, sebelum ceramah disampaikan, kitorang disuruh untuk nyanyi lagu tema tamrin. Arruhuljadid. Memang semangat gler... WooHoo!!!~

Bermula lah slot pertama. Tengah dok syok dengo Ustaz ceramah, ader la sorang makhluk tu selamba rock jer... prut..prutt...prott~
Bapak! Terbahak-bahak aku gelak. Bukan setakat aku, sekelilingaku turut gelak sama.
10 minit kemudian, ader lagi kedengaran benda itu. Prott!!!!
Kah3!!!
Sebanyak 4 kali dia mem-prott!!!
Aku tak boleh tahan. Gelak gler... Nasib baek tak kuat.

Habis jer ceramah itu, kitorang ader supper. Biskut ngan teh 'o'. Itu pon kira sedap dah... Lepas tu,  aku tukar kain pelekat aku ngan seluar track putih aku. Then, kitorang tido. Zzzzz.... nynyak...

Pada jam 5 pagi. Hari Sabtu. Kitorang pegi ke surau untuk tahajjud. Aku dapat solat tahajjud 2 rakaat jer. Kenapa? Perut aku kembung. Masuk angin. Saket gler perut aku. Huh~
Dapat la solat Subuh berjemaah. Selepas solat, baca al-Mathurat ramai-ramai.

Tepat jam 6.30 pagi. Semua kenalah khidmat diri. Aku tuko pakai kain pelekat biru ku itu. Aku baru ingat yang pagi tu ader Karnival Wafdul Amin. Nasib baek aku bawak kupon RM5 yang aku dah beli hari Rabu. Nasib abik ader pelonggaran untu pergi karnival tu. Tepat jam 8.30 pagi. Sepatutnya, hari tu, hari Syabab. Kitorang kena berkumpol kat dataran. Ader perasmian Karnival K.A.W.A.N. Lepas tu, ader pertunjukan silat. Best gler. Kemudia, bersurai.

Lepas tu, aku tak tau nak pegi maner. Aku tanyer Hafzan. Dia kata dia nak pergi tengok tanyang movie. Aku ikut jer. Aku tengah ader RM5 ni. Tak tau nak buat aper. Daripada aku membazir beli kupon tu, baik aku pergi tengok movie. Sedang aku menuju ke Tayangan Movie tu, aku meninmpa satu musibah.
Time aku tengah jalan tu, aku terpijak lecak. So, aku jalan la kat atas simen. Pada masa itu, aku tgh pakai selipar aku yg paling licin. Apa yg terjadi? Aku jatuh backward. Malu gler. Nasib baik banat kat gelanggang tak nampak. Malu... =.='

Aku habis kan kupon aku dengan menonton filem Karate Kid. Best gler...

Lepas aku tgk citer tu, aku ngan Zulhakimi lepak kat dorm... Pastu hang up ngan Jazman. Snap some pics.
Kenangan bersama kawan. Tengah lepak tu, aku sempat lagi baca novel Atas Nama Cinta.

Lepas tu, kitorang kumpul semula kat surau. Aku dah lupa buat aper... Sorry...

Lepas Asar, kitorang ader X-plorerace. Syok gak. Kena merangkak la... masuk lobang la... huh~
Penat der...

Sebelum maghrib, aku, Azim, Zulhakimi ngan Iqbal lepak kat pondok surau. Azim mcm budak2. Sumpah aku ckp... mmg mcm budak2... Dia nampak botol yang bebudak dok tiup keluar buih banyak2 tu. Dia tiup kat aku. Aku bengang btol... Nak sumbat jer cecair tu kat dlm mulut dia...
Hish~
Pastu kitorang solat Magrib. Lepas solat Maghrib, macam biasa la. Solat sunat. Then, masuk kumpulan. Baca Al-Quran. Malam tu, yang kendalikan team kitorang Alumni Abang Shakirin. Syok gak dia cerita.
Pastu Isyak. Lepas Isyak, kitorang ader slot Kenali Komet Anda. AJK bagi satu kertas. Pastu tulis nama kiter. Pastu pas kat kawan. Suruh kawan komen ttg kiter. Banyak gler dorang komen. Harun btol. Ini yang dorang komen:

