Monday, August 9, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bulan yang ditunggu oleh seluruh umat Islam di dunia ini akan tiba esok. Bulan Ramadhan. Bulan penuh barakah. Meh kita kongsi sikit.

Bulan Ramadhan ini banyak peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah dulu. Antaranya, di mana wahyu pertama yang Rasulullah dapat di Gua Hira'. Sebab itu pada bulan Ramadhan ada satu hari cuti. Hari Nuzul Quran. Al-Quran diturunkan.

Next, di bulan Ramadhan juga berlaku perang pertama Islam iaitu Perang Badar. Betapa kuatnya tentera Islam yang berpuasa ketika itu dan telah menang. Bukan macam umat Islam zaman sekarang. Baru kawad sikit, dah hongeh (penat). Itu baru suruh kawad. Tak suruh lagi pergi perang.

Aku ingat lagi time aku dajah enam. Masa tu ada ujian Syabab dan Fatayat untuk SPPM/Pekerti. Kitorang kena kawad, jahitan, banyak lagilah yang nak kena buat. Pastu ada ujian lisan Bahasa Arab. Lagilah, nak kena fikir. Bulan puasa. Tak makan apa-apa. Dah habis semua ujian, bapak aku amek aku. Afifuddin tumpang aku. Hantar Afifuddin balik rumah dia. Pastu, kitorang pergi Jaya Jusco untuk beli makanan untuk buka puasa. Aku dah la penat time tu. Pastu nak kena pergi soping lagi. Hish.
Tengah dok cari barang-barang tu, aku nampak satu singki untuk basuh tangan yang dekat dengan tempat ikan. Aku pergi kat situ, basuh kepala. Huh~
Mak aku nampak. Mak aku marah kat aku. "Kalau basuh lagi kepala, jangan buka ngan kitorang!"

Hish.
Begitulah dugaan di bulan Ramdhan.

That's all from me.
Jangan lupa. Puasa  penuh.

Assalamualaikum.

No comments:

Wajib Korang Baca