Saturday, January 21, 2012

Seorang Mentor Baru

Assalamualaikum....

Isnin yang lepas, saya dah mula kelas pertama saya dan pada Khamis akan adanya Usrah. Saya memegang usrah pelajar tingkatan. Nak kata seronok, 50%. Nak kata tak seronok, 10%. Mana pergi 40% lagi tu? 40% itu adalah perasan hairan saya terhadap adik-adik usrah saya. Kenapa? Sebab pada hari pertama saya berdepan dengan mereka, mereka memang senyap. Nak keluarkan sepatah perkataan pun rasa macam emas nak keluar dari mulut mereka tapi yang saya hairannya, kenapa minggu kedua Usrah mereka seperti kanak-kanak memakan gula berlebihan? Saya terasa seperti melangkah gerbang pintu Nardnia. OMG! eh... YA ALLAH! Ini rupanya perasaan seorang mentor. Ketika itulah saya rasa seperti beban untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mentor, menjaga adik-adik saya itu tetapi semua itu tolak ke tepi kerana itu adalah bisikan seekor Syaitan yang ingin hamba Allah ini berputus asa menyampaikan dakwah. Saya akan terus membawa mereka sampai akhir 2012. Kalau boleh saya nak jadi mentor mereka untuk sesi 2013. Insyallah. I <3 MY ADIK-ADIK USRAH

Wassalam

Thursday, January 12, 2012

Cabaran Dunia Remaja

Assalamualaikum.

Remaja ialah sebuah golongan yang terdiri daripada orang-orang muda yang akal fikiran dan fizikal mereka masih segar lagi. Umur remaja kebiasaannya ialah 13 tahun hingga 18 tahun. Ada segelintit yang kata hingga 25 tahun. Namun, pelbagai cabaran yang ditempoh bagi remaja. 

Agak bohong kalau kita kata selama 24 jam Allah tidak uji kita. Salah satu cara Allah sayang kita ialah menguji keimanan hamba-Nya. Misalnya, kita ada masa lapang. Kemudian, kita tidak tahu apa yang patut kita buat pada masa lapang tu. Tanpa kita sedar, Allah sengaja bagi kita mendekatkan lagi diri kita dengan-Nya. Siapa lagi pintar sekarang? Kita atau Allah? Sama juga ujian kepada remaja ini. 



Kalau manusia, maca pakcik2 kat surau tu dok mengumpat pasal anak-anak remaja makin teruk, tapi Allah tetap ingin menguji remaja-remaja ini. Terpulanglah kepada remaja ni nak beribadat pada Allah atau tidak. 

Antara cabaran remaja ialah;

1) Cabaran Pornografi


Ini adalah cabaran paling utama sekali. Memang tak sah kalau benda ni tak melibatkan remaja. Pornografi boleh disebarkan melalui video, teks dan majalah. Pornografi ialah sebuah media porno ataupun lucah yang kian merebak di dunia maya ataupun dengan bahasa popularnya internet. Sekarang ni dah banyak sangat laman web-laman web lucah yang telah dibuat oleh orang-orang barat bagi memuaskan nafsu syahwat para remaja di dunia ini. Saya sebenarnya membantah atas kerajaan Malaysia yang memperuntukkan berjuta-juta Ringgit Malaysia untuk membeli sebuah komputer peribadi bagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Kononnya dengan adanya komputer peribadi itu, mereka akan belajar menggunakan internet dengan mudah. 
Baca ni ----> KONONNYA!
Selepas mereka dapat komputer peribadi itu, peratusan pornografi di kalangan pelajar sekolah meningkat secara mendadak. Tahniah Malaysia! Anda telah membuat satu tindakan yang agak bijak sekali. Tak fikirkah apa risiko sesuatu tindakan itu?! Inilah cabaran paling berat bagi remaja. Kena kawal nafsu mereka. Macam mana nak kawal nafsu? Senang sahaja. Suruh iman anda mengawalnya. Banyak-banyakkan ingat Allah. Solat tak tinggal, zikir, selawak, DLL....

2) Pergaulan Bebas/Seks Bebas/Freedom of Sex


Bila seseorang itu telah menonton sebuah video lucah atau lebih, dia akan timbul satu perasaan untuk mencuba apa yang telah dia tonton. Maka, dia akan memanggil kekasihnya untuk berjumpa dan lakukan apa yang dia tonton itu. Kajian telah buktikan bahawa kebanyakan kes tangkap basah, rogol, berpunca daripada mereka menonton video lucah. Kesan menontonnya ialah pergaulan dan seks bebas. Kalau setiap kali tahun baru, mesti akan kita dengar berita tentang "Parti Seks" dalam TV. Jangan hanya salahkan remaja ini sahaja. Salahkan ibu bapa mereka! Tak reti jaga anak! Anak pakai seksi-seksi pastu keluar dengan jantan mana. Tau-tau je nanti esok anak kau perut dah kembung! Apa kau nak jawab pada Allah kat akhirat nanti?! Anak tu kurniaan Allah. Allah suruh kita jaga anak kita elok-elok. Jangan sampai nasi dah jadi bubur.

