Friday, October 21, 2011

Amanah Pemimpin

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, negara kita telah dihebohkan dengan sistem dan hukum hudud yang disuarak oleh pemimpin PAS. Ramai menteri tidak setuju dengan cadangan itu. PM kata kalu PKR menang PRU nanti, baru boleh buat. Nak tengok siapa menang atau kalah dulu baru nak jalankan? Bagi saya, jalankan sahaja la. Ini hukum Allah. Bukan Hukum PAS.

Daripada Thauban iaitu khadam kepada Rasulullah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat"

(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Bukan Nabi je yang takut. Saya pon takut sekali. Kalau pemimpin kita sesat, apatah lagi rakyatnya tapi bukannya saya kata PM kita sesat. Cuma PM kita tak dapat kesedarann lagi tentang benda ni.

Saya harap hukum hudud akan dilaksanakan di negara kita ini. Insyallah. Mari kita renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL!

WASSALAM!~

Wednesday, October 19, 2011

Pembuka Selera Atau Pembuka Kejahatan?

Assalamualaikum.


Wain (wine) adalah satu minuman pembuka selera bagi orang yang bukan Islam tapi ada juga orang Islam yang meminumnya. Wain juga merupakan air yang dituak atau peram dengan lamanya sehingga 200 tahun. Namun, mereka gemar kerana dapat rasa buah yang dituak itu. Mesti pelik mengapa mereka sanggup minum air yang dituak beratus-ratus tahun itu, kan? Wain juga boleh dikategorikan sebagai air yang melalaikan seperti arak dan air tapai. Ini boleh menjejaskan jasmani dan rohani kita. 

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. , Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Hindarkanlah diri daripada arak, sesungguhnya ia adalah pembuka segala kejahatan.
(Riwayat al-Hakim)



Kenapa Nabi cakap arak itu pembuka segala kejahatan? Kenapa tak pembuka selera? Sebabnya, sesuatu yang memabukkan itu akan membawa kepada kejahatan yang lain. Kalaulah korang mabuk, macam-macam benda boleh berlaku yang menyebabkan korang tak sedar apa yang telah korang buat. Tiba-tiba sahaja korang ada dalam bilik dengan seorang perempuan dengan tiada seurat benang pun pada tubuh korang. Tak pun tiba-tiba korang dah ada dalam lokap sebab korang pergi kacau orang awam di tengah kota. Bukankah itu dah menyusahkan orang lain dan diri sendiri? 



Kalau kita dapat tengok di tengah kota Kuala Lumpur, banyak sebenarnya tempat-tempat yang menjual arak terutamanya di kelab-kelab malam dan restoran 5 bintang. Hari tu, saya pergi ke Dome, KLCC. Ingatkan mereka hanya menjual kopi yang berkelas dunia. Rupanya, ada juga jual arak dan wain berkelas dunia. 



Saya cukup sokong dengan titah Sultan Brunei yang baginda tidak mahu negaranya dilaknat oleh Allah atas jualan arak diseluruh negara Brunei. Kenapa negara Islam yang lain tidak mahu mencontohi kerajaan Islam ini? Mengapa ayat "agama rasmi kami adalah Islam" tetapi tidak mahu melaksanakan sebagai negara Islam? Inilah dia akhir zaman. Apabila haram dihalalkan. 



Apa-apa pun, jauhkanlah diri daripada sesuatu yang memabukkan seperti arak. Kerana sesuatu yang memabukkan itu pasti akan membawa padah untuk diri kita yang lemah ini. Renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL!

WASSALAM!!!!!!!!!!!!!!!

Masalah

Assalamualaikum.



Tak dapat dinafikan. Memang semua ada masalah. Tak kiralah masalah diri ke, masalah kerja ke, masalah majikan ke, semua mesti ada walaupun satu. Agak tipulah kalau ada orang yang cakap, "aku ni manusia yang bertuah sebab tak ada masalah kat dunia ni". Membohong je tu. Itulah masalah dia. Masalah dia ialah menceritakan sesuatu yang orang tak ambil kisah. Kira masalah la tu. Nabi Muhammad juga ada masalah. Masalah untuk berdakwah secara bebas tetapi Nabi takkan putus asa untuk berdakwah. Nabi ada jalan penyelesaian.