  • Jimmy la!!! Friendly
  • Baik
  • Help me
  • Suka smack org
  • Pandai masak!
  • Ok
  • Ok jer
  • Baik je
  • Tolong menolong
  • Sentiasa pantau member buat kerja
  • Suka kutuk orang
  • Bajet!!
  • Rajin pergi jim
  • Gelabah gile
  • Halim di FB, IRL mcm mcb
  • Pandai masak, baik, amanah
  • gelabah
  • pandai masak
  • suke belasah orang/ baik
  • suka wrestling
  • suke sgt masak... igt bende tu best ker?!
  • jiwang
  • pelik
  • SUKE LUDAH DLM AIR BILE ORG MINTAK SKIT
  • what the fish
  • makat roti banyak
  • so bajet, nothing is imposible
  • pandai
  • wekkkk!!!
  • Badan cam bulldozer
  • suka cakap what the fish
  • bagi pinjam buku
  • Atas Nama Cinta
  • Bajet pandai
  • Suare sedap
  • Baik
  • Aku x tahu nak comment apa cuma rasa nak makan roti
  • 24 on FB!
  • menggelabah
  • bajet ketua (sorry)
  • gelabah buat video
memang aku gelak mula-mula. Lepas slot tu, kitorang ader supper. Macam biasa... Makan. Naek atas. Tuko pakai seluar. Tido.

Esok nyer plak. Bangun pagi. Tahajjud. Subuh. Kemas surau.Lepas tu, khidmat diri. Pastu sarapan pagi. Pagi tu mmg best. Aki, Aniq, Muiz ngan Hafzan mkn mknn yang paling syok kat dunia ni yang tak pernah dpt. Nasi goreng bersama biskut hancur. Kitorang amek nasi goreng. Pastu hancurkan biskut atas nasi goreng. Then, kitorang gaul la... Syok!!!

Pastu, aku ngan Umar bincang pasal persembahan. Lepas tu, kitorang kena kumpul kat dlm dewan tak guna. Eh. Silap. Dewan serbeguna. Ada taklimat sket. Lepas tu, baru kitorang buat persembahan. Banat buat kat dalam dewan. Banin buat kat luar. 

Tibalah masanya, kitorang buat persembahan. 
Inilah dia.

Suatu petang. Di kedai kopi. Hilmi sedang lepak minum kopi. Berjalan lah Umar. Dari jauh, Umar nampak Hilmi di kedai kopi.
Umar: Hilmi! Engkau ke tu? Kenal tak tak ni saper?
Hilmi: Ooo... Jamil ek?
Umar: Umar la!
Hilmi: Ooo... Meh la nyinggah minum dulu.
Umar menuju ke kedai kopi. Lalu Umar tanya.
Umar: Meja mana?
Hilmi: Yang minum nya air! Bukan meja! Dah! Duduk!
Duduk la Umar.
Hilmi: Hui... Lama gler aku tak jumpa ngko. Makin kurus. Jangan marah.
Umar bengang. Lalu berkata.
Umar: Engkau dah hina aku. Belanja aku minum.
Hilmi: No hal. Mamak!
Datang la Ridhwan (Mamak).
Mamak: Apa mau?
Hilmi: Teh tarik 3!
Mamak: Apa? Tarik tali?
Hilmi: Teh tarik la!
Mamak: Ok...
Pergi la mamak.
Lalu, bercerita la pengalaman Hilmi ngan Umar. Aku tak ingat la isi dia. Tapi, aku ingat satu babak tu.Aku cakap.
'Ader la sorang Alumni tu. Bengang btol aku. Macam Stone Cold!'
Kah3!!!
Aku ingat lagi benda tu.
Dialog last mmg best.
Hilmi: Weyh. Tadi yang lalu td tu Farukhi kan?
Umar: A ah.
Hilmi: Ya Allah! Dia tu dulu berak tak pernah nak istinjak. Busuk dibuat nya.
Umar: Hish! Ngko tak baek mengumpat orang. 
Hilmi: Insaf. Dah la. Dah nak Maghrib dah ni. Banyak setan kat luar ni. Jom!
Umar: Jom!

