Assalamualaikum.
Sebagai seorang pelajar, aku mesti ke sekolah. Sebagai seorang anak, aku kena patuh kata-kata ibu bapa ku. Sebagai seorang pengawas, aku mestilah menjalankan amanah yang telah diberi oleh guru dan ketua umum.
Pada Jumaat, 16 Julai, aku telah menyertai program MABIT yang dianjurkan oleh Ustaz Yassir.MABIT atau lebih dikenali sebagai Malam Bina Iman dan Taqwa. Ini diwajibkan bagi semua pengawas Form 2. Tak silap aku. Pengawas banin ada 2 orang tak pergi. Banat... aku tak perasan. Rasanya semua pergi kot~ tak kesah ler.
Pada hari pertama. Daftar pada jam 3 petang. Lepas daftar, terus masuk slot pertama iaitu "BersamaMU Tuhan". Ada 3 penceramah. Ustaz Yassir and his 2 UIAM mates. Syok jgak la. Bila sebut jer 'adik-adik' kena cakap 'YA!'. Kah3... Best~
Biasa tido kat sekolah, mak cik yang masak. Tp... kali ni peserta yang kena masak. Itu yang best tu. Ustaz kasi garam, telur, minyak, dapur, kuali, kacang panjang dan ayam. Aku dah tau dah nak masak aper. Hari Khamis itu hari, aku ngan Amru dah berkomplot dah nak masak aper.
Pastu, Amru bawak bawang, cili boh ngan blender skali. kah3!!!
Amru suroh Aiman mesin bawang kat dlm surau. Pada masa yang sama, dalam surau ada Muaz, Timbalan Kutua Umum. Muaz kata air paras bawang. Aiman ikot jer ckp Muaz tu. Biasa la. Masing2 takde pengalaman memasak. Keh3...
Apa yang terjadik pd bawang tu? Cair nak mati. Sebab banyak sangat air tu. Habis semua salahkan Muaz.
Muaz:Ana mana tau masak.
Aku:Dah tak tau, cakap jer la tak tau.
(sentap you all...)
Masakan yang pertama kami masak adalah telur dadar. Senang jer buat tu. Tp, ada banyak barang yang takde. So, susah sket la nak masak. Nak pukol telur pakai aper nnt... huih... tp takpe.. kiter suvival la sket... pukol telur pakai kacang panjang. Power tu!
Tp, ader plak yang terlalu pandai. Umar. Dia pergi letak kacang panjang dalam telur yang aku dah pukol kan tadi.Aku bengang btol.
Umar:Biar la. Kreatif la sket.
Aku: Ye la... (!)
Menu seterusnya ialah sayur kacang panjang goreng telur.
Mula2, aku ingatkan Amru tau resepi tu. Ropenya dia tak tau. Hadoi~ nasib baek mak aku ada ajar aku nak buat mcm mner...
Resepi seterusnya. Ayam masak merah.
Ustaz Yassir kata sedap. Banin punya masakan 10/10. Banat 9/10. Yeah!
Siapala chef nye ek? Hmm...
Pada malam tu, ada slot ke-2 iaitu Neraka dan Penghuninya. Agak takut jaga mendengarnya dengan suara Ust Yassir yang agak menggerunkan bertambah pula malam.
Ini sekadar kongsian sahaja. Pada Hari Akhirat nnt, Allah akan panggil tiga golongan ini. Yang pertama. Orang yang mati syahid. Allah berkata, wahai fulan, ini nikmat yang aku beri pada mu. Apa yang telah engkau telah lakukan dengan nikmat ini. Maka fulan itu menjawab,aku telah berperang dan mati syahod hanya keranaMu, Ya Allah.
Allah berkata, Sesengguhnya engkau bohong. Engkau mati syahid hanya kerana menunjukkan keberanianmu itu. Wahai malaikat, sentaplah wajah fulan ini dan masukkan ia ke dalam neraka. Golongan ke-2 ialah orang yang mengajar ilmu dan mengajar membaca al-Quran. Allah berkata, wahai fulan, ini nikmat yang aku beri padamu. Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat itu?
