Thursday, June 9, 2011

Kisah Kematian Hantu

Assalamualaikum.

Pada suatu malam yang hening, Pocong meloncat-loncat di kawasan kubur. Datang seekor lagi hantu yang berlari-lari sambil membawa duit yang banyak. Itulah dia Toyol. Mereka berkenalan sesama mereka. Sedang sibuk berborak, datang lagi hantu yang tinggi iaitu Galah. Akhir sekali, hantu yang sangat popular sehingga kini. Hantu yang tak habis-habis mengilai. Dialah Pontianak. Bermulalah sesi bersembang.

Pocong: Hei, hantu sekalian!
Hantus: Ya!
Pocong: Masing-masing mati mesti bersebab. Masing-masing jadi hantu punca sebabnya, bukan?
Toyol: Betul katamu, Pocong.
Pocong: Jadi, apa kata kita melakukan sesi 'taaruf'.
Galah: Apa itu 'taaruf'? Bahasa mana yang kamu pakai ni?
Pocong: Itu bahasa Arablah! Maksudnya sesi berkenalanlah.
Toyol: Hehehe... Kalau begitu, kita mulakan dengan kau, Pocong, sebab kita sedang berada di kawasan kau.
Pocong: Baiklah. Biar aku mulakan. Ehem. 50 tahun yang lalu, sedang aku menghadiri temasya sukan yang dianjurkan oleh sekolah lamaku.
Pontianak: Acara apa yang kamu sertai?
Pocong: Lari berpagar.
Toyol: Bagaimana kamu mati? Bukankah lari berpagar harus kaki dibukanya dengan luas?
Pocong: Betul katamu tetapi ada seekor Syaitan yang telah mengikat kakiku sehingga rapat begini. Langsung aku mati di atas pagar itu.
Galah: Apakah pagar itu terlalu tajam sehingga kamu mati di atas itu.
Pocong: Bukan. Aku bukan mati di atas pagar untuk di lompat bagi acara tersebut.
Pontianak: Kalau bukan mati di atas pagar acara itu, pagar apa yang kamu rentasi?
Pocong: Pagar sekolahku.Aku hendak ponteng dari menghadiri temasya murahan itu.
Toyol: Kenapa begitu bengap sekali kamu lompat di atas itu!
Galah: Sia-sia sahaja kamu hidup di atas dunia, Pocong. Mari kita dengarkan pula cerita si pendek ini. Silakan, Toyol.
Toyol: Terima kasih. Begini ceritanya. Di suatu pagi, bapa aku sedang kira duit di dalam kamar rahsianya. Aku hairan kenapa dia sering berdiam diri di dalam kamar yang sempit ini. Lalu bapaku keluar.
Pocong: Apa yang dia lakukan selepas dia keluar?
Toyol: Dia menutup semula pintu kamarnya.
Galah: Bodoh! Kenapa yang tiada kaitan kamu selitkan dalam cerita ini?! Teruskan bercerita.
Toyol. Lalu, aku masuk ke dalam bilik rahsianya. Aku nampak berjuta-juta ringgit di atas mejanya.
Pontianak: Di mana dia dapat duit itu?
Toyol: Hasil judi dan rompakan bank.
Pocong: Aku tahu bagaimana kamu mati. Bapa kamu nampak kamu lalu dia bunuh kamu kerana mengambil wang berjuta-juta itu, bukan?
Toyol: Bukan! Aku mati kerana ditembak dengan bapaku disebabkan akulah puncanya merompak dan berjudi. Hanya kerana rompak berjuta-juta mata wang RM 5, aku disumpah oleh bapaku menjadi hijau.
Galah: Begitu bodoh sekali cerita kamu itu. Mari dengar cerita aku pula. Cerita aku serupa dengan si Pocong itu tadi. Aku mati di temasya sukan sekolah.
Toyol: Adakah kamu menyertai sukan lompat galah?
Galah: Bukan. Aku menyertai bola keranjang.
Pontianak: Bagaimana kamu mati?
Galah: Sedang aku membawa bola untuk memasukkan ke dalam bakul gol itu, aku lompat untuk membuat Slam Dunk yang terbaeeeeeeek! Malangnya, bukan bola yang dimasukkannya.
Pocong: Kalau bukan bola, benda apakah yang dimasukkanya?
Galah: Kepalaku sendiri yang aku smbat di dalam bakul itu.
Toyol: Bagaimana kamu boleh panjang macam ini?
Galah: Sebelum aku main, aku salah makan ubat. Sepatutnya aku makan ubat cergas tapi mak aku terbagi ubat panjangkan diri keluaran dRozmey. (kutuk bai!)
Pontianak: Sungguh sengal cerita kamu semua. Kini, giliran aku pula menceritakannya. Sedang aku berjalan di tepi sungai, aku tersepak batu.
Toyol: Apa kena mengena batu itu dengan kematian kau?
Pontianak: Tiada kena mengena langsung! Aku teruskan perjalanan menuju ke rumahku. Tiba-tiba sahaja ada gangster kampung berkerumun di hadapan rumahku. Kemudian, mereka rogol dan tikam perutku. Selepas kejadian itu, aku dibawa ke hospital. Kaki aku dipotong. Terpisahlah nyawa dan badanku.
Pocong: Adakah kaki dipotong disebabkan samseng kampung itu yang dengki dengan kamu?
Pontianak: Salah!
Galah: Adakah disebabkan batu itu?
Pontianak: Lagi salah! Kaki aku dipotong disebabkan... disebabkan... disebabkan...
Pocong: Disebabkan apa?!
Pontianak: Kencing manis!
Pocong: Menyesal betul aku bertenggek dengan korang kat sini dengar cerita korang.

PERINGATAN:
KURANG-KURANGKANLAH MENGAMBIL GULA. 


*Pesanan ikhlas dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dari saya Tauke Blog!


WASSALAM!

No comments:

Wajib Korang Baca