.jpg)
Assalamualaikum.
Sebagai seorang pelajar, aku mesti ke sekolah. Sebagai seorang pengawas, aku mesti jalankan tugas dan amanah guru. SEbagai seorang anak, aku mesti ikut kata-kata ibu bapaku. Sebagai seorang penyokong kepada kedua-kedua pasukan yang berentap awal pagi Isnin ini, aku keliru mana satu nak sokong.
Memang kecoh betol pasal Piala Dunia tahun ni. Kat sekolah, bila dengo jer cerita Jerman kalah, senyap jer peminat Jerman. Bila Brazil tersinkir, ramai kata "Brazil kasi chance jer tu. Brazil dah menang 5 kali." Kepala hotak dorang Brazil kasi chance. Kalau Brazil kasi chance, dah lama Brazil tak masuk quater final. Itu semua ayat orang yang tak boleh terima kenyataan jer tu...
Memang susah nak terima perlawanan seterusnya. Sepanyol VS Belanda. Aku tgh pening skang ni. Dah la ada 2 binatang... eh... bintang yang aku minat dalam 2 pasukan hebat tu. Cesc Fabregas (Sepanyol) ngan RVP=Robin Van Persie (Belanda).
Mengikut tilikan dari Paul si sotang kurita (a.k.a. Bomoh), Sepanyol akan menang kali ni. Agaknya, boleh percaya ke tilikan 'Bomoh'tu? Orang semua percaya. Aku rasa... ada orang letak satu roh dalam sotong tu kot. Hmm... Susah nak digambarkan. Kah3!!!
Tapi, aku rasa Piala Dunia kali ni Sepanyol akan menang. Sebab... permainan Belanda agak lemah. Mereka main terlalu perlahan. Yang paling banyak bawak bola, Robben ngan Sjnider jer...
Manakala skuad Sepanyol pula mempunyai pemain pertengahan yang cukup hebat. Mereka memang hebat dalam passing bola. Terapi, yang aku tak gemar. Masa Jerman VS Sepanyol pagi Rabu hari tu, mereka banyak peluang tetapi mereka tidak mahu mengambil peluang itu.
Dan. Aku telah mengambil keputusan. Aku akan menyokong pengadil. Sebab, pengadil yang akan menentukan siapa pemenangnya. Kalau tak ada pengadil, perlawanan tu memang tak syok nak tgk. Kah3!!!
Ceh...
Aku akan menyokong Sepanyol. dan aku jamin! Sepanyol akan menang Piala Dunia tahun ni1 Go Spain! Woohooo!!!!
Ini baru piala dunia. Nak lagi kecoh? Tunggu lagi 2 tahun. Piala Eropah. Lagi kecoh.
Pehh..
Pantun akan mengakhiri post aku ini. Ehemm..
Pergi ke kedai beli ikan bilis,
Singgah sekejap di rumah Ali;
Piala Dunia sudah nak habis,
Tentulah Sepanyol menang kali ni.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment