Monday, April 25, 2011

Puasa

Assalamualaikum.

Hari ni bermula nya saya berpuasa sunat. Untuk tahun ni. First time. Selalu saya cakap je nak puasa tapi tak menjadi. Akhirnya berjaya juga saya lengkapkan puasa untuk hari ni. Alhamudulillah.

Banyak sebenarnya cabaran puasa ni. Kat sekolah tadi kena ejek. Sabar je la. Balik rumah je mak saya tak percaya sebab muka saya ni macam segar semacam je. Mana de saya minum atau makan. Haha. Tapi tidak mengapa. Saya berjaya juga melengkapkan puasa hari ni.

Wassalam.

Friday, April 22, 2011

Berita MSSD Rugby Al-Amin Gombak

Assalamualaikum.

Pagi tadi, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah menghantar wakil sekolah untuk permainan ragbi. Ini buat pertama kali sekolah menghantar wakil.
Haha. Ini muqadimah saja. Memang penat betul semalam. 3 game kalah. Takpe. Ade lagi tahun depan.
Ini ada cerita best ni. Time first game. Kami nak lawan bebudak SMK Taman Ehsan. Sebelum tu baca doa. belakang kami, kat astaka, ade budak-budak pompuan SBPI. Kami buat la cheer yang semangat.
Al-Amin.... BOLEH!
Al-Amin... MENANG!
Al-Amin... JUARA!
Takbir! Allahuakbar!

bila time takbir tu, semua budak2 pompuan SBPI sokong kami. Kami mula la kembang. tapi akhirnya kalah juga. itu je cerita yang saya nak share.

WASSALAM.

Tuesday, April 19, 2011

Mogok

Assalamualaikum.

Hari ini. Saya telah membuat benda yang tak pernah dibuat oleh saya sendiri sebelum ini iaitu mogok dari beli makanan dan minuman di kantin. Ramai yang membantah saya melakukan benda ni. Saya buat benda ni sebab nak elakkan dari menghabiskan duit dari membeli benda kat kantin tu yang harga agak mencekik juga la. Alumni semua nak kutuk. Dorang tak rasa lagi harga tahun ni. Sibuk sangat nak cakap 'korang keluar sekolah nanti baru tahu yang mana mahal yang mana murah'. Memang la. Dorang keluar sekolah tahun bila. Ini yang buat saya geram ni. Tapi takpe. Saya tetap mogok. Nasib esok MSSD. Saya nak kena siap untuk esok. Doakan kejayaan saya dan kumpulan.
Wassalm

Makin Kurus?

Assalamualaikum.

Hari ni. Balik je dari sekolah, terus tengok komputer. Lepas tu, ayong balik umah. Kak Fina pon ade sekali. Kak Fina cakap saya makin kurus. Kembang pula hidung saya. Tapi, saya takkan biarkan kembang dengan begitu sahaja. Saya akan berusaha untuk lebih sihat dari sebelum ini. Insyallah.

Wassalam

Sunday, April 17, 2011

Boot Umbro

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga beli boot rugby. Tapi sebenarnya itu bukannya boot rugby yang sebenarnya. Yang saya beli tu boot bola. Tapi murah. Memang la murah. Umbro. Tapi, murah-murah pun berkualiti juga. Special thanks to my mom and dad. You are the best parents I ever had.

WASSALAM

Saturday, April 16, 2011

Sabar Ada Had?

Assalamualaikum.

"Woi! Aku pon ada juga had kesabaran tau?!"

Boleh percaya ke kalau sabar tu ada hadnya? Kadang-kadang saya pelik juga yang sabar tu ada hadnya. Ramai yang kata sabar tak ada hadnya. Nabi pun bersabar je. Tapi yang dikatakan sabar itu ada hadnya orang menghina kita atau benda lain dengan perkara yang kita tidak dapat tahan mendengarnya. Bila tak dapat tahan, janganlah kita ambil tindakan yang teruk sangat macam bunuh orang tu. Kita just nasihat dia elok-elok. Kalau boleh tengking je dia tu. Tak pun angkat geng ugut dia. Baru la betul.

Ini bagi pandangan saya. Kalau ada benda yang tak betul, boleh la beri feedback kat saya. Sekian.

WASSALAM

Monday, April 11, 2011

MSSD Rugby Al-Amin Gombak?????




Assalamualaikum.

Pelik tapi benar. Sungguh membuka mata ramai pelajar di sekolah tadi apabila MC mengumumkan satu pengumuman yang biasa mereka tak pernah dengar mahupun baca iaitu, "kepada semua pemain MSSD Rugby, sila tunggu selepas ini". Ramai yang tak yakin bahawa sekolah Al-Amin mampu menandingi sekolah-sekolah lain. Saya pun masuk rugby sebenarnya. Ramai yang kutuk-kutuk pasukan rugby tapi kami hanya diam dan lakukan apa yang patut. Saya tempah jersi nombor 24. Entah dapat atau tidak. Esok ada training sampai Jumaat ni. Doakan kejayaan kami.

