Blog ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, atok-atok, semua boleh baca! Tiada unsur negatif.
Monday, December 13, 2010
"Ini Trend La Bro!"
Assalamualaikum....
Mesti kalau kita pusing 360 darjah di tengah-tengah kota Kuala Lumpur kita akan jumpa banyak sangat remaja-remaja yang berpakaian tidak menutup aurat dan seperti orang-orang yang di barat sana. Kalau kita tegurpun dia mesti akan kata,"ini trend la, bro! Lu tak tau ke trend macam mana zaman ni?! Lu memang ketinggalan zaman la!" Mesti sakit hati, kan? Kalau kita ketinggalan zaman, kenapa kita boleh pakai telefon? Bukankah telefon itu adalah benda ataupun alat yang sedang digunakan oleh manusia zaman sekarang?
Kalau kita rujuk semula hadith yang bunyinya lebih kurang begini;
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik
Apa yang Nabi nak sampaikan di sini ialah kalau kita nak ikut benda yang dari seseorang itu, kita kena periksa latar belakang dia dulu atau kaum itu. Kalau kaum itu kafir, janganlah kita ikut. Kalau kaum itu kaum yang beriman, maka haruslah kita ikut. Macam kes tadi. Berpakaian macam budaya barat. Bertindik. Pakai ketat-ketat. Rambut macam landak. Itu semua dari barat. Budaya itu makin lama makin berleluasa di Malaysia ini. Mereka mengagung-agungkan budaya itu.
Perkataan 'gua', 'lu' tu bukankah orang Cina yang selalu guna? Kenapa orang Melayu pula yang selalu kecoh-kecoh pakai perkataan itu? Sungguh pelik manusia zaman sekarang. Bahasa sendiri bukannya nak pakai.
Jadi, kesimpulannya di sini ialah sama-samalah menggunakan kuasa amar maaruf nahi munkar.
Sama-sama kita renung-renungkan dan selamat beramal
Wssalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wajib Korang Baca
-
Assalamualaikum... Hari ni... hari yang boleh dikatakan best jgak la... datang semata-mata nak pergi merentas desa... siapa yang tak pergi...
-
Assalamualaikum. Hari ini memang saya tak ada buat apa-apa di rumah melainkan masak, makan, basuh pinggan, dan internet. Macam sekarang. T...
-
Assalamualaikum. Mulut ni adalah tempat di mana semua perkataan keluar. Kalau nak bersembang, pakai mulut. Kalau nak bertanya, pakai mulut...
-
Assalamualaikum. Lama sangat tak post kat blog ni. Nak kata berhabuk, takde la juga. Tapi, alhamdulillah. Ada juga orang yang masih lagi b...
-
Assalamualaikum. Apa khabar? Tajuk post saya hari ni agak panjang sikit. Saya pun tak tahu macam mana tajuk macam ni boleh terlintas di f...
-
Assalamualaikum. Pada suatu malam yang hening, Pocong meloncat-loncat di kawasan kubur. Datang seekor lagi hantu yang berlari-lari sambil...
-
Assalamualaikum. Ini baru sahaja saya buat. Seloka 2 Hassan al-Basri. Pada mulanya, saya tak tahu seloka tu aper... Sejak saya baca Semaia...
-
Assalamualaikum. Pagi tadi, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah menghantar wakil sekolah untuk permainan ragbi. Ini buat pertama k...
-
Assalamualaikum. Tahukah anda apa itu GPS? Bukan GBS! Itu Geng Bas Sekolah! Cerita yang tak membina akal budak-budak. Panduan bagi mer...
-
Assalamualaikum. Pertama sekali, BENCINYA! BENCINYA! BENCINYA! Logo Kementerian Pelajaran Malaysia #SERIOUSLY Saya tengah panas hati de...
No comments:
Post a Comment