Wednesday, January 11, 2012

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak Rumah Ke-2 Ku!!!!

Assalamualaikum.

Hari ini memang saya tak ada buat apa-apa di rumah melainkan masak, makan, basuh pinggan, dan internet. Macam sekarang. Tadi saya tanya pada followers Twitter saya (@HilmiHanafz you can follow me by search that in Twitter). Ada yang bagi cadangan suruh saya post pasal kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tapi macam biasa la. Saya tak minat nak cerita pasal politik walaupon saya menyokong PR. Ada lagi satu suruh post pasal kenangan 2011 saya di sekolah yang saya cintai, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak.

Ok. Kalau kawan-kawan saya telah tahu bahawa saya ni memang tidak suka pada seorang ustaz di sekolah itu tapi saya sentiasa gembira belajar di sana sebab kawan-kawan saya sentiasa di sisi saya dan sukacita dimaklumkan bahawa saya akan lanjutkan pelajaran tingkatan 4 saya di............. Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Ok. :D

Sebenarnya banyak kenangan saya di sekolah tu. Tapi saya hanya nak cerita satu sahaja.

Didenda makan lobak merah, bawang putih dan peria diselaputi dengan serbuk lada hitam. Nak tahu sebab apa kena makan benda tu. Panjang ceritanya. Masa tu, saya pergi Kem Uji Cekap di Genting Highland. Setiap kumpulan dah dihadiahkan 7 biji lada hitam oleh AJK. Sebenarnya lada hitam tu bukannya hadiah tapi barang amanah. Saya pula telah diamanahkan oleh ketua kumpulan saya, Juzhar. Entah macam mana perkara ni boleh terjadi. Saya ke tandas. Nak buang air. Lada hitam yang tersimpan dalam botol saya letak kat mana, itu saya tak tahu. Bila keluar je dari tandas, semua lada hitam tu, HILAAAAAANG!!!!!!!!!!!!! Kemudian, AJK tanya mana lada hitam kami. Kami cakap dengan suara yang sayu, sudah hilang la bang. AJK tu muka berubah ada tanduk di atas then suruh denda makan bahan-bahan mentah mak cik kantin di atas. Kami mula-mula makan biasa je. Tapi, selepas beberapa gigitan dan telanan, saya keluarkan segala yang ada di dalam perut ini. BUWEEEEK!!! Kerana saya mereka kena makan benda-benda ni. Well, pengajaran yang terdapat dalam trgedi ini ialah, jaga barang amanah. Hahaha. #Seriously


Tahun ini, tahun 2012. Saya masih pegang jawatan pengawas dan saya akan jadi mentor usrah (lebih kurang macam naqib usrah la tapi berlainan agenda). Alhamdulillah. Semakin hari semakin banyak jawatan yang saya dapat dan makin banyak amanah yang saya akan kendong sepanjang saya berada di Al-Amin. Memang nampak macam merungut tapi rungutan itu saya tolak ke tepi. Yang penting saya akan laksanakan tanggungjawab saya. Insyallah.

WASSALAM

Semua ini serious. korang bila nak jadi serious?

No comments:

Wajib Korang Baca