3) Rokok dan Dadah/Cig and Drugs


Dunhill, Marlboro, Winston, Garam, Camel, Nusantara. Nama-nama ni la yang telah merosakkan paru-paru seorang perokok tegar. Anak-anak remaja mempunyai sebuah perasaan untuk mencuba sesuatu yang baru. Dah mula kawan dengan budak-budak smoker. Rokok berapa banyak batang nak. Sampai habis satu kotak. Ok. Hari ni belanja rokok. Lepas sebulan layan rokok, kawan ajak hisap shabu pula. 



Makin lama makin banyak benda dia dah cuba sampai perkataan cuba itu telah bertukar menjadi tabiat. Habiskan beribu-ribu nak beli dadah. Biasa la. Anak orang kaya. Mak bapak bagi duit belanja sehari nak dekat RM 100. Kaya tahap dewa. Macam tu la. Sampa mak bapak habiskan duit beratus-ratus nak belikan kain kafan untuk dia dan upah penggali kubur. Baru tahu menyesal kau!


Apa-apapun, sebagai seorang remaja yang bernas, segar, cergas, taburkanlah bakti anda pada keluarga, bangsa, negara, dan agama. Bangkitlah wahai remaja dari tidur lena Yahudi dan Nasrani! Jangan biarkan diri anda dipukul ombak Yahudi! Kentalkan jiwa dan rohani anda! 



WASSALAM

Wednesday, January 11, 2012

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak Rumah Ke-2 Ku!!!!

Assalamualaikum.

Hari ini memang saya tak ada buat apa-apa di rumah melainkan masak, makan, basuh pinggan, dan internet. Macam sekarang. Tadi saya tanya pada followers Twitter saya (@HilmiHanafz you can follow me by search that in Twitter). Ada yang bagi cadangan suruh saya post pasal kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tapi macam biasa la. Saya tak minat nak cerita pasal politik walaupon saya menyokong PR. Ada lagi satu suruh post pasal kenangan 2011 saya di sekolah yang saya cintai, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak.

Ok. Kalau kawan-kawan saya telah tahu bahawa saya ni memang tidak suka pada seorang ustaz di sekolah itu tapi saya sentiasa gembira belajar di sana sebab kawan-kawan saya sentiasa di sisi saya dan sukacita dimaklumkan bahawa saya akan lanjutkan pelajaran tingkatan 4 saya di............. Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Ok. :D

Sebenarnya banyak kenangan saya di sekolah tu. Tapi saya hanya nak cerita satu sahaja.

Didenda makan lobak merah, bawang putih dan peria diselaputi dengan serbuk lada hitam. Nak tahu sebab apa kena makan benda tu. Panjang ceritanya. Masa tu, saya pergi Kem Uji Cekap di Genting Highland. Setiap kumpulan dah dihadiahkan 7 biji lada hitam oleh AJK. Sebenarnya lada hitam tu bukannya hadiah tapi barang amanah. Saya pula telah diamanahkan oleh ketua kumpulan saya, Juzhar. Entah macam mana perkara ni boleh terjadi. Saya ke tandas. Nak buang air. Lada hitam yang tersimpan dalam botol saya letak kat mana, itu saya tak tahu. Bila keluar je dari tandas, semua lada hitam tu, HILAAAAAANG!!!!!!!!!!!!! Kemudian, AJK tanya mana lada hitam kami. Kami cakap dengan suara yang sayu, sudah hilang la bang. AJK tu muka berubah ada tanduk di atas then suruh denda makan bahan-bahan mentah mak cik kantin di atas. Kami mula-mula makan biasa je. Tapi, selepas beberapa gigitan dan telanan, saya keluarkan segala yang ada di dalam perut ini. BUWEEEEK!!! Kerana saya mereka kena makan benda-benda ni. Well, pengajaran yang terdapat dalam trgedi ini ialah, jaga barang amanah. Hahaha. #Seriously


Tahun ini, tahun 2012. Saya masih pegang jawatan pengawas dan saya akan jadi mentor usrah (lebih kurang macam naqib usrah la tapi berlainan agenda). Alhamdulillah. Semakin hari semakin banyak jawatan yang saya dapat dan makin banyak amanah yang saya akan kendong sepanjang saya berada di Al-Amin. Memang nampak macam merungut tapi rungutan itu saya tolak ke tepi. Yang penting saya akan laksanakan tanggungjawab saya. Insyallah.

WASSALAM

Semua ini serious. korang bila nak jadi serious?

Wajib Korang Baca