Sunday, November 20, 2011

Nikon D5100 atau iPhone 4Gs

Assalamualaikum.

Okay. Since lama tak post, hari ni baru nak mula semula. Mungkin yang followers saya tu semua nak sangat baca post dari saya ni. (perasan sungguh) Saya sibuk dengan program sekolah. Dulu. Sebelum cuti sekolah mula lagi saya dah sibuk. Sekarang, harap-haraplah tak sibuk. Seperti yang semua tahu, tahun ni saya ambil peperiksaan yang mungkin penting tapi tidak. Okay. Sangat penting. Tahun ni saya ambil PMR. Jadi, sekarang ni tengah tunggu keputusannya. Ramai kawan-kawan saya cakap keputusan keluar sebelum Hari Natal atau lebih popular dengan nama Hari Krismas. Antara dua barang ini, mana satu yang saya akan minta pada bapa saya untuk dijadikan hadiah untuk saya jika saya dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR? Nikon D5100 atau iPhone 4Gs? Dua-dua ni saya memang mengidam nak beli tapi ayah saya cakap, dapatkan keputusan yang memuaskan baru boleh dapat. Tapi ayah saya cakap itu untuk Nikon D5100 je. Saya tak cakap pun yang saya nak iPhone 4Gs. So, risaulah takut permintaan tu tidak dapat ditunaikan. Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang akan terjadi pada keputusan PMR saya nanti. Saya harap keputusan saya tu lebih baik daripada apa yang saya harapkan. Insyallah

WASSALAM

Wajib Korang Baca