Wednesday, October 19, 2011

Masalah

Assalamualaikum.



Tak dapat dinafikan. Memang semua ada masalah. Tak kiralah masalah diri ke, masalah kerja ke, masalah majikan ke, semua mesti ada walaupun satu. Agak tipulah kalau ada orang yang cakap, "aku ni manusia yang bertuah sebab tak ada masalah kat dunia ni". Membohong je tu. Itulah masalah dia. Masalah dia ialah menceritakan sesuatu yang orang tak ambil kisah. Kira masalah la tu. Nabi Muhammad juga ada masalah. Masalah untuk berdakwah secara bebas tetapi Nabi takkan putus asa untuk berdakwah. Nabi ada jalan penyelesaian.

Antara masalah yang paling popular kat Malaysia adalah masalah soSial. Hehehe. Masalah yang kurang kat Malaysia ini ialah masalah nak selesaikan. Jangan risau. Serahkan segalanya kepada saya. Kita mulakan dengan masalah soSial.

1. Masalah Sosial






Inilah masalahnya. Masalah yang paling popular. Yang tergolong dalam masalah ini ialah anak-anak remaja. Walaupun selalunya orang salahkan ibu bapa tapi saya tak rasa ia 100% punca daripada ibu bapa. Ini berpunca dari sekolah, masyarakat dan rakan sebaya. Kalau di sekolah tu kita mestilah salahkan gurunya. Mestilah salahkan guru. Takkan nak salahkan mak cik kantin kot. Cara guru mengajar tu kenalah betul sikit.

Alhamdulillah. Saya dilahirkan di dunia ini untuk merasai pembelajaran di Al-Amin. Saya agak berpuas hati dengan cara itu mengajar cuma apa yang saya rasa di Al-Amin yang membuatkan punca masalah ini terbongkar ialah sikap guru di luar kelas. Pengetuanya saya tak heran sangat sebab dia ada kuasa nak buang pelajar yang bermasalah. Ini guru yang memgang jawatan guru disiplin bawahan yang 'over' acting dan telah mendoakan sesuatu yang buruk atas anak muridnya itu. Saya bukan nak cemarkan nama baik sekolah saya cuma saya nak mengingatkan pada semua guru supaya bertindak apa yang anda mampu sahaja. Jangan bertindak sesuatu yang walaupun anda anggap bagus tapi cara anda yang menyebabkan orang benca anda.

2. Masalah Cukai Negara






Baru-baru ini, negara kita diriuhkan dengan pengenaan cukai sebanyak 6% terhadap tambah nilai telefon bimbit. Saya pun naik angin. Tiba-tiba sahaja ada satu community page di Facebook yang bernama "Kami Bantah Pengenaan Cukai Atas Top-Up".  Saya pon like la page tu. Beberapa hari kemudian, pengenaan cukai itu ditangguhkan. Yang saya pelik, kenapa ramai orang suka pengenaan cukai itu ditangguhkan? Faham atau tidak makna tangguh itu? Tangguh bererti mengundurkan tempoh sesuatu perkara. Yang saya harapkan ialah kerajaan akan memansuhkan projek pengenaan cukai itu. Cara paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini ialah kerajaan harus rombak semula senarai pengenaan cukai dengan teliti dan kalau nak kenakan juga, kenakan dengan kadar yang semua orang mampu.

3. Masalah Internet






Ini yang paling saya benci sekali. Bila nak tengok video di YouTube, mesti ada banyak halangan. Halangan yang paling saya tak suka ialah internet perlahan daripada siput. Punyalah sakit hati. Saya ingat nak tukar kepada UniFi tapi bapak saya plak tak bagi. Berdoa je la semoga pintu hati bapak saya tu nak beli UniFi. Alah. Ini bukan untuk saya sorang. Sharing is caring la. Hahaha. Jadi, carilah internet yang laju sikit ye.

Itu sahaja post kali ini. Masalah di dunia ni memang banyak. Saya tak sempat nak senaraikan semua itu. Apa yang saya boleh sampaikan ini adalah luahan dari lubuk hati saya. Kalau ada apa-apa yang tidak betul atau tidak puas hati dengan post saya ini, boleh hantarkan e-mail kepada saya.

Happy Always :D


WASSALAM!

No comments:

Wajib Korang Baca