Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
"Demi masa. Sesunggunya, manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(al-'Asr 1-3)
Assalamualaikum.
Hari ini, saya akan membentangkan mengenai masa. Ramai yang kata 'masa itu emas'. Pepatah Arab mengatakan 'masa itu ibarat pedang,. Sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu .' Masa adalah anugerah Allah yang amat bermakna. Kalau tiada masa, maka hidup kita tidak akan stabil.
Apa yang kita boleh buat dengan masa? Kita boleh beli masa? Boleh jual masa? Masa tidak boleh dibeli dan tidak boleh dijual. Masa itu kurniaan Allah. Kita hanya menerima dan laksanakan apa yang patut. Hanya jam sahaja dapat dijual beli. Sepertia waktu sekarang. Kita rasa kita seperti banyak lagi masa untuk bersuka ria tapi itu hanya mainan fikiran. Kita masih banyak lagi masa untuk beribadah tapi kita sibuk mengejar duit di sana sini. Sungguh lekanya kamu.
Bolehkah kita mengejar masa itu semula? Oh, sungguh malanglah kamu. Apa yang kamu patut lakukan sebelum kamu ditimpa kegagalan? Jikalau anda mati pada waktu anda sedang bersuka ria tanpa mengingat Allah, maka jahillah kamu. Kamu telah menggunakan masa dengan benda yang terkutuk. Kita tak mampu nak patah balik ketika itu.
So, the conclusion is gunakan masa dengan betul. Sebab apa? Sebab Allah pernah bersumpah kepada masa bahawa manusia akan rugi kecuali orang yang beriman.
Jadi sama-sama kita renung-renungkan dan selamat beramal.
Wassalam.
:-D
3 comments:
salam, ada kesilapan sikit la dalam post anta, hehe
Pepatah arab : "Al-waktu kassaif, in lam taqto'ahu qotoaka" maksudnya "Masa itu umpama pedanag, sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu".
Nice post. Keep it up! Moga terus istiqamah.
Wallahua'lam. Wassalam.
thanks isy
hmm...boleh tahan hilmi oliver. keep it up bro!
Post a Comment