Wednesday, July 14, 2010

Seloka 2 Hassan al-Basri

Assalamualaikum.

Ini baru sahaja saya buat. Seloka 2 Hassan al-Basri. Pada mulanya, saya tak tahu seloka tu aper... Sejak saya baca Semaian 2009, baru saya tahu.
Jangan sangka air yang cetek tiada buaya. Jangan sangka 1 At-Tabari jer ader seloka.. 2 Hassan al-Basri pon ader. Keh3...

Sebuah kelas di bawah sekali,
Deret dengan kelas 1 At-Tabari,
Kelas ini selalu merendah diri,
Itulah 2 Hassan al-Basri.

Ustaz Razak guru kelas kami,
Orangnya kacak lagi tinggi,
Tak pernah marah walau sekali,
'Macam mano ni' menjadi inspirasi kami.

Orangnya kurus dan cerah,
Tak berlagak tapi gelabah,
Muhamad Hafzan ketua kelas berhemah,
Nak jadikan sahabat tidak salah.

Safwah penolong Hafzan,
Artis Korea menjadi pujaan,
Kutukan mana dia heran,
Asalkan berjaya menjadi harapan.

Outstation hobi si dia,
Tak kesah kalau tak ada,
Bendahari dan pengawas jawatan si dia,
Itulah Jazman yang ceria sentiasa.

Kelas kotor dia yang arahkan,
Selalu mengganggu rakan-rakan,
Muhamad Saifullah suka bersukan,
Bersukan dengan kawan-kawan.

Lain pula cerita mamat ni,
Kadang-kadang muram kadang-kadang happy,
Update blog hari-hari,
Itulah dia Muhamad Hilmi yang jiwang sekali.

Budak-budak ni ada masa depan,
DOTA jadi permainan harian,
Asyik bercerita tentang permainan,
Itulah Talhah, Afiq, Taufik dan Safwan.

Gelap bukan pengahalang baginya,
Bercakap jarang baginya,
Ahmad Aniq itulah namanya,
Baju kelas rekaan si dia.

Naim seorang yang sangat bising,
Tak cukup sorang bising dia menambahkan lagi bising,
Kami tak kesah kalau dia bising,
Tapi kami geram kalau dia bising.

Mereka sahabat sejati,
Berkawan awal tahun sampai hari ni,
Muiz dan Izzat memang serasi,
Kawan sehidup dan semati.

Budak ni pandai tapi bising juga,
Kelepet tudung setiap masa,
Husna dan Aqila jadi mangsa,
Maaf kalau tak suka.

Orangnya senyap tak banyak cakap,
Kalau dia cakap aku tak dengar pon apa dia cakap,
Biasa la orang malu jarang cakap,
Aseeyah memang tak banyak cakap.

Dia ni bising tapi baik juga,
Menolong rakan dan mengacau juga,
Itulah Nashua yang banyak berkata-kata,
Malas la nak kata.

Budak ni memang pandai,
Memang senyap tapi pandai,
Amirah Jalal seorang yang pandai,
Nak cakap apa lagi? Dah dia memang pandai.

Ammar menceriakan lagi,
Hari-hari buat lawak tanpa henti,
Aiman kata dia pun lawak sekali,
Ammar hanya berbangga diri.

Bab bola tanyalah mereka ni,
Piala Dunia mereka menanti,
Lampard, Fabregas dan Messi,
Solihin dan Aiman nama diberi.

Pelajar baru Amin namanya,
Kawan baik kami sepanjang masa,
Tidak pernah mecaci walau dihina,
Sabar sifat si dia.

Kawan rapat di belakang sekali,
Seorang pandai seorang lagi agak pandai sekali,
Iman dan Che' Siti nama diberi,
Suka bergossip setiap pagi.

Lain pula cerita Shazrul Izzat,
Hari-hari datang lambat,
Dia lari macam kilat,
Nak kejar pon tak sempat.

Ini juga peminat Korea,
Nama Facebook pon dah ghope Korea,
Sarah itulah orangnya,
Filem Korea faham sahaja.

Zulhakimi pelajar luar biasa,
Menghafal Al-Quran setaip masa,
Hafiz Quran cita-cita si dia,
Sejuk perut mak dia.

Banat ni tinggi,
Duduk di hadapan sekali,
Nashua dan Sarah menjadi kawan sejati,
Itulah Liyana Amirah yang tinggi.

Namanya Alya,
Orangnya rendah lagi tanpa berkata-kata,
Cerita hantu dia tak suka,
Agaknya dia suka cerita cinta.

Abdul Azim nama diberi,
Oleh bapanya sendiri,
Mengganggu rakan jarang sekali,
Kutuk kawan apatah lagi.

Lain pula cerita Nahdhan,
Menjadi bahan ketawa rakan-rakan,
Hari-hari dekenakan setiap pelajaran,
Sabar je la dah nasib badan.

Ada seorang banat yang banyak bertanya,
Aku rasa dia nak jadik reporter,
Latifah itulah orangnya,
Dia bertanya nak belajar sahaja.

Seorang lagi banin belom diceritakan lagi,
Bertelinga capang dan hitam manis lagi,
Ahmad Zahid nama dia sendiri,
Suka diangkat dan dibuli.

Setakat ini sahaja seloka kami,
Yang tak sebut nama jangan kecil hati,
Mungkin salah ana sekali,
Maaf susun 10 jari.

Yang dipuji jangan bangga diri,
Yang dikutuk jangan bunuh diri,
Gurauan hanya sekali,
Bukan pernah pon dapat peluang ni.


-Muhamad Hilmi bin Mohd. Ali Hanafiah-

Kah3!!!
First time buat seloka yang jadik. Walaupon grammar ntah ke mana, ini bukannya diperiksa dengan cikgu pon.
Keh3...
Ini hanya gurauan.

Kali ni aku nak bagi pantun 2 kerat. Ehem!

Sedut habuk pakai vaccum,
Assalamualaikum.

No comments:

Wajib Korang Baca