Antara masalah yang paling popular kat Malaysia adalah masalah soSial. Hehehe. Masalah yang kurang kat Malaysia ini ialah masalah nak selesaikan. Jangan risau. Serahkan segalanya kepada saya. Kita mulakan dengan masalah soSial.

1. Masalah Sosial






Inilah masalahnya. Masalah yang paling popular. Yang tergolong dalam masalah ini ialah anak-anak remaja. Walaupun selalunya orang salahkan ibu bapa tapi saya tak rasa ia 100% punca daripada ibu bapa. Ini berpunca dari sekolah, masyarakat dan rakan sebaya. Kalau di sekolah tu kita mestilah salahkan gurunya. Mestilah salahkan guru. Takkan nak salahkan mak cik kantin kot. Cara guru mengajar tu kenalah betul sikit.

Alhamdulillah. Saya dilahirkan di dunia ini untuk merasai pembelajaran di Al-Amin. Saya agak berpuas hati dengan cara itu mengajar cuma apa yang saya rasa di Al-Amin yang membuatkan punca masalah ini terbongkar ialah sikap guru di luar kelas. Pengetuanya saya tak heran sangat sebab dia ada kuasa nak buang pelajar yang bermasalah. Ini guru yang memgang jawatan guru disiplin bawahan yang 'over' acting dan telah mendoakan sesuatu yang buruk atas anak muridnya itu. Saya bukan nak cemarkan nama baik sekolah saya cuma saya nak mengingatkan pada semua guru supaya bertindak apa yang anda mampu sahaja. Jangan bertindak sesuatu yang walaupun anda anggap bagus tapi cara anda yang menyebabkan orang benca anda.

2. Masalah Cukai Negara






Baru-baru ini, negara kita diriuhkan dengan pengenaan cukai sebanyak 6% terhadap tambah nilai telefon bimbit. Saya pun naik angin. Tiba-tiba sahaja ada satu community page di Facebook yang bernama "Kami Bantah Pengenaan Cukai Atas Top-Up".  Saya pon like la page tu. Beberapa hari kemudian, pengenaan cukai itu ditangguhkan. Yang saya pelik, kenapa ramai orang suka pengenaan cukai itu ditangguhkan? Faham atau tidak makna tangguh itu? Tangguh bererti mengundurkan tempoh sesuatu perkara. Yang saya harapkan ialah kerajaan akan memansuhkan projek pengenaan cukai itu. Cara paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini ialah kerajaan harus rombak semula senarai pengenaan cukai dengan teliti dan kalau nak kenakan juga, kenakan dengan kadar yang semua orang mampu.

3. Masalah Internet






Ini yang paling saya benci sekali. Bila nak tengok video di YouTube, mesti ada banyak halangan. Halangan yang paling saya tak suka ialah internet perlahan daripada siput. Punyalah sakit hati. Saya ingat nak tukar kepada UniFi tapi bapak saya plak tak bagi. Berdoa je la semoga pintu hati bapak saya tu nak beli UniFi. Alah. Ini bukan untuk saya sorang. Sharing is caring la. Hahaha. Jadi, carilah internet yang laju sikit ye.

Itu sahaja post kali ini. Masalah di dunia ni memang banyak. Saya tak sempat nak senaraikan semua itu. Apa yang saya boleh sampaikan ini adalah luahan dari lubuk hati saya. Kalau ada apa-apa yang tidak betul atau tidak puas hati dengan post saya ini, boleh hantarkan e-mail kepada saya.

Happy Always :D


WASSALAM!

Saturday, October 15, 2011

Tidak Mahu Cerai

Assalamualaikum.


Sekarang ni, kalau selak sahaj surat khabar mesti ada cerita cerai. Cerai pula sebab benda kecil seperti berebut remote TV, masak tak taruk garam, dll. Sungguh pelik orang Malaysia sekarang ni. Hari ni saya tak nak huraikan pasal cerai sebab ilmu saya mengenai cerai tidak cukup lagi. Jadi, tak sesuailah saya untuk menghuraikan mengenai cerai jika saya kurang arif tapi saya akan ceritakan tentang sepasang suami isteri yang bercadang untuk bercerai.



