Assalamualaikum
Sebagai seorang pengawas, aku mesti jalankan tanggungjawab. Sebagai seorang anak, aku mesti patuhi segala kata-kata ibu bapa ku. Sebagai hamba-Nya, aku mesti buat apa yang Dia suruh dan jangan ikut larangan-Nya.
Hari ini. Aku telah bercadang dengan Azwan untuk pergi bermain bowling di Wangsa Walk Mall. Tp, mak ngan bapak aku nak maen sekali. Aku terkejut gler. Mak aku ingatkan aku terkejut tak percaya yang dia akan maen bowling. Pastu bapak aku cakap aku syok mak aku nak maen. Dalam hati aku,
Tuhan sahaja yg tahu. Tak cakap awal2 nak maen.
Tiba sahaja di Wangsa Walk Mall itu, bapak aku terus cari mesin ATM. Angkatan Tentera Malaysia? Kah3!!! Aku pon tak tau maksud disebalik ATM tu. Bapak aku carik merata tempat. Tengah mencari tu... aku jumpa Azwan. Dia dah sampai dah. Biasa la. Asal jumpa jer dia, mesti ader memek muka nya yang sangat blur. Keh3...
Lepas bapak aku cucuk duit kat ATM tu, kitorang terus pergi maen bowling. Maen sorang dua game cukup ler~
Memang syok btol maen. Aku lawan dengan Azwan. Bapak aku lawan dengan mak aku. Aku menang. Aku 131. Azwan 124. Bapak aku ngan mak aku, aku tak ingat braper dorang skor...
Aku ngan Azwan dapat dua strike... kah3!!!
Lepas maen tu, mak ngan bapak aku pergi Coldstorage. Aku pergi Popular Bookstore untuk mencari pen dan buku nota kecil. Tengah aku mecari, terlintas dalam kepala hotak aku nak cari kertas kajang. Aku dapatla cari pen dengan buku nota kecik. Masih lagi mencari kertas kajang. Akhirnya jumpa. Lepas ti, aku cari novel Islamik cinta.
Tengah carik-carik tu, akhirnya aku jumpa banyak. Puhhh.... Aku belek-belek setiap novel tu. Dan aku telah buat keputusan untuk beli novel 'Atas Nama Cinta'. Buku ni dikarya oleh Wahyu Sujani. Penulis novel dari Insonesia. Novel tu ditranslate ke Bahasa Melayu tapi ada jugak la bahasa Indon sket2... Aku akan baca sampai habis~
:)
Itu sahaja cerita aku nak kongsi. Nantikan cerita-cerita akan datang. Ada pantun lagi... Ehem!
Anak mati dalam keranda,
Dia takkan lahir semula;
Terima kasih tak terhingga,
Kerana sudi membaca.
Assalamualaikum.
Blog ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, atok-atok, semua boleh baca! Tiada unsur negatif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wajib Korang Baca
-
Assalamualaikum... Hari ni... hari yang boleh dikatakan best jgak la... datang semata-mata nak pergi merentas desa... siapa yang tak pergi...
-
Assalamualaikum. Hari ini memang saya tak ada buat apa-apa di rumah melainkan masak, makan, basuh pinggan, dan internet. Macam sekarang. T...
-
Assalamualaikum. Mulut ni adalah tempat di mana semua perkataan keluar. Kalau nak bersembang, pakai mulut. Kalau nak bertanya, pakai mulut...
-
Assalamualaikum. Lama sangat tak post kat blog ni. Nak kata berhabuk, takde la juga. Tapi, alhamdulillah. Ada juga orang yang masih lagi b...
-
Assalamualaikum. Apa khabar? Tajuk post saya hari ni agak panjang sikit. Saya pun tak tahu macam mana tajuk macam ni boleh terlintas di f...
-
Assalamualaikum. Pada suatu malam yang hening, Pocong meloncat-loncat di kawasan kubur. Datang seekor lagi hantu yang berlari-lari sambil...
-
Assalamualaikum. Ini baru sahaja saya buat. Seloka 2 Hassan al-Basri. Pada mulanya, saya tak tahu seloka tu aper... Sejak saya baca Semaia...
-
Assalamualaikum. Pagi tadi, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah menghantar wakil sekolah untuk permainan ragbi. Ini buat pertama k...
-
Assalamualaikum. Tahukah anda apa itu GPS? Bukan GBS! Itu Geng Bas Sekolah! Cerita yang tak membina akal budak-budak. Panduan bagi mer...
-
Assalamualaikum. Pertama sekali, BENCINYA! BENCINYA! BENCINYA! Logo Kementerian Pelajaran Malaysia #SERIOUSLY Saya tengah panas hati de...
No comments:
Post a Comment