Best gler buat persembahan tu. Lega...

Lepas habis semua kumpulan buat persembahan, kitorang masuk dewan semula. Ada pemberian hadiah. 

Kumpulan banin yang terbaik adalah kumpulan 9. Kumpulan Aiman Danish.
Kumpulan banat terbaik tak silap aku kumpulan Husna kot. Ntah. Dah lupa. Sorry.

Pastu ada hadiah bagi Tokoh Tamrin F2 2010.
Mula-mula. Budak-budak kat belakang aku semua jerit nama aku. Aku pelik. Dalam hati, apesal dorang sebuat nama aku? Aku buat aper sampai dorang anggap aku akan jadi tokoh? Pelik. 
Pelajar pertama. Naim.
Kedua. Hadi.
Ketiga. Syahir.
Bila time nak sebut nama yang keempat ni, semua jerit nama aku. Aku bengang gler. 
Tengok-tengok. Memang btol aper yang dorang gambarkan. Aku pelajar keempat itu.
Sampai sekarang aku masih lagi tak percaya. Pelik ibnu Ajaib. Huh~
Banat.
Latifah Maisara.
Husna.
And... 2 others banat yang aku tak tau nama dorang. (Sorry...)

Aku dapat hadiah novel. Novel Khalid Memburu Syahid. Aku tak baca lagi sampai sekang ni. Sekarang aku tengah habiskan novel Atas Nama Cinta. Sket lg nak abis...

Lepas habis semua tu. Kitorang salam ngan AJK. Naqib Usrah. Alumni. Pastu tangkap gambo. Keh3...
Lepas tu,  mencekik!
Kah3!!!

Makan nasi ayam.
Lepas makan. Aku lepak kat depan. Kat pondok warna aper ntah...
Tetiba jer tekak aku kering. Aku terus keluar sekola. Pergi medan selera. Aku beli air mineral  kat satu kedai runcit. Haus gler. Balek sekola jer. Ramai gler mintak air kat aku. Bagi je la...
Lepas tu, solat Zuhur. Lepas Zuhur, baca novel akt depan. Pastu tunggu bapak aku. Akhirnya bapak aku sampai.
Huh~
Lega...

Itu jer yang aku nak kongsi...

Assalamualaikum

Sunday, July 18, 2010

~Bowling~

Assalamualaikum

Sebagai seorang pengawas, aku mesti jalankan tanggungjawab. Sebagai seorang anak, aku mesti patuhi segala kata-kata ibu bapa ku. Sebagai hamba-Nya, aku mesti buat apa yang Dia suruh dan jangan ikut larangan-Nya.

Hari ini. Aku telah bercadang dengan Azwan untuk pergi bermain bowling di Wangsa Walk Mall. Tp, mak ngan bapak aku nak maen sekali. Aku terkejut gler. Mak aku ingatkan aku terkejut tak percaya yang dia akan maen bowling. Pastu bapak aku cakap aku syok mak aku nak maen. Dalam hati aku,
Tuhan sahaja yg tahu. Tak cakap awal2 nak maen.

Tiba sahaja di Wangsa Walk Mall itu, bapak aku terus cari mesin ATM. Angkatan Tentera Malaysia? Kah3!!! Aku pon tak tau maksud disebalik ATM tu. Bapak aku carik merata tempat. Tengah mencari tu... aku jumpa Azwan. Dia dah sampai dah. Biasa la. Asal jumpa jer dia, mesti ader memek muka nya yang sangat blur. Keh3...

Lepas bapak aku cucuk duit kat ATM tu, kitorang terus pergi maen bowling. Maen sorang dua game cukup ler~
Memang syok btol maen. Aku lawan dengan Azwan. Bapak aku lawan dengan mak aku. Aku menang. Aku 131. Azwan 124. Bapak aku ngan mak aku, aku tak ingat braper dorang skor...
Aku ngan Azwan dapat dua strike... kah3!!!