Si suami bernama Abdul Manaf. Seorang jurutera yang berjaya dan terhebat. Telah berkahwin dengan pasangannya, Nor Aniza. Dulunya seorang jururawat tapi selepas berkahwin, dia membuka kedai kek yang kini cukup dikenali ramai. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata yang kini telah melanjutkan pelajaran di sekolah menengah.

Nak dijadikan cerita. Pada suatu hari, mereka berdua menaiki kereta untuk menuju ke Ikea, Damansara. Kebiasaannya mereka akan bersembang, berbual kosong dalam kereta tetapi disebabkan kes mereka bergaduh yang berlaku 2 minggu lepas oeh kerana salah faham antara mereka menyebabkan mereka bermasama muka dan hanya membiarkan muzik di radio sahaja menyanyi.

Dalam perjalanan ke Ikea, si isteri berkata pada suaminya begini:

Isteri: Bang, saya dah fikir masak-masak. Saya nak mintak cerai dengan abang.

Si suami mendiamkan diri dan pecut dalam 90 km/j.

Isteri: Lepas je cerai, saya akan duduk dengan teman lelaki saya. Abang kenal orangnye, kan?

Si suami lagi diamkan diri dan lagi pecut 100 km/j.

Isteri: Saya akan bawa anak-anak kita duduk dengan saya. Kereta ni pon saya nak juga.

Apabila tiba sahaja di Ikea, si suami ingin mencari tempat parkir kereta. Isterinya tidak puas hai kerana si suami tidak menunjukkan satu respon pun.

Isteri: Abang tak nak tuntut hak apa-apa ke?

SuamI: Buat apa saya nak tuntut apa-apa. Saya dah ada bendanya dah.

Isteri: Apa benda? Blackberry? HTC?

Suami: Abang ada air-bag.

Si isteri terpinga-pinga. Apa yang dimaksudkan oleh si suami. Rupa-rupanya memang si suami ada niat lain. Sambil si isteri bising-bising dalam kereta, dia nak si isteri tu mati. Jadi, si suami telah menghentam dinding Ikea begitu kuatnya menyebabkan air-bag belah lelaki kembung tapi si isteri tiada air-bag sebab si suami dah buang sebelum si isteri naik kereta itu. Dengan rasa gembirnya, lelaki itu ketawa melihat isteriny mati di sebelahnya. Selamat anak-anak dia. Bukannya lelaki tu tak tahu yang isteri dia nak kahwin dengan bapa dia.

Hahahahaha!!!!

Moral of the story is janganlah ada salah sangka antara suami dengan isteri. Kira okaylah dah ada 3 orang anak. Buat apa nak cerai. Sedangkan orang yang tiada anakpun boleh hidup bahagia selama 15 tahun, takkan lah dah 3 orang anak nak runtuhkan masjid sendiri. Jadi, kita renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL!



WASSALAM!

Friday, October 14, 2011

Buat Apa Nak Ajar Kau?

Assalamualaikum.

Kalaulah seseorang itu tidak tahu mengenai sesuatu hal, dia mesti tanya pada orang yang lebih arif tentang hal tersebut. Contohnya, kalau si A tidak tahu mengenai sains, dia akan tanya kepada si B. Maka si B itu tahu yang si A itu kurang pandai, dia biarkan sahaja si A belajar seorang diri dan tidak mahu beritahu tentang ilmu sains kepada si A. Si A tu pun merajuk seorang diri. Di sini, si B telah melakukan 2 dosa iaitu menyembunyikan ilmu dan membuat si A itu patah hati, merajuklah katakan.



Dalam hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi ada menyatakan. Daripada Abu Hirairah r.a. , Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan kekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat."


Tengok tu. Betapa dasyhatnya azab yang akan ditimpa pada orang yang sembunyikan ilmu. Takkanlah kita nak kena macam tu nanti. Dalam riwayat lain juga ada menyatakan,

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a. ,  Nabi SAW bersabda yang bermaksud: " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israel. Tiada sebarang kesempitan dan dosa." 
(riwayat al-Bukhari)


Saya ada seorang sahabat. Tak mahulah nyatakan namanya di sini. Nanti aib pula bagi dia. Dia mula-mula memang kedekut sangat ilmu. Apabila orang minta dia suruh ajar satu subjek ni, dia mengelak. Sampai satu hari, saya terjumpa satu buku koleksi hadis. Saya selak-selak buku tu sampai saya jumpa satu hadis mengenai sembunyikan ilmu. Saya panggil kawan saya tu untuk bagi dia baca sendiri hadis tu. Dia terus sentap. Bari dia sedar dan sekarang dia  telah berubah menjadi orang yang suka mengajar orang lain. Ahamdulillah. Agama Islam memang unik sekali. Sekelip mata sahaja seseorang itu boleh berubah.



