Assalamualaikum. Salam Ramadhan al-Mubarak. Dah hari ke-11 kita berpuasa hari ini. Seperti yang semua tahu, bulan Ramadhan adalah bulan di mana Allah hendak menguji kesabaran kita dengan tidak minum dan makan pada siang hari dari terbitnya fajar dan terbenamnya matahari dan itulah yang dinamakan sebagai puasa.
Apa yang dimaksudkan dengan hamba Ramadhan dan apa pula dimaksudkan dengan hamba Allah? Benda ni yang selalu orang buat tetapi tak sedar. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadah kepada Allah dengan ikhlas sehingga akhir usia kita. Hamba Ramadhan pula mambawa maksud melakukan ibadah kepada Allah dengan ikhlas hanya tibanya bulan Ramadhan.
Menjadi hamba Ramadhan ini bagi saya boleh dikatakan hipokrit kepada manusia, alam sekitar, dan Allah. Sebab apa? Ini seperti kita berpura-pura menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan. Allah menjadikan bulan Ramadhan untuk kita berpuasa. 30 hari berpuasa. Allah menyeru kita agar berpuasa pada hari itu kerana nak menunjukkan supaya kita patuh pada arahan Allah atau sebaliknya. Para ulama' sedih apabila Ramadhan meninggalkannya kerana bagi mereka Ramadhan adalah bulan berpesta. Bukannya berpesta menyanyi tetapi pesta ibadah. Pahala berlipat ganda.
Di masjid, mereka meraikan Ramadhan dengan penuh meriah. Mereka meraikan Ramadhan dengan bertadarus, bergotong royong masjid dan lain-lain tapi sikit sahaja orang yang datang. Mana yang lain pergi? Mereka sibuk pergi ke pesta lain. Pesta membeli-belah. Bulan Ramadhan ni Allah dah bagi offer kat kita.
So. sama-samalah kita merebut peluang yang telah Allah beri kepada kita. Imam Ghazali kata, celakalah bagi mereka yang apabila bulan Ramadhan tiba maka mereka tidak mengambil peluang untuk beribadah.
WASSALAM dan SELAMAT BERPUASA!
No comments:
Post a Comment