Lepas maen tu, mak ngan bapak aku pergi Coldstorage. Aku pergi Popular Bookstore untuk mencari pen dan buku nota kecil. Tengah aku mecari, terlintas dalam kepala hotak aku nak cari kertas kajang. Aku dapatla cari pen dengan buku nota kecik. Masih lagi mencari kertas kajang. Akhirnya jumpa. Lepas ti, aku cari novel Islamik cinta.

Tengah carik-carik tu, akhirnya aku jumpa banyak. Puhhh.... Aku belek-belek setiap novel tu. Dan aku telah buat keputusan untuk beli novel 'Atas Nama Cinta'. Buku ni dikarya oleh Wahyu Sujani. Penulis novel dari Insonesia. Novel tu ditranslate ke Bahasa Melayu tapi ada jugak la bahasa Indon sket2... Aku akan baca sampai habis~
:)

Itu sahaja cerita aku nak kongsi. Nantikan cerita-cerita akan datang. Ada pantun lagi... Ehem!

Anak mati dalam keranda,
Dia takkan lahir semula;
Terima kasih tak terhingga,
Kerana sudi membaca.

Assalamualaikum.

Friday, July 16, 2010

MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa)

Assalamualaikum.

Sebagai seorang pelajar, aku mesti ke sekolah. Sebagai seorang anak, aku kena patuh kata-kata ibu bapa ku. Sebagai seorang pengawas, aku mestilah menjalankan amanah yang telah diberi oleh guru dan ketua umum.

Pada Jumaat, 16 Julai, aku telah menyertai program MABIT yang dianjurkan oleh Ustaz Yassir.MABIT atau lebih dikenali sebagai Malam Bina Iman dan Taqwa. Ini diwajibkan bagi semua pengawas Form 2. Tak silap aku. Pengawas banin ada 2 orang tak pergi. Banat... aku tak perasan. Rasanya semua pergi kot~ tak kesah ler.

Pada hari pertama. Daftar pada jam 3 petang. Lepas daftar, terus masuk slot pertama iaitu "BersamaMU Tuhan". Ada 3 penceramah. Ustaz Yassir and his 2 UIAM mates. Syok jgak la. Bila sebut jer 'adik-adik' kena cakap 'YA!'. Kah3... Best~

Biasa tido kat sekolah, mak cik yang masak. Tp... kali ni peserta yang kena masak. Itu yang best tu. Ustaz kasi garam, telur, minyak, dapur, kuali, kacang panjang dan ayam. Aku dah tau dah nak masak aper. Hari Khamis itu hari, aku ngan Amru dah berkomplot dah nak masak aper.

Pastu, Amru bawak bawang, cili boh ngan blender skali. kah3!!!
Amru suroh Aiman mesin bawang kat dlm surau. Pada masa yang sama, dalam surau ada Muaz, Timbalan Kutua Umum. Muaz kata air paras bawang. Aiman ikot jer ckp Muaz tu. Biasa la. Masing2 takde pengalaman memasak. Keh3...
Apa yang terjadik pd bawang tu? Cair nak mati. Sebab banyak sangat air tu. Habis semua salahkan Muaz.
Muaz:Ana mana tau masak.
Aku:Dah tak tau, cakap jer la tak tau.

(sentap you all...)

Masakan yang pertama kami masak adalah telur dadar. Senang jer buat tu. Tp, ada banyak barang yang takde. So, susah sket la nak masak. Nak pukol telur pakai aper nnt... huih... tp takpe.. kiter suvival la sket... pukol telur pakai kacang panjang. Power tu!
Tp, ader plak yang terlalu pandai. Umar. Dia pergi letak kacang panjang dalam telur yang aku dah pukol kan tadi.Aku bengang btol.
Umar:Biar la. Kreatif la sket.
Aku: Ye la... (!)

Menu seterusnya ialah sayur kacang panjang goreng telur.
Mula2, aku ingatkan Amru tau resepi tu. Ropenya dia tak tau. Hadoi~ nasib baek mak aku ada ajar aku nak buat mcm mner...

Resepi seterusnya. Ayam masak merah.
Ustaz Yassir kata sedap. Banin punya masakan 10/10. Banat 9/10. Yeah!
Siapala chef nye ek? Hmm...

