Wednesday, June 1, 2011

GPS Iman

Assalamualaikum.

Tahukah anda apa itu GPS? Bukan GBS! Itu Geng Bas Sekolah! Cerita yang tak membina akal budak-budak.

Panduan bagi mereka yang sesat di jalan raya


GPS (Sistem Kedudukan Sejagat), merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Ia merupakan satu-satunya sistem pandu arah satelit yang berfungsi hari ini. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS, yang membolehkan kedudukannya (longitud, latitud dan altitud) dikenal pasti dalam apa jua cuaca, siang dan malam di mana-mana di Bumi. GPS ini sesuai digunakan ketika kita sesat, hala ke sesuatu tempat sukar dicari, dan lain-lain. Dengan adanya GPS ni, budaya tanya-menanya akan lupus. Memang benda ini khas untuk mereka yang pertama kali tiba di sesuatu tempat yang merekapun tidak tahu. Kalau terlajak sedikit ke ke kiri, boleh guna GPS. Kalau iman kita terlajak ke 'kiri'? Macam mana? Panduan apa yang sesuai digunakan?

Sabda Nabi (saw) yang bermaksud; aku akan tinggalkan kamu dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Itulah panduan hidup kita. Al-Quran dan As-Sunah. Bukannya saya yang kata tapi Nabi yang kata begitu. Kata-kata Nabi ini sungguh benar sebab Nabi adalah Al-Amin. Orang yang sentiasa berkata benar. Itulah GPS iman kita. Al-Quran dan As-Sunah. Dalam Al-Quran, terdapat banyak cerita tentang kaum yang terdulu dari kita. Banyak pengajaran yang dapat kita jadikan tauladan dalam hidup kita. Dalam Al-Quran juga, Allah ada menyatakan yang mana benar dan yang mana salah. Begitu juga dengan As-Sunnah. Dua-dua ni nampak sahaja berbeza cuma Al-Quran itu kata-kata Allah. As-Sunnah kata-kata dan perilaku Nabi.Tak perlulah nak pandukan iman kita dengan benda lain selain 2 perkara ni.


Itu sahaja dari saya. Harap hari ini adalah hari yang gembira buat saya dan semua.


WASSALAM.

No comments:

Wajib Korang Baca