Assalamualaikum...
Tiap-tiap tahun... 14 Febuari... mesti ada saje sambutan haram ni. Entah mengapa ramai yang suka sangat menyambutnya. terutama remaja Melayu... pada malam tersebut... sibuk keluar malam dengan pasangan masing-masing... besok pagi... keluar berita... "Pasangan Ditangkap Khalwat"... "Pesta Hari Kekasih Diserbu"...
hish... memang memalukan keluarga, bangsa, negara, agama... nak plak memalukan diri sendiri... kita ni hidup bukan nak berhibur... apa punya orang la... kalo nak berhibur pon... biar berpada... itu namanya hedonisme... berhibur berlebih-lebihan... kita ni... kalau dah syok kat orang tu... jangan nak overact plak... biasanya yang overact ni tak pandai nak kawal nafsu dorang... memang setan la tuh...
benda luar tabi'i yang berlaku tu bukan nye pertama kali pandang terus jadi... dia ada step-step nya...
PERTAMA! Mata bertemu mata... eye-contact.... perh... ini yang penting... kalau berlaku benda ni... sure dari mata turun ke hati... eh... bukan hati... dari mata turun ke nafsu...
KEDUA! bertegur-teguran... ini adalah beginner... memang orang pro je yang boleh pukau orang...
KETIGA! berjumpa-jumpa....
KEEMPAT! bersentuh-sentuhan... rasa macam takde pape je... hish
KELIMA! PROJEK!!!!
inilah dia... memang tak ada pendidikan moral sungguh... saya telah pon meminta pendapat kawan-kawan dan guru-guru di Facebook sebentar tadi... saya bertanyakan pendapat mengenai sambutan haram Hari Kekasih ini... antara yang mereka jawab ialah:
1)
It should be called Vagina Day.
2) Saje je timbulkan oleh mereka yang bekerja perniagaan untuk mencari wang lebih dengan perkara2 yang merosakkan akhlak remaja sekarang ni.
3) majlis fatwa negeri Selangor telah mengharamkannya.. dan ia juga bukan sebahagian drpd ajaran agama kita... tak perlu sambut.
4) pulau pinang sungguh tenang ,
kerana banyak daun selasih ,
medapatkan tiket neraka sungguh senang ,
pergilah menyambut hari kekasih
5) astafirullah halazim
6) bende yg merepek
7) tak penting untuk disambut
banyak lagi sebenarnya.... tapi... ambil sikit je la... yang paling penting nye yang no 3 tuh... majlis fatwa dah mengharamkan pon... tapi... masih lagi yang tidak hiraukan... sebab apa? antaranya... ibu bapa tak herankan anak dorang keluar dengan pompuan mana... awek mana... biar je anak meraka kawan dengan budak-budak syaitan kat luar tu... dalam banyak-banyak masalah... mesti ibu bapa puncanya... apakah mereka tidak pandai mendidik anak-anak? pepatah ada menyebut.... "meluntur buluh biar dari rebungnya"... kalau nak didik anak kita jadi anak yang soleh mesti didik dari dia kecil lagi... jangan la sampai "bubur sudah jadi nasi"... dah buat masalah... baru nak jar anak...
lagu satu... pasal tidak menjalankan sistem 'Amar Maaruf Nahi Munkar... ini penting untuk masyarakat... langsung biar je bebudak ni dengan perangai black-metal tu... tak nak mengajak kepada kebaikan... dibiarnya buat benda buruk... patutnya mengajak kepada kebaikan... mencegah kepada kemunkaran...
Mari kita cerita sikit apa itu Hari Kesaih a.k.a. Valentine's Day... Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan denganasmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.
Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.
saya ambil ini dari Wikipedia... memang benar... orang Islam tak digalakkan menyambut perayaan ini... ini semua dari Barat... 'kepalanya' Yahudi & Nasrani... mereka cuba menimbulkan perayaan sial mereka kepada orang Islam... mereka buat untuk memesongkan hati-hati umat Islam... sangat licik betul mereka ini...
bagaimana nak hindarkan semua ni? senang je...
1) Muhasabah diri tu dulu... check diri tu... solat cukup lima waktu... buat baik kat semua orang...
2) Cari kawan yang dapat membimbing kita dan kita boleh membimbing dia...
3) Jaga pandangan mata...
4) Berdoa kepada Allah agar kita tidak tergolong dikalangan manusia yang dilaknatiNya...
INSYALLAH...
itu sahaja post kali ini... semoga kita tidak terlibat dalam sambutan haram ini...
WASSALAM