Pada malam tu, ada slot ke-2 iaitu Neraka dan Penghuninya. Agak takut jaga mendengarnya dengan suara Ust Yassir yang agak menggerunkan bertambah pula malam.
Ini sekadar kongsian sahaja. Pada Hari Akhirat nnt, Allah akan panggil tiga golongan ini. Yang pertama. Orang yang mati syahid. Allah berkata, wahai fulan, ini nikmat yang aku beri pada mu. Apa yang telah engkau telah lakukan dengan nikmat ini. Maka fulan itu menjawab,aku telah berperang dan mati syahod hanya keranaMu, Ya Allah.
Allah berkata, Sesengguhnya engkau bohong. Engkau mati syahid hanya kerana menunjukkan keberanianmu itu. Wahai malaikat, sentaplah wajah fulan ini dan masukkan ia ke dalam neraka. Golongan ke-2 ialah orang yang mengajar ilmu dan mengajar membaca al-Quran. Allah berkata, wahai fulan, ini nikmat yang aku beri padamu. Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat itu?
Fulan itu menjawab, aku telah mengajar orang membaca al-Quran hanya keranaMu, wahai Allah.
Allah berkata, sesungguhnya engkau bohong! Engkau mengajar ilmu itu hanya ingin mendapat pujian manusia. Wahai malaikat, sentaplah muka fulan ini dan masukkan ia ke dalam neraka.
Akhir sekali,(sorry.. aku dah lupa..) Allah berkata sama juga, engkau menipu! Malaikat! Sentap muka fulan ini dan masukkan dia ke dlm neraka!

Tengok... begitu dasyatnya. Itulah. Setiap kali kita nak buat sesuatu itu mesti ada niat yang ikhlas kerana Allah.

Sambung cerita pasal MABIT. Lepas slot tu, kitorang minum malam. Mkn ringan2 jer.. teh 'o' ngan biskut krim Hup Seng. Itu pon kira sedap dah. Lepas tu, saat yang dinantikan oleh semua peserta2 dan peceramah2 sekali. Perkara yang paling syok.
TIDUR TIME! Kah3!!!

Hari kedua, hari balik. Bangun pada jam 4.30 pagi untuk Tahajud. Aku dapat buat Tahajud 8 rakaat. Witir aku lupa nak buat pasal lepas aku buat tahajud, aku dok sat. Zikir... Istighfar... dalam masa yang sama, aku pejam mata. Apabila aku dah layan mata sambil berzikir, apa lagi. Bermulalah (Zzzzzzz...) kah3!!!
Nasib baek takde org nampak aku, kecuali Khalid. Dia bagitau kat aku time aku tgh baca Quran sambil tunggu azan Subuh. Dia dtg dekat aku, pastu 'Woi, Hilmi. ngko tido td ek?' Aku terkejut. Aku ingatkan takde org usha aku... (kantoi).

Ohh.. lupa. Pada Maghrib malam pertama tu, yang laen pakai jubah. Aku sorang jer pakai baju T biasa ngan kain pelekat. Aku ckp dlm hati,'eh, nampak gayanya aku sorang jer pakai kain pelekat ni.'

Itu sahaja dari saya.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Hari-hari aku belajar,
Kalau gagal aku dirotan.

Assalamualaikum

Wednesday, July 14, 2010

Seloka 2 Hassan al-Basri

Assalamualaikum.

Ini baru sahaja saya buat. Seloka 2 Hassan al-Basri. Pada mulanya, saya tak tahu seloka tu aper... Sejak saya baca Semaian 2009, baru saya tahu.
Jangan sangka air yang cetek tiada buaya. Jangan sangka 1 At-Tabari jer ader seloka.. 2 Hassan al-Basri pon ader. Keh3...

Sebuah kelas di bawah sekali,
Deret dengan kelas 1 At-Tabari,
Kelas ini selalu merendah diri,
Itulah 2 Hassan al-Basri.

Ustaz Razak guru kelas kami,
Orangnya kacak lagi tinggi,
Tak pernah marah walau sekali,
'Macam mano ni' menjadi inspirasi kami.

