Thursday, October 13, 2011

Orang Paling Pandai Dalam Dunia

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, dunia telah dikejutkan dengan kematian pengusaha barangan Apple, Steve Jobs, akibat penyakit barah ditimpanya. Satu dunia sedih sebab nanti produk Apple seterusnya makin teruk. Apa-apapun, dunia sanjung akan kepintarannya mencipta barang secanggih iPhone yang kini akan semakin nipis. Kalau sebut sahaja orang yang palaing pandai dalam dunia ni mesti kita akan ingat Bill Gates, Steve Jobs, dan Albert Einstein.

Nabi Muhammad S.A.W.  pernah bersabda yang mafhumnya, "manusia yang paling pandai di dunia ialah orang yang sentiasa ingat mati." 


Itu Nabi yang cakap. Bukan saya yang cakap. Nabi tu Al-Amin. Sentiasa benar kata-katanya. Tidak ada satupun yang bohong daripada mulut Nabi. Maksud Nabi orang yang ingat mati itu bukanlah sekadar ingat malah dia bersiap sedia untuk mati sekali. Itu namanya pakej menarik. Macam pakej perlancongan. Kita nak melancong ke Paris. 3 hari 2 malam. Dalam 3 hari 2 malam tu, takkan lah kita nak ronda satu kota Paris tu dalam tempoh 3 hari 2 malam tu? Mestilah kita nak tempat penginapan supaya kita dapat beristirehat. Begitu juga dengan topik mati kita sekarang ni. Takkan lah kita nak biarkah diri kita diazab dalam kubur? Korang mesti tak nak, kan? Jadi, apa kata kita gabungkan antara ingat mati dengan bersiap sedia untuk mati supaya kita dapat keselesaan di dalam kubur dan di Mahsyar kelak.

Bersiap sedia untuk mati? Apa itu? Macam mana? Bukankah beli kain kafan, kapur barus, upah orang gali kubur kita? BUKAN! BUKAN! BUKAN! Itu semua bukannya persiapan untuk kita mati. Kita tak perlu fikirkan pasal tu. Persiapan kita untuk menghadapi mati ialah perbanyakkan amal di dunia. Sangat senang. Tak perlulah nak kena pergi ke Mekah menghadap Kaa'bah menangis berguling-guling sampai satu Arab Saudi banjir. Yang pergi ke Mekah tu hanyalah orang yang mampu sahaja. Kita yang tak mampu ni buat solat taubat di rumahpun dah cukup. Tak payahlah nak tunjuk sangat derma anak yatim tu sampai buat cek berjuta-juta sebesar  papan snooker, panggil semua reporter, stesen TV, RTM 1, RTM 2, TV3, NTV7, 8TV, TV 9, Astro Awani, bla bla bla, dan macam-macam lagi. Benda tu hanya merugikan duit kita sahaja. Baik pergi ke rumah anak yatim. Tolong apa yang mampu. Cukup hanya berbakti pada mereka sahaja kerana pahala berbakti pada anak yatim sangat besar.

Kesimpulannya, jadilah orang yang ingat mati dan bersiap sedialah untuk mati kerana ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan Tuhan Yang Maha Suci, Maha Berkuasa, iaitu Allah S.W.T. Dan jangan lupa! Renung-renungkan dan selamat beramal.

WASSALAM!

No comments:

Wajib Korang Baca