Thursday, June 9, 2011

Kisah Kematian Hantu

Assalamualaikum.

Pada suatu malam yang hening, Pocong meloncat-loncat di kawasan kubur. Datang seekor lagi hantu yang berlari-lari sambil membawa duit yang banyak. Itulah dia Toyol. Mereka berkenalan sesama mereka. Sedang sibuk berborak, datang lagi hantu yang tinggi iaitu Galah. Akhir sekali, hantu yang sangat popular sehingga kini. Hantu yang tak habis-habis mengilai. Dialah Pontianak. Bermulalah sesi bersembang.

Pocong: Hei, hantu sekalian!
Hantus: Ya!
Pocong: Masing-masing mati mesti bersebab. Masing-masing jadi hantu punca sebabnya, bukan?
Toyol: Betul katamu, Pocong.
Pocong: Jadi, apa kata kita melakukan sesi 'taaruf'.
Galah: Apa itu 'taaruf'? Bahasa mana yang kamu pakai ni?
Pocong: Itu bahasa Arablah! Maksudnya sesi berkenalanlah.
Toyol: Hehehe... Kalau begitu, kita mulakan dengan kau, Pocong, sebab kita sedang berada di kawasan kau.
Pocong: Baiklah. Biar aku mulakan. Ehem. 50 tahun yang lalu, sedang aku menghadiri temasya sukan yang dianjurkan oleh sekolah lamaku.
Pontianak: Acara apa yang kamu sertai?
Pocong: Lari berpagar.
Toyol: Bagaimana kamu mati? Bukankah lari berpagar harus kaki dibukanya dengan luas?
Pocong: Betul katamu tetapi ada seekor Syaitan yang telah mengikat kakiku sehingga rapat begini. Langsung aku mati di atas pagar itu.
Galah: Apakah pagar itu terlalu tajam sehingga kamu mati di atas itu.
Pocong: Bukan. Aku bukan mati di atas pagar untuk di lompat bagi acara tersebut.
Pontianak: Kalau bukan mati di atas pagar acara itu, pagar apa yang kamu rentasi?
Pocong: Pagar sekolahku.Aku hendak ponteng dari menghadiri temasya murahan itu.
Toyol: Kenapa begitu bengap sekali kamu lompat di atas itu!
Galah: Sia-sia sahaja kamu hidup di atas dunia, Pocong. Mari kita dengarkan pula cerita si pendek ini. Silakan, Toyol.
Toyol: Terima kasih. Begini ceritanya. Di suatu pagi, bapa aku sedang kira duit di dalam kamar rahsianya. Aku hairan kenapa dia sering berdiam diri di dalam kamar yang sempit ini. Lalu bapaku keluar.
Pocong: Apa yang dia lakukan selepas dia keluar?
Toyol: Dia menutup semula pintu kamarnya.
Galah: Bodoh! Kenapa yang tiada kaitan kamu selitkan dalam cerita ini?! Teruskan bercerita.
Toyol. Lalu, aku masuk ke dalam bilik rahsianya. Aku nampak berjuta-juta ringgit di atas mejanya.
Pontianak: Di mana dia dapat duit itu?
Toyol: Hasil judi dan rompakan bank.
Pocong: Aku tahu bagaimana kamu mati. Bapa kamu nampak kamu lalu dia bunuh kamu kerana mengambil wang berjuta-juta itu, bukan?
Toyol: Bukan! Aku mati kerana ditembak dengan bapaku disebabkan akulah puncanya merompak dan berjudi. Hanya kerana rompak berjuta-juta mata wang RM 5, aku disumpah oleh bapaku menjadi hijau.
Galah: Begitu bodoh sekali cerita kamu itu. Mari dengar cerita aku pula. Cerita aku serupa dengan si Pocong itu tadi. Aku mati di temasya sukan sekolah.
Toyol: Adakah kamu menyertai sukan lompat galah?
Galah: Bukan. Aku menyertai bola keranjang.
Pontianak: Bagaimana kamu mati?
Galah: Sedang aku membawa bola untuk memasukkan ke dalam bakul gol itu, aku lompat untuk membuat Slam Dunk yang terbaeeeeeeek! Malangnya, bukan bola yang dimasukkannya.
Pocong: Kalau bukan bola, benda apakah yang dimasukkanya?
Galah: Kepalaku sendiri yang aku smbat di dalam bakul itu.
Toyol: Bagaimana kamu boleh panjang macam ini?
Galah: Sebelum aku main, aku salah makan ubat. Sepatutnya aku makan ubat cergas tapi mak aku terbagi ubat panjangkan diri keluaran dRozmey. (kutuk bai!)
Pontianak: Sungguh sengal cerita kamu semua. Kini, giliran aku pula menceritakannya. Sedang aku berjalan di tepi sungai, aku tersepak batu.
Toyol: Apa kena mengena batu itu dengan kematian kau?
Pontianak: Tiada kena mengena langsung! Aku teruskan perjalanan menuju ke rumahku. Tiba-tiba sahaja ada gangster kampung berkerumun di hadapan rumahku. Kemudian, mereka rogol dan tikam perutku. Selepas kejadian itu, aku dibawa ke hospital. Kaki aku dipotong. Terpisahlah nyawa dan badanku.
Pocong: Adakah kaki dipotong disebabkan samseng kampung itu yang dengki dengan kamu?
Pontianak: Salah!
Galah: Adakah disebabkan batu itu?
Pontianak: Lagi salah! Kaki aku dipotong disebabkan... disebabkan... disebabkan...
Pocong: Disebabkan apa?!
Pontianak: Kencing manis!
Pocong: Menyesal betul aku bertenggek dengan korang kat sini dengar cerita korang.

