Assalamualaikum.
Kalaulah seseorang itu tidak tahu mengenai sesuatu hal, dia mesti tanya pada orang yang lebih arif tentang hal tersebut. Contohnya, kalau si A tidak tahu mengenai sains, dia akan tanya kepada si B. Maka si B itu tahu yang si A itu kurang pandai, dia biarkan sahaja si A belajar seorang diri dan tidak mahu beritahu tentang ilmu sains kepada si A. Si A tu pun merajuk seorang diri. Di sini, si B telah melakukan 2 dosa iaitu menyembunyikan ilmu dan membuat si A itu patah hati, merajuklah katakan.
Dalam hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi ada menyatakan. Daripada Abu Hirairah r.a. , Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan kekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat."
Tengok tu. Betapa dasyhatnya azab yang akan ditimpa pada orang yang sembunyikan ilmu. Takkanlah kita nak kena macam tu nanti. Dalam riwayat lain juga ada menyatakan,
Daripada Abdullah bin 'Amr r.a. , Nabi SAW bersabda yang bermaksud: " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israel. Tiada sebarang kesempitan dan dosa."
(riwayat al-Bukhari)
Saya ada seorang sahabat. Tak mahulah nyatakan namanya di sini. Nanti aib pula bagi dia. Dia mula-mula memang kedekut sangat ilmu. Apabila orang minta dia suruh ajar satu subjek ni, dia mengelak. Sampai satu hari, saya terjumpa satu buku koleksi hadis. Saya selak-selak buku tu sampai saya jumpa satu hadis mengenai sembunyikan ilmu. Saya panggil kawan saya tu untuk bagi dia baca sendiri hadis tu. Dia terus sentap. Bari dia sedar dan sekarang dia telah berubah menjadi orang yang suka mengajar orang lain. Ahamdulillah. Agama Islam memang unik sekali. Sekelip mata sahaja seseorang itu boleh berubah.
Konklusinya, janganlah kita kedekut sangat nak sampaikan ilmu kepada orang lain. Ilmu tu datangnya dari Allah. Kalau tak kerana Allah, tak meresaplah ilmu tu dalam akal kita. Ye dok? Jadi, mari kita renung-renungkan dan selamat beramal!
WASSALAM!!!!
Blog ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, atok-atok, semua boleh baca! Tiada unsur negatif.
Friday, October 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wajib Korang Baca
-
Assalamualaikum... Hari ni... hari yang boleh dikatakan best jgak la... datang semata-mata nak pergi merentas desa... siapa yang tak pergi...
-
Assalamualaikum. Hari ini memang saya tak ada buat apa-apa di rumah melainkan masak, makan, basuh pinggan, dan internet. Macam sekarang. T...
-
Assalamualaikum. Mulut ni adalah tempat di mana semua perkataan keluar. Kalau nak bersembang, pakai mulut. Kalau nak bertanya, pakai mulut...
-
Assalamualaikum. Lama sangat tak post kat blog ni. Nak kata berhabuk, takde la juga. Tapi, alhamdulillah. Ada juga orang yang masih lagi b...
-
Assalamualaikum. Apa khabar? Tajuk post saya hari ni agak panjang sikit. Saya pun tak tahu macam mana tajuk macam ni boleh terlintas di f...
-
Assalamualaikum. Pada suatu malam yang hening, Pocong meloncat-loncat di kawasan kubur. Datang seekor lagi hantu yang berlari-lari sambil...
-
Assalamualaikum. Ini baru sahaja saya buat. Seloka 2 Hassan al-Basri. Pada mulanya, saya tak tahu seloka tu aper... Sejak saya baca Semaia...
-
Assalamualaikum. Pagi tadi, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah menghantar wakil sekolah untuk permainan ragbi. Ini buat pertama k...
-
Assalamualaikum. Tahukah anda apa itu GPS? Bukan GBS! Itu Geng Bas Sekolah! Cerita yang tak membina akal budak-budak. Panduan bagi mer...
-
Assalamualaikum. Pertama sekali, BENCINYA! BENCINYA! BENCINYA! Logo Kementerian Pelajaran Malaysia #SERIOUSLY Saya tengah panas hati de...
No comments:
Post a Comment