Orangnya kurus dan cerah,
Tak berlagak tapi gelabah,
Muhamad Hafzan ketua kelas berhemah,
Nak jadikan sahabat tidak salah.

Safwah penolong Hafzan,
Artis Korea menjadi pujaan,
Kutukan mana dia heran,
Asalkan berjaya menjadi harapan.

Outstation hobi si dia,
Tak kesah kalau tak ada,
Bendahari dan pengawas jawatan si dia,
Itulah Jazman yang ceria sentiasa.

Kelas kotor dia yang arahkan,
Selalu mengganggu rakan-rakan,
Muhamad Saifullah suka bersukan,
Bersukan dengan kawan-kawan.

Lain pula cerita mamat ni,
Kadang-kadang muram kadang-kadang happy,
Update blog hari-hari,
Itulah dia Muhamad Hilmi yang jiwang sekali.

Budak-budak ni ada masa depan,
DOTA jadi permainan harian,
Asyik bercerita tentang permainan,
Itulah Talhah, Afiq, Taufik dan Safwan.

Gelap bukan pengahalang baginya,
Bercakap jarang baginya,
Ahmad Aniq itulah namanya,
Baju kelas rekaan si dia.

Naim seorang yang sangat bising,
Tak cukup sorang bising dia menambahkan lagi bising,
Kami tak kesah kalau dia bising,
Tapi kami geram kalau dia bising.

Mereka sahabat sejati,
Berkawan awal tahun sampai hari ni,
Muiz dan Izzat memang serasi,
Kawan sehidup dan semati.

Budak ni pandai tapi bising juga,
Kelepet tudung setiap masa,
Husna dan Aqila jadi mangsa,
Maaf kalau tak suka.

Orangnya senyap tak banyak cakap,
Kalau dia cakap aku tak dengar pon apa dia cakap,
Biasa la orang malu jarang cakap,
Aseeyah memang tak banyak cakap.

Dia ni bising tapi baik juga,
Menolong rakan dan mengacau juga,
Itulah Nashua yang banyak berkata-kata,
Malas la nak kata.

Budak ni memang pandai,
Memang senyap tapi pandai,
Amirah Jalal seorang yang pandai,
Nak cakap apa lagi? Dah dia memang pandai.

Ammar menceriakan lagi,
Hari-hari buat lawak tanpa henti,
Aiman kata dia pun lawak sekali,
Ammar hanya berbangga diri.

Bab bola tanyalah mereka ni,
Piala Dunia mereka menanti,
Lampard, Fabregas dan Messi,
Solihin dan Aiman nama diberi.

Pelajar baru Amin namanya,
Kawan baik kami sepanjang masa,
Tidak pernah mecaci walau dihina,
Sabar sifat si dia.

Kawan rapat di belakang sekali,
Seorang pandai seorang lagi agak pandai sekali,
Iman dan Che' Siti nama diberi,
Suka bergossip setiap pagi.

Lain pula cerita Shazrul Izzat,
Hari-hari datang lambat,
Dia lari macam kilat,
Nak kejar pon tak sempat.

Ini juga peminat Korea,
Nama Facebook pon dah ghope Korea,
Sarah itulah orangnya,
Filem Korea faham sahaja.

Zulhakimi pelajar luar biasa,
Menghafal Al-Quran setaip masa,
Hafiz Quran cita-cita si dia,
Sejuk perut mak dia.

Banat ni tinggi,
Duduk di hadapan sekali,
Nashua dan Sarah menjadi kawan sejati,
Itulah Liyana Amirah yang tinggi.

Namanya Alya,
Orangnya rendah lagi tanpa berkata-kata,
Cerita hantu dia tak suka,
Agaknya dia suka cerita cinta.

Abdul Azim nama diberi,
Oleh bapanya sendiri,
Mengganggu rakan jarang sekali,
Kutuk kawan apatah lagi.

Lain pula cerita Nahdhan,
Menjadi bahan ketawa rakan-rakan,
Hari-hari dekenakan setiap pelajaran,
Sabar je la dah nasib badan.

