Saturday, May 7, 2011

Mamak Contoh Terbaik?

Assalamualaikum.

India Muslim atau dikenali sebagai Mamak yang cukup masyhur dengan kemahiran mereka membuat menebar roti canai dan bijak mengira dan menghafal harga makanan dan minuman. Perniagaan mereka sering maju. Ada banyak faktor yang mebuatkan perniagaan mereka maju. Antaranya;


1. Tidak Lupa Solat


Seperti yang semua orang tahu solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat nanti dan solat juga dapat menjegah kita daripada melakukan perkara munkar. Kalaulah kita menjaga solat kita yang lima waktu itu, pasti Allah redo dengan segala amalan kita seharian. Bukannya saya kata yang lain tu tak jaga solat cuma apa yang saya nampak ini saya jadikan sebagai teladan.

2. Cara Melayan Pelanggan


Kalau kita nak jaga hati pelanggan tu mestilah ikut pesan pelanggan tu. Kalau benda yang tak pernah jumpa dalam dunia pun, ikut aje la. Mamak ni kalau kita pesan makanan yang tak ada dalam menu pun dia buat tapi sekarang dah senaraikan macam burger, french fries, dll. Janganlah marah-marah pelanggan kalau pesan benda merepek. Mamak ni mesra alam.

3. Nama yang Menarik


Nama kedai merupakan antara faktor yang paling penting dalam perniagaan. Kalau kita tengok nama kedai mamak. Mesti ada  letak perkataan 'Maju' di hujung nama kedai. Ini menunjukkan mereka yakin yang perniagaan mereka mesti maju. Terbukti memang maju.

4. Sikit-sikit, Lama-lama Jadi Maju


Kedai mamak pada permulaannya menggunakan modal yang kecil. Selepas meraih untung yang tinggi, mereka menaik taraf premis mereka. Kita ambil contoh satu kedai yang berhampiran di rumah saya, D'Mamak Corner, pada mulanya mereka mempunyai tv yang standard. Selepas mendapat untuk yang banyak, mereka tukar tv mereka menjadi tv LCD HD. Memang maju sekarang. Itulah yang menyebabkan ramai orang berkunjung ke kedai mamak.

Itu adalah ulasan dari saya. Bukan saya kata kedai/restoran Melayu yang tidak mempunyai ciri-ciri ini tidak bagus. Cuma ini adalah apa yang saya perhatikan selama ini.

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam.

No comments:

Wajib Korang Baca