Konklusinya, janganlah kita kedekut sangat nak sampaikan ilmu kepada orang lain. Ilmu tu datangnya dari Allah. Kalau tak kerana Allah, tak meresaplah ilmu tu dalam akal kita. Ye dok? Jadi, mari kita renung-renungkan dan selamat beramal!

WASSALAM!!!!

Thursday, October 13, 2011

Orang Paling Pandai Dalam Dunia

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, dunia telah dikejutkan dengan kematian pengusaha barangan Apple, Steve Jobs, akibat penyakit barah ditimpanya. Satu dunia sedih sebab nanti produk Apple seterusnya makin teruk. Apa-apapun, dunia sanjung akan kepintarannya mencipta barang secanggih iPhone yang kini akan semakin nipis. Kalau sebut sahaja orang yang palaing pandai dalam dunia ni mesti kita akan ingat Bill Gates, Steve Jobs, dan Albert Einstein.

Nabi Muhammad S.A.W.  pernah bersabda yang mafhumnya, "manusia yang paling pandai di dunia ialah orang yang sentiasa ingat mati." 


Itu Nabi yang cakap. Bukan saya yang cakap. Nabi tu Al-Amin. Sentiasa benar kata-katanya. Tidak ada satupun yang bohong daripada mulut Nabi. Maksud Nabi orang yang ingat mati itu bukanlah sekadar ingat malah dia bersiap sedia untuk mati sekali. Itu namanya pakej menarik. Macam pakej perlancongan. Kita nak melancong ke Paris. 3 hari 2 malam. Dalam 3 hari 2 malam tu, takkan lah kita nak ronda satu kota Paris tu dalam tempoh 3 hari 2 malam tu? Mestilah kita nak tempat penginapan supaya kita dapat beristirehat. Begitu juga dengan topik mati kita sekarang ni. Takkan lah kita nak biarkah diri kita diazab dalam kubur? Korang mesti tak nak, kan? Jadi, apa kata kita gabungkan antara ingat mati dengan bersiap sedia untuk mati supaya kita dapat keselesaan di dalam kubur dan di Mahsyar kelak.

Bersiap sedia untuk mati? Apa itu? Macam mana? Bukankah beli kain kafan, kapur barus, upah orang gali kubur kita? BUKAN! BUKAN! BUKAN! Itu semua bukannya persiapan untuk kita mati. Kita tak perlu fikirkan pasal tu. Persiapan kita untuk menghadapi mati ialah perbanyakkan amal di dunia. Sangat senang. Tak perlulah nak kena pergi ke Mekah menghadap Kaa'bah menangis berguling-guling sampai satu Arab Saudi banjir. Yang pergi ke Mekah tu hanyalah orang yang mampu sahaja. Kita yang tak mampu ni buat solat taubat di rumahpun dah cukup. Tak payahlah nak tunjuk sangat derma anak yatim tu sampai buat cek berjuta-juta sebesar  papan snooker, panggil semua reporter, stesen TV, RTM 1, RTM 2, TV3, NTV7, 8TV, TV 9, Astro Awani, bla bla bla, dan macam-macam lagi. Benda tu hanya merugikan duit kita sahaja. Baik pergi ke rumah anak yatim. Tolong apa yang mampu. Cukup hanya berbakti pada mereka sahaja kerana pahala berbakti pada anak yatim sangat besar.

Kesimpulannya, jadilah orang yang ingat mati dan bersiap sedialah untuk mati kerana ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan Tuhan Yang Maha Suci, Maha Berkuasa, iaitu Allah S.W.T. Dan jangan lupa! Renung-renungkan dan selamat beramal.

WASSALAM!

Internet Yang Sangat 'Laju' (Konon)

Assalamualaikum.

