Monday, December 26, 2011

Merry Christmas Haram Sebut?

Assalamualaikum.


Lama sangat tak post kat blog ni. Nak kata berhabuk, takde la juga. Tapi, alhamdulillah. Ada juga orang yang masih lagi baca blog saya ni setelah berbulan-bulan tak post something. Apa-apapun terima kasih yang masih lagi baca post saya ini.


Adakah anda tahu apa itu Krismas atau dalam bahasa Melayu Natal?


"Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir(Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory)."
-Sumber: Wikipedia

Baru-baru ini, saya baca satu post di Facebook yang mengatakan, "haram mengucapkan Merry Christmas (Salam Hari Natal). Jika kita menyebutnya, maka kita seolah-olah bersetuju atau mempercayai bahawa Jesus/Isa itu lahir pada 25 Disember dan anak Tuhan (Allah)" 

Saya mula-mula terkejut bila baca tu. Saya pun forward la pada semua rakan-rakan Facebook saya. Tapi, ada yang macam nak boikotkan perayaan Krismas ini di Malaysia. Ini ibarat salah faham. Haram untuk kita mengucapkan Merry Christmas tapi kita diharuskan untuk menghormati perayaan Krismas. Maknanya, tidak salah untuk kita datang ke majlis rumah terbuka mereka yang menyambutnya tapi diharamkan kita untuk mengikut, melakukan adat mereka sempena Krismas. Ayat yang paling sesuai untuk mereka ialah, "Happy Holiday", "Selamat Bercuti". Jangan cakap "Merry Christmas". Sama la kalau dia minum arak. Kalau dia minum arak, kita tak boleh halang dia minum sebab agama dia tak katapun yang arak tu haram. Cuma kita yang tak boleh minum. 

Ini semua sumber daripada Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar Idrus ni merupakan seorang penceramah bebas yang telah mencetuskan fenomena baru di Malaysia ini. Saya suka dengar ceramah dia. Sporting orangnya. 

Apa-apapun, yang haram tetap haram. Jangan jadikan haram sebagai amalan hidup kita. 
Yang serious tetap serious.
Aku Memang Serious Tapi Korang Bila Pula? 

WASSALAM

No comments:

Wajib Korang Baca