Showing posts with label Marah. Show all posts
Showing posts with label Marah. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Buku Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu!!!

Assalamualaikum.

Pertama sekali, BENCINYA! BENCINYA! BENCINYA!
Logo Kementerian Pelajaran Malaysia

#SERIOUSLY
Saya tengah panas hati dengan kementerian pendidikan sekarang ni! Tadi, saya pergi ke sekolah. Nak beli buku untuk tahun depan. Bila tengok je buku teks dan buka latihan subjek Matematik dan Sains, memang tergamam. Terkejut. Tersentap. Terbengang. dan segala 'ter' lagi ada dalam hati ni. Semua dalam bahasa Melayu! Ya Allah! Kenapa mereka buat begini?! Walaupun nak menaikkan lagi bahasa Melayu ni di mata dunia (KONONNYA!), tak payah la nak tukar semua benda dalam bahasa Melayu. Nampak macam over sangat! Saya dah belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sejak dari darjah satu sampailah tingkatan tiga (2003-2011), maksudnya dah 9 tahun saya belajar dalam bahasa Inggeris. Kemudian, baki 2 tahun lagi (tingkatan 4&5) saya akan belajar dalam bahasa Melayu.
#SERIOUSLY Kementerian Pendidikan MALAYSIA sangat OVER!
Nasib baik saya ambil Bussines Perakaunan. Kalau saya ambil Sains Tulen, dah lama saya lagi maki hamun kerajaan.

Walau apapun, hidup mesti diteruskan. Biasalah, Allah sentiasa menguji hambaNya dengan benda-benda macam ni. Hidup ni perlu dipandang dengan #SERIOUS kalau tidak, macam-macam benda boleh berlaku dengan hanya sekelip mata sahaja.

Aku tengah #SERIOUS. Bila pula giliran korang :)

WASSALAM

Thursday, October 13, 2011

Komen Pembaca

Assalamualaikum.

Semalam. Saya ada post tentang barang-barang teknologi yang saya idamkan dan pagi ini baru saya terima satu komen dari pembaca saya yang berkata "der, muka kau ni epic fail lah. english hancur. muka kau kalau aku pijak, sia-sia je hidup". Wow! Saya amat tertarik dengan komen itu. English aku hancur pon aku nak bagi pembaca aku aku faham! Aku tau la aku ni English tak seberapa! Mampos la! Kau nak pijak muka aku?! Weyh! Cakap dalam internet macam bajet gangster je! Meh sini la! Datang rumah aku! Pijak muka aku! Macam bagus je! Kita tengok!

Ini ialah luahan saya kepada orang yang telah berlagak dengan saya.

Tuesday, August 16, 2011

Balik-balik Iluminati

Assalamualaikum.

Iluminati. Semua nak kutuk pasal Iluminati. Yang paling saya tak suka asal tiga segi je Iluminati. Asal ada piramid je Iluminati. Habis tu yang nasi lemak tu takkan tak Iluminati kot?! Korang makan hari-hari. Seluar dalam korang yang korang pakai tu bukan Iluminati? Kalau pemimpin kita buat lambang rock, jangan labelkan dia sebagai golongan Iluminati. Nasihat dia elok-elok. Susah apa? Ini nak kutuk memanjang. Kalau ada reka bentuk macam keranda firaun, pon deme cakap itu Iluminati. Semua ni kebetulan je. Korang yang perasan melebih.

Dah la tu. Cakap banyak2 nanti keluar semua benda.

WASSALAM!
HAPPY SELALU!

Wajib Korang Baca