Saturday, January 21, 2012

Seorang Mentor Baru

Assalamualaikum....

Isnin yang lepas, saya dah mula kelas pertama saya dan pada Khamis akan adanya Usrah. Saya memegang usrah pelajar tingkatan. Nak kata seronok, 50%. Nak kata tak seronok, 10%. Mana pergi 40% lagi tu? 40% itu adalah perasan hairan saya terhadap adik-adik usrah saya. Kenapa? Sebab pada hari pertama saya berdepan dengan mereka, mereka memang senyap. Nak keluarkan sepatah perkataan pun rasa macam emas nak keluar dari mulut mereka tapi yang saya hairannya, kenapa minggu kedua Usrah mereka seperti kanak-kanak memakan gula berlebihan? Saya terasa seperti melangkah gerbang pintu Nardnia. OMG! eh... YA ALLAH! Ini rupanya perasaan seorang mentor. Ketika itulah saya rasa seperti beban untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mentor, menjaga adik-adik saya itu tetapi semua itu tolak ke tepi kerana itu adalah bisikan seekor Syaitan yang ingin hamba Allah ini berputus asa menyampaikan dakwah. Saya akan terus membawa mereka sampai akhir 2012. Kalau boleh saya nak jadi mentor mereka untuk sesi 2013. Insyallah. I <3 MY ADIK-ADIK USRAH

Wassalam

No comments:

Wajib Korang Baca