Thursday, May 5, 2011

Virus K-Pop


Assalamualaikum.

Malaysia merupakan tempat lahir saya. Tanah tumpahnya darahku. Dari kecil saya sering dengar lagu Melayu. Sehingga kini saya tidak jemu mendengarnya. Akan tetapi, zaman dah berubah. Kini, ramai remaja Melayu yang menggemari lagu Korea atau lebih dikenali sebagai K-Pop. K-Pop ini adalah muzik Korea. Ini merupakan satu perancangan untuk mempromosikan ekonomi Korea. Apabila muzik sesebuah  negara itu membangun, haruslah ekonomi mereka juga membangun. Bukan macam Malaysia! Harap nak meniru sahaja artis luar negara. Leka di persada muzik tempatan. Lupa akan negara. Sibuk sangan nak tiru fesyen mereka. Malaysia ini banyak fesyen tradisional yang mampu mendapat pasaran yang tinggi.

Macam manalah muzik sendiri nak maju sedangkan diri sendiri meniru gaya orang lain. Memanglah orang suka benda baru. Kenapa kita tidak mencipta benda yang lagi baru dari benda sekarang? Itulah masalahnya. Benda yang orang sukakan sekarang pasti dilupai. Macam filem-filam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee makin dilupai semenjak filem terhebat arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah pecah panggung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah juga mungkin akan dilupai juga.

Jadi, kalau kita hendakkan sesuatu, maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Usaha dengan cara tersendiri. Kalau nak tiru seseorang itu tidak salah cuma cara kita meniru itu haruslah bertepatan dengan apa yang kita lakukan. Janganlah segala aktiviti yang dia suka lakukan kita ikut 100%.

Usaha tangga Kejayaan!

WASSALAM

No comments:

Wajib Korang Baca