Saturday, May 21, 2011

Kesian Dia

Assalamualaikum

Semalam, lepas saya solat Maghrib di Masjid Salahuddin al-Ayuubi, Taman Melati, saya terserempak kawan saya kat dalam dewan solat, Fattah, baru sahaja terima satu peristiwa yang dia tak dapat lupakan iaitu kematian bapanya yang koma selepas terlibat dalam kemalangan antara kereta dan lori. Sangat sedih bagi keluarga mereka. Dia keseorangan pergi ke masjid dan pulang ke rumah.

Susah nak bayang kalau ibu atau bapa kita yang meninggal. Tahun ini sahaja, 2 atuk kesayangan saya telah dijemput oleh Allah untuk pulang ke rahmat-Nya.

Apa-apa pun, kita yang masih lagi bernafas di bumi Allah ini teruskan amalan. Sebagai pelajar, cari ilmu. Sebagai bapa, cari nafkah untuk keluarga tecinta. Dan sebagai hamba yang lemah, banyak-banyaklah beribadah. Kita ni cuma tunggu ajal sampai. Jodoh, maut, terletak di tangan Allah.

SEE YAH!
WASSALAM!

No comments:

Wajib Korang Baca