PERINGATAN:
KURANG-KURANGKANLAH MENGAMBIL GULA. 


*Pesanan ikhlas dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dari saya Tauke Blog!


WASSALAM!

Thursday, June 2, 2011

Rancangan Tidak Membangun

Assalamualaikum.

Pernahkah anda mendengar rancangan Tom Tom Bak? Pernah? Bagus. Rancangan kanak-kanak yang mencungkil bakat dalam hiburan tapi bukan mencungkil bakat dalam bidang agama. Ini ssangat bahaya. Mengajar kanak-kanak ini benda yang lagha. Hiburan yang keterlaluan. Kecil-kecil dah pandai menari, pakai baju seksi. Semua kerana rancangan hiburan keterlaluan ini.


Kenapa saya bangkang dengan rancangan ini? Sebab saya telah lihat hasilnya. Hasilnya pada adik saudara saya yang suka sangat menonton  rancangan ini. Apa yang saya dapat lihat, hanya di saluran TV1 sahaja yang ada rancangan ilmiah untuk kanak-kanak.

Mereka sering tertanya-tanya, apa sebab remaja sekarang suka sangat pakai ketat-ketat? Inilah sebabnya. Daripada rancangan inilah yang membina kanak-kanak sekarang menjadikan hedonisme sebagai budaya mereka.

Ap-apapun, kanak-kanak adalah harapan bangsa akan datang. Kalau nak tahu siapakan pemimpin akan datang, lihatlah remaja zaman sekarang. Kalau remaja zaman sekarang teruk, pemimpin akan datangpun mesti teruk juga. Kalau baik, baiklah masa depan kita.

WASSALAM!

Perniagaan Dalam Talian (Online Bussines)

Assalamualaikum.



