Wednesday, October 19, 2011

Pembuka Selera Atau Pembuka Kejahatan?

Assalamualaikum.


Wain (wine) adalah satu minuman pembuka selera bagi orang yang bukan Islam tapi ada juga orang Islam yang meminumnya. Wain juga merupakan air yang dituak atau peram dengan lamanya sehingga 200 tahun. Namun, mereka gemar kerana dapat rasa buah yang dituak itu. Mesti pelik mengapa mereka sanggup minum air yang dituak beratus-ratus tahun itu, kan? Wain juga boleh dikategorikan sebagai air yang melalaikan seperti arak dan air tapai. Ini boleh menjejaskan jasmani dan rohani kita. 

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. , Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Hindarkanlah diri daripada arak, sesungguhnya ia adalah pembuka segala kejahatan.
(Riwayat al-Hakim)



Kenapa Nabi cakap arak itu pembuka segala kejahatan? Kenapa tak pembuka selera? Sebabnya, sesuatu yang memabukkan itu akan membawa kepada kejahatan yang lain. Kalaulah korang mabuk, macam-macam benda boleh berlaku yang menyebabkan korang tak sedar apa yang telah korang buat. Tiba-tiba sahaja korang ada dalam bilik dengan seorang perempuan dengan tiada seurat benang pun pada tubuh korang. Tak pun tiba-tiba korang dah ada dalam lokap sebab korang pergi kacau orang awam di tengah kota. Bukankah itu dah menyusahkan orang lain dan diri sendiri? 



Kalau kita dapat tengok di tengah kota Kuala Lumpur, banyak sebenarnya tempat-tempat yang menjual arak terutamanya di kelab-kelab malam dan restoran 5 bintang. Hari tu, saya pergi ke Dome, KLCC. Ingatkan mereka hanya menjual kopi yang berkelas dunia. Rupanya, ada juga jual arak dan wain berkelas dunia. 



Saya cukup sokong dengan titah Sultan Brunei yang baginda tidak mahu negaranya dilaknat oleh Allah atas jualan arak diseluruh negara Brunei. Kenapa negara Islam yang lain tidak mahu mencontohi kerajaan Islam ini? Mengapa ayat "agama rasmi kami adalah Islam" tetapi tidak mahu melaksanakan sebagai negara Islam? Inilah dia akhir zaman. Apabila haram dihalalkan. 



Apa-apa pun, jauhkanlah diri daripada sesuatu yang memabukkan seperti arak. Kerana sesuatu yang memabukkan itu pasti akan membawa padah untuk diri kita yang lemah ini. Renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL!

WASSALAM!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Wajib Korang Baca