Fulan itu menjawab, aku telah mengajar orang membaca al-Quran hanya keranaMu, wahai Allah.
Allah berkata, sesungguhnya engkau bohong! Engkau mengajar ilmu itu hanya ingin mendapat pujian manusia. Wahai malaikat, sentaplah muka fulan ini dan masukkan ia ke dalam neraka.
Akhir sekali,(sorry.. aku dah lupa..) Allah berkata sama juga, engkau menipu! Malaikat! Sentap muka fulan ini dan masukkan dia ke dlm neraka!
Tengok... begitu dasyatnya. Itulah. Setiap kali kita nak buat sesuatu itu mesti ada niat yang ikhlas kerana Allah.
Sambung cerita pasal MABIT. Lepas slot tu, kitorang minum malam. Mkn ringan2 jer.. teh 'o' ngan biskut krim Hup Seng. Itu pon kira sedap dah. Lepas tu, saat yang dinantikan oleh semua peserta2 dan peceramah2 sekali. Perkara yang paling syok.
TIDUR TIME! Kah3!!!
Hari kedua, hari balik. Bangun pada jam 4.30 pagi untuk Tahajud. Aku dapat buat Tahajud 8 rakaat. Witir aku lupa nak buat pasal lepas aku buat tahajud, aku dok sat. Zikir... Istighfar... dalam masa yang sama, aku pejam mata. Apabila aku dah layan mata sambil berzikir, apa lagi. Bermulalah (Zzzzzzz...) kah3!!!
Nasib baek takde org nampak aku, kecuali Khalid. Dia bagitau kat aku time aku tgh baca Quran sambil tunggu azan Subuh. Dia dtg dekat aku, pastu 'Woi, Hilmi. ngko tido td ek?' Aku terkejut. Aku ingatkan takde org usha aku... (kantoi).
Ohh.. lupa. Pada Maghrib malam pertama tu, yang laen pakai jubah. Aku sorang jer pakai baju T biasa ngan kain pelekat. Aku ckp dlm hati,'eh, nampak gayanya aku sorang jer pakai kain pelekat ni.'
Itu sahaja dari saya.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Hari-hari aku belajar,
Kalau gagal aku dirotan.
Assalamualaikum
Blog ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, atok-atok, semua boleh baca! Tiada unsur negatif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wajib Korang Baca
-
Assalamualaikum... Hari ni... hari yang boleh dikatakan best jgak la... datang semata-mata nak pergi merentas desa... siapa yang tak pergi...
-
Assalamualaikum. Hari ini memang saya tak ada buat apa-apa di rumah melainkan masak, makan, basuh pinggan, dan internet. Macam sekarang. T...
-
Assalamualaikum. Mulut ni adalah tempat di mana semua perkataan keluar. Kalau nak bersembang, pakai mulut. Kalau nak bertanya, pakai mulut...
-
Assalamualaikum. Lama sangat tak post kat blog ni. Nak kata berhabuk, takde la juga. Tapi, alhamdulillah. Ada juga orang yang masih lagi b...
-
Assalamualaikum. Apa khabar? Tajuk post saya hari ni agak panjang sikit. Saya pun tak tahu macam mana tajuk macam ni boleh terlintas di f...
-
Assalamualaikum. Pada suatu malam yang hening, Pocong meloncat-loncat di kawasan kubur. Datang seekor lagi hantu yang berlari-lari sambil...
-
Assalamualaikum. Ini baru sahaja saya buat. Seloka 2 Hassan al-Basri. Pada mulanya, saya tak tahu seloka tu aper... Sejak saya baca Semaia...
-
Assalamualaikum. Pagi tadi, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah menghantar wakil sekolah untuk permainan ragbi. Ini buat pertama k...
-
Assalamualaikum. Tahukah anda apa itu GPS? Bukan GBS! Itu Geng Bas Sekolah! Cerita yang tak membina akal budak-budak. Panduan bagi mer...
-
Assalamualaikum. Pertama sekali, BENCINYA! BENCINYA! BENCINYA! Logo Kementerian Pelajaran Malaysia #SERIOUSLY Saya tengah panas hati de...
No comments:
Post a Comment