Kita sering dengar, kalau buat bisnes secara dalan talian (online), lebih mudah kerana modalnya sedikit sahaja dan bisnes akan lebih maju tapi ada juga golongan yang telah memecahkan harapan orang lain untuk menjadi kaya melalui atas talian ini. Contohnya; mereka membuat satu laman web yang kononnya itu merupakan laman web bisnes mereka. Lalu orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka dan kononnya mereka percaya bulat-bulat dengan perkhidmatan palsu itu. Mereka memasukkan deposit. Kemudian, mereka ditipu oleh golongan tadi yang telah menipu pelanggan. Dari situlah bermulanya kemerosotan perniagaan melalui atas talian.


Lihatlah. Betapa susahnya kepada orang yang menggunakan perniagaan secara atas talian dengan halal/betul. Kerana golongan penipu tadilah yang merosakkan harapan mereka. Tidak mengapa. Segala benda boleh diselesaikan dengan usaha kita.



Untuk mereka yang ingin mengelakkan perniagaan atas talian anda disangka buruk seperti ini; "ini nak menipu orang la ni", "benda ni sah-sah nak lesapkan duit aku", "Azri, kamu jangan tertipu dengan benda ni, anak oi. Nanti habis duit mak dia kebas." Anda kenalah mulakan perniagaan anda melalui saudara yang terdekat dahulu. Selepas saudara anda menggunakkan perkhidmatan yang anda sediakan, pasti mereka akan mempromosikan kepada rakan-rakanya yang lain dan apabila sudah maju di luaran, buatlah melalui atas talian. Mereka mesti percaya 100% yang perniagaan atas talian anda itu tidak menipu sesiapapun.

Dengan segala usaha yang telah saya terangkan di atas ini, Insyallah, perniagaan anda pasti berjaya dan rezeki akan melimpah bercurah-curah.

Ini sahaja post dari saya. Percayalah. Perniagaan dalam talian ini banyak kelebihannya cuma cara anda yang menentukannya.

WASSALAM!


Wednesday, June 1, 2011

GPS Iman

Assalamualaikum.

Tahukah anda apa itu GPS? Bukan GBS! Itu Geng Bas Sekolah! Cerita yang tak membina akal budak-budak.

Panduan bagi mereka yang sesat di jalan raya


GPS (Sistem Kedudukan Sejagat), merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Ia merupakan satu-satunya sistem pandu arah satelit yang berfungsi hari ini. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS, yang membolehkan kedudukannya (longitud, latitud dan altitud) dikenal pasti dalam apa jua cuaca, siang dan malam di mana-mana di Bumi. GPS ini sesuai digunakan ketika kita sesat, hala ke sesuatu tempat sukar dicari, dan lain-lain. Dengan adanya GPS ni, budaya tanya-menanya akan lupus. Memang benda ini khas untuk mereka yang pertama kali tiba di sesuatu tempat yang merekapun tidak tahu. Kalau terlajak sedikit ke ke kiri, boleh guna GPS. Kalau iman kita terlajak ke 'kiri'? Macam mana? Panduan apa yang sesuai digunakan?

Sabda Nabi (saw) yang bermaksud; aku akan tinggalkan kamu dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Itulah panduan hidup kita. Al-Quran dan As-Sunah. Bukannya saya yang kata tapi Nabi yang kata begitu. Kata-kata Nabi ini sungguh benar sebab Nabi adalah Al-Amin. Orang yang sentiasa berkata benar. Itulah GPS iman kita. Al-Quran dan As-Sunah. Dalam Al-Quran, terdapat banyak cerita tentang kaum yang terdulu dari kita. Banyak pengajaran yang dapat kita jadikan tauladan dalam hidup kita. Dalam Al-Quran juga, Allah ada menyatakan yang mana benar dan yang mana salah. Begitu juga dengan As-Sunnah. Dua-dua ni nampak sahaja berbeza cuma Al-Quran itu kata-kata Allah. As-Sunnah kata-kata dan perilaku Nabi.Tak perlulah nak pandukan iman kita dengan benda lain selain 2 perkara ni.


Itu sahaja dari saya. Harap hari ini adalah hari yang gembira buat saya dan semua.


WASSALAM.

Wajib Korang Baca