Pada tahun 2009, abang Long telah memperkenalkan kepada bapakku P1W1Max, broadband yang laju ketika itu. Abang Long pancing bapak aku. Lepas tu, bapak aku beli. Guna dalam 2 tahun, memang laju. Kemudian, entah macam mana boleh jadi. Tiba-tiba je dia terus slow tahap musuh Angry Bird. Aku memang bengang. Sampai sekarang jadi slow!

Awal tahun ini, TM telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu UniFi yang sangat laju. Kita boleh surf sepantas yang kita nak. Download banyak-banyak! Aku suruh bapak aku beli tapi bapak aku telah terpedaya dengan P1W1Max itu. Bapak aku tak nak tukar yang baru. Jadi, terpaksalah aku melayari internet menggunakan broadband selaju siput BABI ini.

Ya Allah! Bukakanlah hati bapak aku untuk tukar broadband yang baru YA ALLAH!

Wassalam

Komen Pembaca

Assalamualaikum.

Semalam. Saya ada post tentang barang-barang teknologi yang saya idamkan dan pagi ini baru saya terima satu komen dari pembaca saya yang berkata "der, muka kau ni epic fail lah. english hancur. muka kau kalau aku pijak, sia-sia je hidup". Wow! Saya amat tertarik dengan komen itu. English aku hancur pon aku nak bagi pembaca aku aku faham! Aku tau la aku ni English tak seberapa! Mampos la! Kau nak pijak muka aku?! Weyh! Cakap dalam internet macam bajet gangster je! Meh sini la! Datang rumah aku! Pijak muka aku! Macam bagus je! Kita tengok!

Ini ialah luahan saya kepada orang yang telah berlagak dengan saya.

Tuesday, October 11, 2011

Ketagih Barangan Elektronik

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tak posting kat blog saya selama 3 bulan disebabkan sibuk fokuskan tentang masa depan PMR saya. Alhamdulillah. Saya baru sahaja habiskan kesembilan-sembilan subjek yang saya ambil semalam. Syukur sangat-sangat. Selama 10 bulan kami menunggu untuk merasai kehangatan PMR, akhirnya dapat juga. Memang mencabar soalan-soalannya tapi Alhamdulillah saya berjaya meredah semua soalan itu.

Sesudah sahaja PMR berlalu beberapa jam, saya pulang ke rumah. Buka komputer dan cari maklumat mengenai segala barangan elektronik yang canggih dan menarik pada zaman ini seperti DSLR, Nokia, Blackberry, HTC, Samsung, dan lain-lain lagi. Saya menjadi ketagih apabila melihat semua benda itu. Betapa menariknya barang-barang itu sampaikan saya boleh jadi ketagih.

Saya ingin mengetahui mengapa ramai yang menggemari Blackberry? Nokia? HTC? Apple? Samsung? Sony Ericsson? LG? Kalaulah saya berpeluang untuk merasai semua jenis telefon itu, pasti naik gila dibuatnya.

Ciri-ciri handphone yang saya gemari ialah:

  1. Mempunyai key-paid;
  2. Touch screen;
  3. Screen lebar;
  4. Music yang kuat
  5. Wi-Fi (penting);
  6. Tidak berat dan tidak ringan;
  7. Tidak tebal dan tidak nipis;
  8. Tidak makan bateri
Saya cuba cari handphone jenis macam tu tapi kurang la kat KL ni. Soal harga boleh bawa bincang, soal stok memang susah. Kadang-kadang stok habis. 

Kalau DSLR memang saya nak semua tapi nanti nak simpan kat mana? Tong sampah? So, saya dah pilih hari tu kat KLCC. I choose Nikon D5100. Ia mempunya screen yang boleh flip, video HD. Ia tidak ringan dan tidak kecil. Harga memang berpatutan. New arrival. Brand baru keluaran Nikon. Ayah saya cakap beli nanti (selepas PMR). My Dad promise me. Then, I just have to wait because my Dad lagi suka bran Canon. Entah kenapa. Mungkin ada sejarah disebalik Canon itu buat ayah saya. 

Nikon D5100


Walau bagaimanapun, saya masih lagi ketagih dengan barangan elektronik yang canggih gila bab! ni. 

WASSALAM!

Wajib Korang Baca