Ada seorang banat yang banyak bertanya,
Aku rasa dia nak jadik reporter,
Latifah itulah orangnya,
Dia bertanya nak belajar sahaja.

Seorang lagi banin belom diceritakan lagi,
Bertelinga capang dan hitam manis lagi,
Ahmad Zahid nama dia sendiri,
Suka diangkat dan dibuli.

Setakat ini sahaja seloka kami,
Yang tak sebut nama jangan kecil hati,
Mungkin salah ana sekali,
Maaf susun 10 jari.

Yang dipuji jangan bangga diri,
Yang dikutuk jangan bunuh diri,
Gurauan hanya sekali,
Bukan pernah pon dapat peluang ni.


-Muhamad Hilmi bin Mohd. Ali Hanafiah-

Kah3!!!
First time buat seloka yang jadik. Walaupon grammar ntah ke mana, ini bukannya diperiksa dengan cikgu pon.
Keh3...
Ini hanya gurauan.

Kali ni aku nak bagi pantun 2 kerat. Ehem!

Sedut habuk pakai vaccum,
Assalamualaikum.

Saturday, July 10, 2010

Piala Dunia 2010 Final Makin Kecoh!


Assalamualaikum.


Sebagai seorang pelajar, aku mesti ke sekolah. Sebagai seorang pengawas, aku mesti jalankan tugas dan amanah guru. SEbagai seorang anak, aku mesti ikut kata-kata ibu bapaku. Sebagai seorang penyokong kepada kedua-kedua pasukan yang berentap awal pagi Isnin ini, aku keliru mana satu nak sokong.

Memang kecoh betol pasal Piala Dunia tahun ni. Kat sekolah, bila dengo jer cerita Jerman kalah, senyap jer peminat Jerman. Bila Brazil tersinkir, ramai kata "Brazil kasi chance jer tu. Brazil dah menang 5 kali." Kepala hotak dorang Brazil kasi chance. Kalau Brazil kasi chance, dah lama Brazil tak masuk quater final. Itu semua ayat orang yang tak boleh terima kenyataan jer tu...

Memang susah nak terima perlawanan seterusnya. Sepanyol VS Belanda. Aku tgh pening skang ni. Dah la ada 2 binatang... eh... bintang yang aku minat dalam 2 pasukan hebat tu. Cesc Fabregas (Sepanyol) ngan RVP=Robin Van Persie (Belanda).

Mengikut tilikan dari Paul si sotang kurita (a.k.a. Bomoh), Sepanyol akan menang kali ni. Agaknya, boleh percaya ke tilikan 'Bomoh'tu? Orang semua percaya. Aku rasa... ada orang letak satu roh dalam sotong tu kot. Hmm... Susah nak digambarkan. Kah3!!!

Tapi, aku rasa Piala Dunia kali ni Sepanyol akan menang. Sebab... permainan Belanda agak lemah. Mereka main terlalu perlahan. Yang paling banyak bawak bola, Robben ngan Sjnider jer...

Manakala skuad Sepanyol pula mempunyai pemain pertengahan yang cukup hebat. Mereka memang hebat dalam passing bola. Terapi, yang aku tak gemar. Masa Jerman VS Sepanyol pagi Rabu hari tu, mereka banyak peluang tetapi mereka tidak mahu mengambil peluang itu.

Dan. Aku telah mengambil keputusan. Aku akan menyokong pengadil. Sebab, pengadil yang akan menentukan siapa pemenangnya. Kalau tak ada pengadil, perlawanan tu memang tak syok nak tgk. Kah3!!!
Ceh...

Aku akan menyokong Sepanyol. dan aku jamin! Sepanyol akan menang Piala Dunia tahun ni1 Go Spain! Woohooo!!!!

Ini baru piala dunia. Nak lagi kecoh? Tunggu lagi 2 tahun. Piala Eropah. Lagi kecoh.
Pehh..

Pantun akan mengakhiri post aku ini. Ehemm..

Pergi ke kedai beli ikan bilis,
Singgah sekejap di rumah Ali;
Piala Dunia sudah nak habis,
Tentulah Sepanyol menang kali ni.

Assalamualaikum.

Wajib Korang Baca