Monday, August 9, 2010

Zaman Sekarang Ni...

Assalamualaikum.

Wow!
Kenapa aku cakap "Wow"?!
Mestilah...
Dunia zaman sekarang ni dah berubah.
Daripada kereta kuda ke kereta yang hanya ader 2 pintu sahaja. Zaman la ni, macam-macam boleh jadik. Tapi, dalam zaman moden ni la yang banyak masalah. Banyak maksiat. Banyak perkara hedonism.

Semalam, aku ngan kakak sulung aku, Ain a.k.a. Ayong, pergi ke KLCC untuk mencari kasut sekolah ku yang baru. Sebenarnya, aku tak nak pon kasut baru. Cukup la kasut aku yang terkoyak rabak tu. Aku pakai pun biasa jer. Kitorang pi sana naik LRT. Sampai sahaja di stesen LRT Taman Melati, aku pergi mesin tiket, masukkan duit, keluar tiket. Woohoo! (Macam tak biasa jer... kah3!!!) Pastu, kitorang naik ke atas untuk tunggu tren sampai. Sedang aku menunggu, aku ternampak 2 makhluk Tuhan yang sangat menjolok mata ku. Astaghfirallah....
Pakai ketat-ketat. Bukak bahu. Ish3...
Anak siapa la tuh~

Tiba sahaja tren, kitorang masuk dalam tren tu. Kitorang naik tren yang 4 gerabak. Best~
Tren berhenti seketika di Stesen Wangsa Maju untuk ambil penumpang di sana. Pehhh..... Biasa la. Wangsa Maju. Ramai amoi~ yang masuk nyer tren tu amoi-amoi yang memang menjolok mata... sabar jer aku. Memang btol. Zaman sekarang ni banyak dugaan. Nak plak Ramadan dah nak dekat. Ish3...

Sampai jer kat Stesen KLCC, aku ngan my sister keluar. Pastu, kitorang menuju ke pintu masuk KLCC. Huh~
Memang banyak btol manusia. Setiap jam. Setiap minit. Setiap saat. Setiap detik. Manusia tidak berhenti keluar dari KLCC. Tak lupa juga yang tak pernah berhenti masuk KLCC tu. Begitu ramai manusia. Ader pelancong tempatan. Pelancong luar negara.

Pastu kitorang pi BATA. Bapak la. Aku rasa nak mencarut jer kat kedai BATA tu. Ader ker saiz kasut yang paling besar 8 jer. Harun btol!

Pastu pi Stadium. Carik kasut lagi. Anak Jamil! Harga cekek darah btol!

Kejam btol KLCC! Arghhh!!!! Tapi, aku tak kesah pon takde kasut. Aku bleh ajer pakai kasut aku yang koyak tuh. Bapak aku semangat gler nak carik kan aku kasut sampai Taman Permata. Aku tak nak pon. Kakak aku marah kat aku. Pedulik aper aku. Dah aku tak nak beli kasut baru. Membazir jer duit. Kalo beli sneakers untuk Raya takpe juga.... keh3...

7.34 malam. Aku pergi ke surau di KLCC untuk menunaikan solat Maghrib. Tapi, sebelum itu, aku ke tandas. Nak tunaikan hajat sat. Masuk jer dalam tandas tu, berderet pintu tandas tutup. Ader orang dalam tu. Lama gler aku tunggu. Takde satu pintu pon yang terbuka. Dalam hati, "aku rasa orang yang datang KLCC ni sker makan sambal belacan  banyak sangat ker... Berak bukan main lama". Kah3!!!

That's all from me. Dan cerita akhir, aku tak dapek boli kasut baru. Yeah! Alhamdulillah. Pakai kasut lama aku tu. Zuhud sangat.

Assalamualaikum.

No comments:

Wajib Korang Baca