Saturday, October 15, 2011

Tidak Mahu Cerai

Assalamualaikum.


Sekarang ni, kalau selak sahaj surat khabar mesti ada cerita cerai. Cerai pula sebab benda kecil seperti berebut remote TV, masak tak taruk garam, dll. Sungguh pelik orang Malaysia sekarang ni. Hari ni saya tak nak huraikan pasal cerai sebab ilmu saya mengenai cerai tidak cukup lagi. Jadi, tak sesuailah saya untuk menghuraikan mengenai cerai jika saya kurang arif tapi saya akan ceritakan tentang sepasang suami isteri yang bercadang untuk bercerai.



Si suami bernama Abdul Manaf. Seorang jurutera yang berjaya dan terhebat. Telah berkahwin dengan pasangannya, Nor Aniza. Dulunya seorang jururawat tapi selepas berkahwin, dia membuka kedai kek yang kini cukup dikenali ramai. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata yang kini telah melanjutkan pelajaran di sekolah menengah.

Nak dijadikan cerita. Pada suatu hari, mereka berdua menaiki kereta untuk menuju ke Ikea, Damansara. Kebiasaannya mereka akan bersembang, berbual kosong dalam kereta tetapi disebabkan kes mereka bergaduh yang berlaku 2 minggu lepas oeh kerana salah faham antara mereka menyebabkan mereka bermasama muka dan hanya membiarkan muzik di radio sahaja menyanyi.

Dalam perjalanan ke Ikea, si isteri berkata pada suaminya begini:

Isteri: Bang, saya dah fikir masak-masak. Saya nak mintak cerai dengan abang.

Si suami mendiamkan diri dan pecut dalam 90 km/j.

Isteri: Lepas je cerai, saya akan duduk dengan teman lelaki saya. Abang kenal orangnye, kan?

Si suami lagi diamkan diri dan lagi pecut 100 km/j.

Isteri: Saya akan bawa anak-anak kita duduk dengan saya. Kereta ni pon saya nak juga.

Apabila tiba sahaja di Ikea, si suami ingin mencari tempat parkir kereta. Isterinya tidak puas hai kerana si suami tidak menunjukkan satu respon pun.

Isteri: Abang tak nak tuntut hak apa-apa ke?

SuamI: Buat apa saya nak tuntut apa-apa. Saya dah ada bendanya dah.

Isteri: Apa benda? Blackberry? HTC?

Suami: Abang ada air-bag.

Si isteri terpinga-pinga. Apa yang dimaksudkan oleh si suami. Rupa-rupanya memang si suami ada niat lain. Sambil si isteri bising-bising dalam kereta, dia nak si isteri tu mati. Jadi, si suami telah menghentam dinding Ikea begitu kuatnya menyebabkan air-bag belah lelaki kembung tapi si isteri tiada air-bag sebab si suami dah buang sebelum si isteri naik kereta itu. Dengan rasa gembirnya, lelaki itu ketawa melihat isteriny mati di sebelahnya. Selamat anak-anak dia. Bukannya lelaki tu tak tahu yang isteri dia nak kahwin dengan bapa dia.

Hahahahaha!!!!

Moral of the story is janganlah ada salah sangka antara suami dengan isteri. Kira okaylah dah ada 3 orang anak. Buat apa nak cerai. Sedangkan orang yang tiada anakpun boleh hidup bahagia selama 15 tahun, takkan lah dah 3 orang anak nak runtuhkan masjid sendiri. Jadi, kita renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL!



WASSALAM!

Wajib Korang Baca