Sunday, August 8, 2010

Apa Akan Jadi Kalau...

Assalamualaikum.

Huh~
Aku pernah juga terfikir benda yang aku tak pernah buat dan apa akan jadi selepas aku buat itu.
Okay. Let's start it.

1. Kalau aku masuk WWE:
Positif: Aku akan menjadi kuat dan ada banyak fan
Negatif: Orang Islam akan pandang senget dekat aku kerana aku sebagai seorang Muslim mestilah menutup aurat di khalayak ramai.
Penyelesaian: Kalau aku nak gusti, kenalah pakai pakaian yang menutup aurat. Tak salah untuk bergusti tapi mensti jaga batasannya.

2. Kalau aku bercouple:
Positif: Dapat girlpren...
Negetif: Aku akan mendapat kemurkaan dari Allah kerana aku telah melakukan benda yang Dia tidak suka. Aku akan mendapat dosa yang cukup besar.
Penyelesaian: Tidak salah untuk berteman seorang perempuan tapi mesti ada batas. Remaja sekarang pandang pasangan mereka dengan pandangan luaran sahaja. Pandangan nafsu syahwat. Pandanglah pasangan kita dengan pandangan yang mulia di sisi Tuhan. If you wanna get love from your couple, you have to get Allah's love. Then, you know how Allah's love for us.

3. Kalau aku pergi disko:
Positif: Aku dapat enjoy dengan member!
Negetif: Aku akan berhibur hingga lupa diri. Lupa kepada Allah.
Penyelesaian: Senang sahaja. Tak payah la pergi disko ni. Buang masa. Buang duit. Buang pahala. Menambahkan dosa jer.

4. Kalau aku belasah budak di sekolah:
Positif: Aku akan mendapat kepuasan.
Negetif: Aku mungkin akan dibuang sekolah.
Penyelesaian: Tak payah gaduh la. Aku ni dah la pengawas. Teruk la orang pandang kat aku nanti. Memalukan aku. Memalukan mak bapak aku. Memalukan sekolah.

5. Kalau aku belajar di Sekolah Kebangsaan biasa:
Positif: Aku dapat belajar macam biasa.
Negetif: Aku tak dapat belajar di Sekolah Islam Al-Amin.
Penyelesaian: Aku kena belajar kat Sekolah Islam Al-Amin.

6. Kalau aku jahanamkan telefon awam:
Positif: Puas hati aku.
Negetif: Orang lain tak dapat guna.
Penyelesaian: Baik jahanamkan benda lain daripada jahanamkan telefon awam.

7. Kalau aku bukan seorang Islam.
Positif: Aku tak payah solat, puasa, pergi haji, dan lain-lain lagi.
Negetif: Aku tak dapat kenikmatan Syurga Allah nanti.
Penyelesaian: Ini susah sket aku nak cakap. Pasal, aku selalu fikirkan, jika aku bukan seorang Islam, mesti terseksa hidup aku.

8. Kalau aku luahkan perasaan aku kepada orang yang aku minat selama ini:
Positif: Aku akan rasa satu kepuasan yang tak pernah aku rasa sebelum ini
Negetif: Aku akan rasa malu dan menyesal jika dia tak terima aku.
Penyelesaian: Not at the time yet.

Hmmm....
Itulah yang sedang ku fikirkan selama ini.
Kita memang selalu berfikir.
Allah memberi kita akal dan fikiran untuk berfikir.
Dan Allah selalu beri kita musibah.
Sebab apa Allah buat sedemikian?
Sebab Allah suruh kita berfikir.
Kalau Allah tak beri satu ujian pon kat kita...
Kita takkan guna akal kita.
Hidup kita akan sia-sia.

Allah itu memang bijaksana.
Dia yang memberi kita akal.
Kita patut bersyukur.

Allah bagi kita lidah untuk dibasahi dengan zikrullah.
Bukannya mengejek.
Mencarut.

Allah bagi kita mata untuk melihat keindahan ciptaan-Nya.
Bukannya melihat kemungkaran-Nya.

Sebab itulah Alla mencipta nafsu dan letak di dalam jasad kita ini.
Kita ada banyak pilihan.
Sama ada nak ikut nafsu atau iman kita.
Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.

Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI. Ramadhan dah nak dekat dah ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Wajib Korang Baca