WASSALAM.

Friday, April 8, 2011

Baik dan Buruknya YouTube

Assalamualaikum.

YouTube. Satu laman web yang penuh dengan pelbagai jenis video yang dinaik turun oleh pengguna dan ahli YouTube. Di situlah tempat kita menonton video sukan, video kelakar dll. Tapi, dalam banyak kebaikan yang terdapat dalam laman web ini ada juga keburukan. Mari bersama-sama saya kongsi pendapat saya untuk anda ulaskan sesama anda. Jom!

KEBAIKAN


Kalau kita nak cari video untuk keagamaan, ada di YouTube. Misalnya, ada orang yang merakam ceramah agama di sebuah surau atau masjid yang mereka kunjungi dan meletakkan rakaman ceramah itu ke dalam YouTube bagi berkongsi sama-sama video itu dengan orang lain.

Di samping itu, di YouTube juga boleh buat duit. Saya ada melihat seorang pengguna YouTube ini sering meletak video blognya dan ramai yang mengikuti video itu. Video dia memang menarik dan hampir 500 juta orang menontonnya. YouTube akan memberi wang kepada orang yang meletak video di laman web mereka jika video pengguna itu menarik dan ramai orang yang tengok. Ini boleh dikategorikan sebagai kerja sambilan.

KEBURUKAN


Keburukan pula. Memang tak dapat dinafikan banyak sunggu keburukan yang kita dapat di YouTube ni. Antaranya ialah membuang masa. Ini salah satu perkara yang kita langsung tak sedar. Kita tengok banyak-banyak video dari pukul 8 pagi sampai 8 malam tapi kita rasa macam 2 jam je. Dan buang masa ini salah satu perkara yang syaitan laknatullah suka. Itu yang menjadi masalah tu.

Keburukan yang lain pula ialah video terlalu bebas. Kalau kita nak tengok video seks, search je kat YouTube ni. Benda internet sekarang macam jin Aladin. Minta je apa yang kita nak. Mest dapat punya. Ini juga masalah ni. YouTube tak menghadkan jenis video itu. That is very dangerous.


Apa-apa pun, semua benda ada baik dan buruknya. Cuma kita je yang kena nilaikan yang mana sesuai dengan kita. Sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal.

Wassalam

Tuesday, April 5, 2011

Entah Kenapa

Assalamualaikum.

Entah mengapa saya membuat satu keputusan sebegini. Saya pun tak tau. Saya telah melupakan si dia. Biarlah. Memang patut pun saya lupakan dia. Saya ada tanya seorang motivator ni. Dia kata better lupakan je minah tu. Jadi, saya ikut kata-kata dia. Selepas saya lupakan dia, saya rasa hidup saya macam aman. Alhamdulillah.

Buka tu je. Saya pun tak pernah terfikir nak buat keputusan macam ni. Ini hanya cadangan saya. Saya bercadang kalau saya dapat 9 A (Insyallah), saya akan keluar dari Al-Amin. Dan kalau diberi peluang, saya nak ke Sekolah Menengah Sains Rembau. Selama ni saya berazam tak nak tinggalkan Al-Amin tapi entah mengapa saya lakukan semua ini. Bagus juga la. Sebab ini memberi saya lebih semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Belajar di tempat yang bagus. Alhamdulillah. Insyallah. Saya akan mendapat 9 A! Saya tak kira demam atau selesema sekali pun saya tetap nak belajar! Dalam family saya tak ada seorang pun yang dapat 9 A. Jadi, saya akan pecahkan rekod keluarga saya ni. Insyallah! Semoga Allah kurniakan impian saya ini.

Wassalam.

Saturday, April 2, 2011

15 Tahun?

Assalamualaikum.

Tanggal 1 April 1996. Tepat jam 5.29 petang. Lahirlah mahluk Allah yang digelarkan manusia telah dilahirkan di bumi Allah ini yang diberi nama Muhamad Hilmi. Kini, beliau telah meingkat remaja dan masih lagi belajar di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Bila nak kahwin? :P

Hamboi. Cantik betul muqadimah. Alhamdulillah. Hari ini genaplah 15 tahun umur saya. Orang pertama wish kat saya ialah Abang Apan. Tepat jam 12.04 pagi semalam. Saya tengah buat kerja kat komputer, tetiba je dia wish kat saya. Saya masa tak tahu samada dah masuk 1 April ke belum. Well, ramai lagi wish kat saya. Kawan-kawan saya yang lain wish kat Facebook. Mungkin mereka nak wish kat sekolah. Memandangkan saya tak ke sekolah. Saya ada di kampung. 

Wajib Korang Baca