Assalamualaikum.
"Janganlah kamu meninggikan suara kepada mereka (kedua ibu bapa) walau perkataan 'uff' sekali pun"
Al-Quran
Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.
Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu diYunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Malaysia menyambut Hari Ibu pada hari Ahad ke-2 bulan Mei. Bermaksud untuk tahun ini, jatuh pada 8 Mei iaitu semalam.
Apabila saya bangun sahaja dari tidur, ibarat macam hari itu adalah hari yang lain dari lain. Saya buka semua saluran televisyen, semua cerita mengenai pengorbanan ibu mereka. Makin saya pelik. Baru saya tahu yang hari itu adalah Hari Ibu. Saya sambut dengan menyidai pakaian dengan sendiri tanpa pertolongan mak saya. Baru saya tahu bagaimana terseksanya menyidai pakaian di hari yang panas lagi terik. Begitulah pengorbanan ibu kita tapi sekarang ni orang pakai bibik. Tak perlu banyak tenaga ibu nak keluar. (Kah kah kah)
Lepas pukul 11.30 pagi, mak dan ayah saya terus gerak ke kampung untuk berkhidmat pada nenek-nenek saya. Nak kata atuk, dua-dua atuk saya baru sahaja meninggalkan saya untuk tahun ini. Tinggallah saya di rumah bersama adik-beradik saya.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu kangdung saya, Puan Maznah bt Yahya, yang sanggup menjaga saya sejak azali lagi dan tidak terhingga kepada ibu susuan saya, Mak Tam, yang sanggup menyusukan saya. Walau dia bukan mak kandung saya, tapi saya tetap hargai susu yang diberi darinya.
![]() |
My mom. Maznah |
![]() |
My ibu susuan. MAK TAM! |
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI SELURUH PELUSUK DUNIA!
SAYANGI IBU ANDA. SETITIS AIR MATA MENITIK DI MUKA BUMI INI, SATU PERCIKAN API NERAKA UNTUK KITA DI AKHIRAT SANA.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment