Assalamualaikum.
Tengah dok lepak kat depan komputer ni, ader plak terlintas kat hati nak tengok gamba time sekolah rendah dulu. Pastu aku masukkan dalam komputer. Aku ingat lagi time sekolah dulu. Ader yang manis. Ader juga yang pahit.
Aku dulu pernah mendapat jawatan juga di sekolah.
2004=Ketua Kelas
2005=Pengawas
2006=Ketua kelas
2007=Pembimbing Rakan Sebaya
Darjah satu. Memang la. Bdak baru nak belajo. Masa aku arjah satu, aku belajar di kelas 1 Yassir. Pertama kali aku masuk, aku dah dapat kawan. Azwan Solihin. Budak yang dahulunya sangat skema dan sekarang makin kacak. Selang beberapa hari, makin banyak kawan yang telah aku kenal. Orang kedua aku kenal adalah Ahmad Al-Walid. Kemudian, Qushairy. Kecik-kecik dulu memang la... main sama-sama. Pastu, makan sama-sama. Pastu, aku berkawan pula dengan sahabat sejati ku, Afifuddin. Jiran ku juga. Kitorang kawan sampai form 1 jer. Lepas tu, dia sekolah kat MRSM Kuala Kubu. Jarang btol jumpa dengan dia. Perangai dia memang pelik. Kadang-kadang buat orang suka kadang-kadang buat orang sakit hati. Kah3!!!
Biasa la tu. Kitorang time darjah 4 ngan darjah 5 selalu sangat keluar naik basikal pergi kedai... taman... Memang syok. Sempat jugak la jumpa dia. Open House Raya tahun lepas. Main WWE: Smackdown VS Raw 2009. Kah3!!!
Tahun ni jarang jumpa dia. Huh~
Time aku darjah 2, aku kelas 2 Hamzah. Menjadi ketua kelas. Aku dulu selalu sangat dikejar oleh Aisyah Rashid. Ntah aper masalah aku kat dia. Aku pernah dapat idea kat mner nak menyorok. Kat tandas banin. Memang berhasil. Walau aku tak minum Fernleaf, aku tetap bijak. Kah3!!!
Pastu, masa tu Mualimah Nor Hadiah cerita pasal cerita hantu. Biasa la. Aku ni dulu pengecut. Habis jer cerita tu, aku keluar, nangis kat luar kelas. KAH3!!!
Bdak-bdak laen gelak kat aku. KEJAM!!!
Time darjah 3. Aku kelas 3 Abu Dzar. Jawatan ku pada masa itu ialah pengawas. Aku kira kaki menyakat member. Aku ngan Afifuddin dulu sama jer. Suka sangat lempang Hafzan. Hafzan suka jer. Aku pon tak tau aper masalah dia. Aku ngan Afifuddin angkat dia pastu letak kat belakang kelas. Dah la belakang tu kotor. Kitorang siap baringkan dia lagi. Dah la dia pengawas jugak. Tak baik~
Kah3!!!
Kotor baju Hafzan.
Time darjah 4. Aku kelas 4 Salman. Tak betul~ Dulu aku kelas 2 Khalid la... Aku jadi ketua kelas. Asal mualim/ mualimah tak masuk kelas jer, aku yang kena panggil. Malas btol la. Masa tu musim Piala Dunia 2006 kat Germany. Yang Itali menang tu. Memang kecoh gler kelas bab Zidane kena buang padang tu.
Time darjah 5. Aku kelas 5 Ubaidah. Inilah bermulanya aku membuka laman web sosial yang sangat popular pada zaman itu, Friendster. Tanggal bulan Julai. Aku tak ingat hari aper, tp, itulah hari yang paling sedih. Kami semua dapat berita yang sahabat sekelas kami, Zainal Ihsan Zainal Fitri, meninggal dunia pd jam 5 pagi di Hospital Ampang Puteri akibat koma. Kelas kami sungguh sunyi pagi itu. Semua sedih dengan berita itu. Yang samseng tahi kucing pon turur menangis.
Al-Fatihah buat Zainal Ihsan Zainal Fitri.
Pada tahun 2008. Aku berumur 12 tahun a.k.a. darjah 6. Aku kelas 6 Jaafar. Memang best gler kelas tu. Ramai kawan. Banat 6 orang jer. Kah3!!!
Ammar selalu sangat kacau Putri Aisyah. Banat yang paling ramai sker kat dia kecuali aku. Ader satu hari tu, aku nampak Saiful, Ammar ngan Syamil masukkan lipas mati dalam sampul surat pastu letak atas meja PA (Putri Aisyah). Bila PA masuk jer kelas, nampak sampul tu. Kitorang dah tergelak dah. Bila dia bukak jer, menjerit macam nampak babi hutan depan mata. Aku dah terbahak-bahak dah.
Itulah darjah 6. Bila sebut jer darjah 6 ni, mesti terlintas di pikiran korang pasal UPSR. Ya. Orang selalu tanya aku, 'Nanti UPSR nak berapa A?' Aku jawab senang jer '4A 1B'. Memang betul terjadi. Dan aku sentiasa target Bahasa Inggeris B. Memang mimpi menjadi kenyataan. Aku betul-betul dapat 4A 1B. Itula. Setiap kata-kata itu adalah doa.
Itulah kenangan time kat SRIAAG dulu. Banyak btol benda jahat aku buat. Kah3!!!
Itu sahaja dari saya.
Ehem!
Anak itik pakai baju melayu,
Anak ayam pakai kemaja;
Itulah kenangan dari ku,
Jahat betul aku ni rupanya.
Kah3!!!
Assalamualaikum.
Blog ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, atok-atok, semua boleh baca! Tiada unsur negatif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wajib Korang Baca
-
Assalamualaikum... Hari ni... hari yang boleh dikatakan best jgak la... datang semata-mata nak pergi merentas desa... siapa yang tak pergi...
-
Assalamualaikum. Hari ini memang saya tak ada buat apa-apa di rumah melainkan masak, makan, basuh pinggan, dan internet. Macam sekarang. T...
-
Assalamualaikum. Mulut ni adalah tempat di mana semua perkataan keluar. Kalau nak bersembang, pakai mulut. Kalau nak bertanya, pakai mulut...
-
Assalamualaikum. Lama sangat tak post kat blog ni. Nak kata berhabuk, takde la juga. Tapi, alhamdulillah. Ada juga orang yang masih lagi b...
-
Assalamualaikum. Apa khabar? Tajuk post saya hari ni agak panjang sikit. Saya pun tak tahu macam mana tajuk macam ni boleh terlintas di f...
-
Assalamualaikum. Pada suatu malam yang hening, Pocong meloncat-loncat di kawasan kubur. Datang seekor lagi hantu yang berlari-lari sambil...
-
Assalamualaikum. Ini baru sahaja saya buat. Seloka 2 Hassan al-Basri. Pada mulanya, saya tak tahu seloka tu aper... Sejak saya baca Semaia...
-
Assalamualaikum. Pagi tadi, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah menghantar wakil sekolah untuk permainan ragbi. Ini buat pertama k...
-
Assalamualaikum. Tahukah anda apa itu GPS? Bukan GBS! Itu Geng Bas Sekolah! Cerita yang tak membina akal budak-budak. Panduan bagi mer...
-
Assalamualaikum. Pertama sekali, BENCINYA! BENCINYA! BENCINYA! Logo Kementerian Pelajaran Malaysia #SERIOUSLY Saya tengah panas hati de...
No comments:
Post a Comment